Seruan Merdeka
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Syarikat filem: MALAYAN ARTS PRODUCTIONS
Pengarah: B.S. RAJHANS
Pelakon: SALLEH GHANI
ROKIAH HANAFI
SYED ALI Al-ATAS
BACHTIAR EFFENDI
D. HARRIS
SITI TG. PERAK
JAFFAR WIRYO
JOHAR
LAILA
SINOPSIS: Cerita mengisahkan keganasan dan kekejaman tentera Jepun dan bagaimana rakyat (gerila) Malaya menentang mereka ketika menduduki Malaya (Malaysia) semasa Perang Dunia Kedua.
SUMBER CERITA: Novel "Seruan Merdeka" karya Salleh Ghani.
ULASAN: Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, filem Melayu diusahakan kembali pada tahun 1946. S.M. Chesty bersama rakan kongsinya yang hanya dikenali nama mereka sebagai Chia dan Samy menubuhkan Malayan Arts Productions dengan pejabatnya terletak di Kandahar Street, Singapura. Sebuah kawasan di Istana Kampung Gelam dan sebuah rumah di Geylang telah disewa untuk membangunkan setting bagi tujuan penggambaran filem ini yang bermula pada 5 Mac 1947 dengan jurugambarnya Tsin Meng Chin. Pelaksanaannya mengambil masa 5 bulan dan perbelanjaan pun agak mahal juga. Filem ini mula ditayangkan (tayangan tengah malam) pada 16 Ogos 1947 di Queen Cinema, Geylang, Singapura dan kemudian dibuat tayangan serentak di Broadway, Johor Bharu dan Windsor, Pulau Pinang. Filem ini menjadi sejarah kerana ia merupakan filem Melayu pertama dikeluarkan selepas tentera berikat tiba di Malaya. Mutu rakaman suaranya agak baik begitu juga kualiti penggambarannya. Inilah saja satu-satunya filem yang dihasilkan oleh Malayan Arts Productions kerana selepas filem ini ia terpaksa dibubarkan kerana menghadapi masalah tayangan filem sulung keluarannya itu.