Sungai Musi
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sungai Musi ialah sebatang sungai di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia. Panjangnya Sungai Musi 750 kilometer, dan merupakan saluran air untuk kebanyakan kawasan di Sumatera Selatan. Selepas melintasi Palembang, iaitu ibu kota daerah, sungai ini bergabungan dengan sungai-sungai yang lain, termasuk Sungai Banyuasin untuk membentuk sebuah delta berhampiran dengan bandar raya Sunsang.