Syaitan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sebahagian siri dalam Islam Sejarah Islam |
|
Ajaran dan Kepercayaan | |
Kepercayaan kepada Tuhan Malaikat · Nabi dan Rasul Kitab · Hari Akhirat · Qadar Dua Kalimah Shahadah Solat · Puasa Mengerjakan Haji · Membayar Zakat dan Fitrah |
|
Tokoh-Tokoh Utama | |
Nabi Muhammad s.a.w. · Saidina Abu Bakar · Saidina Umar Al-Khatab · Saidina Uthman Affan · Saidina Ali Abi Talib |
|
Kitab & Undang-Undang | |
al-Qur'an · Hadith · Surah Mazhab · Syariah |
|
Golongan Islam | |
Sunah · Syiah · Sufi | |
Kota Suci Islam | |
Aspek-Aspek Sosial | |
Kota Islam · Seni Bina Sains · Tamadun Islam Kesenian · Kalendar Hijrah Pemimpin Agama · Khalifah Politik Islam · Jihad |
|
Lihat Juga | |
Rencana mengenai Islam |

Syaitan (Bahasa Arab: شيطان), seperti yang diketahui dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi, asalnya adalah salah satu golongan Malaikat kerana kuat beribadah. Walau bagaimanapun, Syaitan dicipta dari api oleh Allah S.W.T. dan juga dikatakan berasal dari golongan Jin sebelum dipilih menjadi Malaikat. Ini membezakannya dari malaikat-malaikat lain. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari golongan malaikat dan dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Menurut agama Islam, Tuhan meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain kerana mereka diberikan akal - terutamanya untuk membandingkan yang buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan mencegah dari menyujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain. Tuhan bertanya kepada Syaitan: "Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?" Syaitan menjawab: "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur." Ini menunjukkan bahawa Syaitan merasa dirinya lebih bertaraf tinggi dari Adam (golongan manusia) kerana dia diperbuat dari tanah yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Tuhan, Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan keturunannya (golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka pada hari Akhirat. Syaitan juga yang memyebabkan Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa terkeluar dari Syurga, walaupun mereka telah diampunkan oleh Allah.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |