Tulisan Kawi
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Huruf Kawi iaitu huruf Jawa kuno telah wujud dalam kurun ke-8 M yang digunakan sebagai tulisan bagi bahasa Melayu. Huruf Kawi ini asalnya adalah dari huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orang-orang Pallava yang berasal dari Coromandel, India. Huruf Kawi ini lenyap pada tahun 1400 M.
Dengan menggunakan huruf-huruf Kawi, Pallava dan Rencong, orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu (batu bersurat).