Tulisan Rencong
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Huruf Rencong iaitu huruf Melayu tua banyak digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau. Huruf ini kekal hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.
Huruf yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba ialah huruf yang tertua iaitu menyerupai seperti bentuk huruf-huruf Rencong atau Rencang, Kawi dan Lampung. Kajian menunjukkan bahawa huruf-huruf tersebut ada kaitan dengan huruf-huruf orang-orang Kemboja pada zaman purba.
Dengan menggunakan huruf-huruf Kawi, Pallava dan Rencong, orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu (batu bersurat). Tulisan kuno ini telah dijumpai pada tahun 1892 di sebatang tiang batu di Kota Kapur (Bangka Barat).