Vitamin B12
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Vitamin B12 juga dikenali sebagai cobalamin merupakan sejenis vitamin B. Vitamin B12 pertama dikenalpasti pada 1948 dan segera dikenalpasti sebagai rawatan berkesan bagi rawatan "pernicious anemia".
[Sunting] Sumber
Vitamin B12 boleh didapati dari makanan seperti daging (terutamanya hati dan kerang-kerangan), telur dan hasil tenusu. Bijirin sarapan diperkuat juga biasanya mempunyai vitamin ini, dan merupakan sumber utama untuk vegetarian dan vegan. Jadual 1 menyenaraikan pelbagai jenis sumber vitamin B12.
Vitamin B12 juga dikatakan banyak terdapat di dalam budu, yang merupakan makanan tradisional kesukaan rakyat Kelantan dan Terengganu.