1 Mei
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Templat:Takwim Mei 2008
1 Mei merupakan hari ke-121 (hari ke-122 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 244 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Beltane di Ireland dan Scotland
- Hari Mei, atau juga dikenali sebagai Hari Pekerja dan Hari Buruh, di pelbagai negara.
[sunting] Peristiwa
- 1786: Perkahwinan Figaro, sebuah opera komedi yang digubah oleh Wolfgang Amadeus Mozart, mengadakan tayangan perdana filem di Burgtheater, Vienna.
- 1840: Peni Hitam (Penny Black) (gambar), setem pos rasmi yang berpelekat dikeluarkan buat pertama kali di United Kingdom.
- 1893: Exposisi Columbia Sedunia, sebuah Pameran Sedunia yang merayakan hari ulang tahun ke-400 bagi penemuan Dunia Baru oleh Christopher Columbus, membuka di Chicago, Amerika Syarikat.
- 1941: Warganegara Kane, filem yang disanjungi secara meluas oleh Orson Welles, mengadakan tayangan perdana.
- 1960: Negeri Mumbai, India dipecahkan menjadi Gujarat dan Maharashtra mengikut bahasa.