21 September
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Templat:Takwim September 2008
21 September merupakan hari ke-264 (hari ke-265 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 101 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
[sunting] Peristiwa
- 1792 - Revolusi Perancis: Convention Nationale mengundi memansuhkan pemerintahan beraja, dan Republik Pertama diisytiharkan.
- 1823 - Mengikut Joseph Smith Jr., malaikat Moroni muncul kepadanya dan memberitahu lokasi Pinggan Keemasan, yang mengandungi teks suci purba Kitab Mormon.
- 1898 - Pembaharuan Seratus Hari di China tamat mendadak apabila Maharani Balu Cixi (gambar) memencilkan Maharaja Guangxu dan mengambil alih sebagai pemangku raja.
- 1937 - Buku J. R. R. Tolkien The Hobbit, buku sebelum The Lord of the Rings, diterbitkan.
- 1942 - Model prototaip B-29 Superfortress terbang buat pertama kali.