4 Mei
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Templat:Takwim Mei 2008
4 Mei merupakan hari ke-124 (hari ke-125 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 241 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan Latvia (1990)
- Pengingatan untuk Yang Terkorban di Belanda.
[sunting] Peristiwa
- 1471: Perang-perang Roses: Ahli York Edward IV menewaskan angkatan tentera Lancaster dalam Perang Tewkesbury (gambar).
- 1855: William Walker dan sepasukan askar upahan berlayar dari San Francisco untuk menaklukkan Nicaragua.
- 1919: Gerakan Mei Keempat bermula dengan tunjuk perasaan penuntut-penuntut secara skala besar di Dataran Tiananmen, Beijing, China untuk menentang Persidangan Perdamaian Paris dan Dua Puluh Satu Tuntutan Jepun.
- 1953: Ernest Hemingway menerima Hadiah Pulitzer untuk karyanya, Lelaki Tua dan Laut ( The Old Man and the Sea).
- 1970: Pengawal Nasional Ohio menembak penuntut-penuntut Universiti Negeri Kent yang membantah serangan Amerika Syarikat terhadap Kemboja.