America's Next Top Model
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
America's Next Top Model | |
---|---|
Genre | Realiti |
Ciptaan | Tyra Banks |
Dibintangi | Tyra Banks J. Alexander Jay Manuel Nigel Barker Twiggy |
Pencerita | Tyra Banks |
Komposer lagu tema | Darkchild, Kevin Arkell |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bilangan episod | 99 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 42 min (60 min termasuk iklan) |
Penyiaran | |
Saluran asal | UPN (2003 – 2006) The CW (2006 – kini) |
Siaran pertama | 20 Mei 2003 – Kini |
Pautan luar | |
Laman rasmi | |
Profil IMDb | |
Rumusan TV.com |
America's Next Top Model (sering digelar Top Model sebagai ringkasan atau ANTM) merupakan siri pertandingan realiti yang dihoskan oleh bekas peragawati Victoria's Secret Tyra Banks. Musim pertama (first "cycle") mula dipertontonkan kepada umum pada Mei 2003 dan merupakan antara program popular UPN. Pada tahun 2006, siri ini diserahkan kepada The CW dan terus mengungguli carta sebagai antara rancangan paling popular. Lagu tema yang menghiasi pembukaan setiap episod merukan lagu yang dinyanyikan oleh Tyra Banks sendiri dan diterbitkan oleh Rodney Rodney "Darkchild" Jerkins. Tyra merupakan penerbit bersama selain Ken Mok dan Anthony Dominici.[1]
Senarai kandungan |
[sunting] Format
Setiap musim America's Next Top Model mempunyai 9 hingga 13 episod dan akan dimulakan dengan 10-14 orang peserta yang terdiri daripada kalangan wanita sahaja. Kebiasaannya, seorang peserta yang lemah akan disingkirkan untuk setiap episod (terdapat juga episod yang memerlukan penyingkiran dua orang peserta per episod dan juga tiada penyingkiran) setelah diadili oleh juri tetap dan juri jemputan. Pada setiap awal musim, para peserta akan diubahsuai gaya mereka (kebiasannya akan dilakukan selepas penyingkiran pertama) oleh barisan profesional. Selain itu, pada pertengan musim, para peserta yang tinggal untuk meneruskan persaingan akan dibawa ke luar negara untuk menghabiskan episod-episod terakhir siri itu.
Setiap epidos, peserta akan menerima latihan dan pertandingan yang berkaitan dengan latihan yang diberi akan menyusul kemudia dan seorang pemenang akan dipilih untuk memenangi hadiah istimewa. Untuk segmen seterusnya, para peserta akan menghadiri sesi pengambaran dan hasilnya akan dibentangkan pada akhir episod yang mana akan diadili oleh 4 orang juri. Setelah itu, penyingkiran akan berlaku.
Untuk episod terakhir setiap musim, tiga peserta akan menghadiri sesi pengambaran untuk iklan TV dan katalog barang kecantikan. Dari tiga orang peserta akhir, hanya dua yang dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi hadiah utama akan dibawa ke pusingan akhir. Dua peserta akhir itu akan menghadiri upacara peragaan pentas bersama para peragawati luar. Dari situlah, para juri akan memutuskan siapa yang akan memenangi hadiah utama selain mereka (para juri) membuat perbandingan gambar-gambar terdahulu kedua-dua peserta akhir yang diambil sepanjang musim.
[sunting] Rumusan musim
Cycle/Main article | Mula disiarkan | Pemenang | Naib johan | Peserta lain | Bilangan peserta | Destinasi antarabangsa |
---|---|---|---|---|---|---|
Musim 1 | 20 Mei 2003, UPN | Adrianne Curry | Shannon Stewart | Tessa Carlson, Katie Cleary, Nicole Panattoni, Ebony Haith, Giselle Samson, Kesse Wallace, Robin Manning, Elyse Sewell | 10 | Paris, Perancis |
Musim 2 | 13 Januari 2004, UPN | Yoanna House | Mercedes Scelba-Shorte | Anna Bradfield, Bethany Harrison, Heather Blumberg, Jenascia Chakos, Xiomara Frans, Catie Anderson, Sara Racey-Tabrizi, Camille McDonald, April Wilkner, Shandi Sullivan | 12 | Milan, Itali |
Musim 3 | 22 September 2004, UPN | Eva Pigford | Yaya Da Costa | Magdalena Rivas, Leah Darrow, Julie Titus, Kristi Grommet, Jennipher Frost, Kelle Jacob, Cassie Grisham, Toccara Jones, Nicole Borud, Norelle Van Herk, Ann Markley, Amanda Swafford | 14 | Tokyo, Jepun |
Musim 4 | 2 Mac 2005, UPN | Naima Mora | Kahlen Rondot | Brita Petersons, Sarah Dankelman, Brandy Rusher, Noelle Staggers, Lluvy Gomez, Tiffany Richardson & Rebecca Epley, Tatiana Dante, Michelle Deighton, Christina Murphy, Brittany Brower, Keenyah Hill | 14 | Cape Town, Afrika Selatan |
Musim 5 | 21 September, 2005, UPN | Nicole Linkletter | Nik Pace | Ashley Black, Ebony Taylor, Cassandra Whitehead, Sarah Rhoades, Diane Hernández, Coryn Woitel, Kyle Kavanagh, Lisa D'Amato, Kim Stolz, Jayla Rubinelli, Bre Scullark | 13 | London, United Kingdom |
Musim 6 | 8 Mac 2006, UPN | Danielle Evans | Joanie Dodds | Kathy Hoxit, Wendy Wiltz, Kari Schmidt, Gina Choe, Mollie Sue Steenis-Gondi, Leslie Mancia, Brooke Staricha, Nnenna Agba, Furonda Brasfield, Sara Albert, Jade Cole | 13 | Bangkok, Thailand |
Musim 7 | 20 September 2006, The CW | CariDee English | Melrose Bickerstaff | Christian Evans, Megan Morris, Monique Calhoun, Megg Morales, AJ Stewart, Brooke Miller, Anchal Joseph, Jaeda Young, Michelle Babin, Amanda Babin, Eugena Washington | 13 | Barcelona, Sepanyol |
Cycle 8 | 28 Februari 2007, The CW | Jaslene Gonzalez | Natasha Galkina | Kathleen DuJour, Samantha Francis, Cassandra Watson, Felicia Provost, Diana Zalewski, Sarah VonderHaar, Whitney Cunningham, Jael Strauss, Brittany Hatch, Dionne Walters, Renee Alway | 13 | Sydney, Australia |
[sunting] Versi antarabangsa
Australia Australia's Next Top Model oleh FOX8 dua musim pertama dihoskan oleh Erika Heynatz. Musim ketiga bermula pada Mac 2007 dan dihoskan oleh Jodhi Meares.
Kanada Musim pertama Canada's Next Top Model disiarkan pada musim panas 2006. Ia telah dihoskan oleh Tricia Helfer dan telah dimenangi oleh Andrea Muizelaar. Musim kedua pula dihoskan oleh Jay Manuel, mula disiarkan pada Mei 2007.
Perancis France's Next Top Model
Finland Finland's Next Top Model disiarkan pada Mei 2007.
Jerman Germany's Next Topmodel dihoskan oleh Heidi Klum; dimenangi oleh Lena Gercke. Musim kedua bermula pada Mac 2007.
Hungary Hungary's Next Top Model dihoskan oleh peragawati Hungary Viktória Vámosi dan kemudiannya oleh Panni Epres, pemenangnya Réka Nagy.
Israel Models has Musim ketiga dilancarkan pada 14 Januari 2007
Malaysia Malaysia's Next Top Model; dihoskan oleh bekas ratu cantik Malaysia, Lina Teoh
Belanda Holland's Next Top Model pemenang musim pertama ialah Sanne Nijhof, musim kedua ialah Kim Feenstra dan dihoskan oleh Yfke Sturm
Nigeria Nigeria's Next Top Model — Versi Afrika pertama.[1]
Norway Norway's Next Top Model sebahagian daripada Scandinavia's Next Top Model, negara ini menguruskan pertandingan Top Model pada 2006.
Filipina Philippines' Next Top Model disiarkan oleh RPN 9. Dihoskan oleh Ruffa Gutierrez-Bektas. Musim pertama bermula pada 13 Mac 2007
Rusia Russia's Next Top Model disiarkan oleh CTC, dihoskan oleh Fyodor Bondarchuk (Федор Бондарчук), pemenangnya ialah Kseniya (musim pertama), Svetlana a.k.a. Светлана (musim kedua) dan Tatiana (musim ketiga).
Scandinavia Scandinavia's Next Top Model peserta adalah dari Norway, Denmark dan Sweden. Dibawakan oleh TV3 (Viasat) dan dihoskan oleh Kathrine Sørland, Anne P, dan Mini Anden (Musim 1 & 2) dan Malin Persson (Musim 3). Formatnya agak berbeza dari yang asal.
Slovakia Slovakia's Next Top Supermodel Musim pertama diberi tajuk, H'lada sa Supermodelka, disiarkan bermula Januari-Mac 2007, dan Ivana sebagai pemenang.
Sepanyol Supermodelo
Sweden Sweden's Next Top Supermodel
Thailand Thailand's Next Top Model musim pertama disiarkan pada pertengahan 2005, dan dihoskan oleh Sonia Couling.
Turki Turkey's Next Top Model atau "Top Model Turkiye's". Dimenangi oleh Selda Car dan dihoskan oleh Deniz Akkaya.
United Kingdom Britain's Next Top Model
Anime Anime's Next Top Model (www.animesnexttopmodel.piczo.com) dihoskan oleh Drew Beaupre. Jurinya pula ialah Carleigh Frendo-Cumbo, Lauren Beaupre, Kristina Kirkaldy, Erica Conteras dan Halyna Polityka.
[sunting] Rujukan
[sunting] Pautan Luar
- Official site from The CW
- America's Next Top Model at the Internet Movie Database