Daerah Gurun
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
- Gurun terletak di Kawasan Parlimen Jerai di negeri Kedah Darul Aman, negara Malaysia. Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia .
[sunting] Asal usul
- Gurun ialah sebuah kawasan padang yang dipenuhi pasir halus akibat ketiadaan air. Kawasan ini dahulu merupakan kawasan sawah padi. Apabila kemarau berlaku terlalu hebat dan lama, sawah padi menjadi kering kontang , debu-debu berterbangan. Gambaran ketika itu seperti sebuah gurun di Arab.
Gurun juga merupakan kawasan perindustrian berat terbesar di Kedah. Di sini terdapat kilang memproses baja milik PETRONAS (PETRONAS Fertilizer), PERWAJA Steel, kilang pembuat motorsikal nasional, MODENAS dan juga kilang automotif ketiga terbesar di Malaysia milik Kumpulan NAZA iaitu NAZA Automotive Manufacturing Sdn. Bhd. Pusat pengeluaran kereta ini menghasilkan beberapa model terkemuka negara seperti NAZA Ria, Citra, Sorento, Bestari dan Suria.
[sunting] Wakil Rakyat
Keputusan pilihan raya Malaysia 2004 seperti berikut ;
- Kawasan Dewan Undangan Negeri N22 Gurun (21,081)
- Bilangan pengundi Melayu : 52.52% Cina : 29.23% India: 17.77% Lain: 0.49%
- Datuk Beh Heng Seong Barisan Nasional - MCA ) - Penyandang .Melalui pilihan raya 1999.
- Tan Choy ( DAP ) - Muka Baru
- Kalai Vanar A/L Bala Sundram ( Keadilan ) - Muka Baru
- Dalam keputusan pilihan raya 1999 , dimenangi oleh : Datuk Beh Heng Seong Barisan Nasional ) dengan majoriti 5,233
- Datuk Beh Heng Seong Barisan Nasional - MCA ) Jumlah Undi: 10,748 . Beliau telah diisytihar kan menang pilihan raya tahun 2004
- Tan Choy ( DAP ) Jumlah Undi:698
- Majoriti-diperolehi :7,071 , Jumlah Undi :15,808 , Undi Rosak :698 , % Mengundi :74.99
[sunting] Pautan luar
|
|
---|---|
Daerah | Baling • Bandar Baharu • Kota Setar • Kuala Muda • Kubang Pasu • Kulim • Langkawi • Padang Terap • Pendang • Sik • Yan |
Bandar raya | Alor Star (ibu negeri) |
Bandar | Anak Bukit • Baling • Bandar Baharu • Bedong • Bukit Kayu Hitam • Changlun • Guar Chempedak • Gurun • Jeniang • Jitra • Kodiang • Kota Sarang Semut • Kuah • Kuala Kedah • Kuala Nerang • Kulim • Langgar • Lunas • Merbok • Padang Matsirat • Pendang • Pokok Sena • Sik • Sintok • Sungai Petani • Tokai • Yan |
Pulau | Pulau Langkawi • Pulau Payar |