Barisan Nasional
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
Other countries · Atlas Portal Politik |
Barisan Nasional adalah salah sebuah daripada parti politik Malaysia. Barisan Nasional adalah suatu parti campuran kerana ia terdiri daripada gabungan pelbagai parti, oleh itu dapatlah dikatakan bahawa Barisan Nasional adalah satu parti yang tidak mempunyai ahli berdaftar, sebaliknya mempunyai parti komponen.
Seseorang itu mendaftar dengan parti komponen, dengan itu mereka adalah ahli kepada parti komponen dan bukannya ahli Barisan Nasional. Barisan Nasional telah didaftarkan pada 1 Julai 1974. Pada mulanya ahli parti komponen yang membentuk Barisan Nasional adalah seperti berikut :-
- Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu "United Malays National Organisation" (UMNO)
- Persatuan Cina Malaysia "Malaysian Chinese Association" (MCA)
- Kongres India Se-Malaysia "Malaysian Indian Congress" (MIC)
- Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
- Parti Progresif Rakyat (PPP)
- Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN)
- Parti Rakyat Bersatu Sarawak "Sarawak United People's Party" (SUPP)
- Parti Pesaka Bumiputra
- USNO DARI Sabah.
Hanya Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan PSRM enggan menyertai perikatan ini. BN, yang menggunakan simbol 'dacing' yang mempunyai kekuatan dan kestabilan untuk mengatasi situasi politik di Malaysia dan hubungan di antara rakyat yang tidak pernah rapat. Kemudian, parti politik lain terutama di Sabah dan Sarawak menyertai BN. Parti–parti itu ialah Berjaya dari Sabah, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan (PBDS) dari Sarawak.
Parti komponen Barisan National pada pilihan raya ke-11 2004 adalah seperti berikut:-
- Parti Gerakan Rakyat Malaysia {GRM)
- Parti Liberal Demokratik-Sabah (LDP)
- Persatuan Cina Malaysia "Malaysian Chinese Association" (MCA)
- Kongres India Se-Malaysia "Malaysian Indian Congress" (MIC)
- Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
- Parti Bersatu Sabah (PBS)
- Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB)
- Parti Maju Sabah "SABAH PROGRESSIVE PARTY" (SAPP)
- Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP)
- Parti Rakyat Bersatu Sarawak "Sarawak United People's Party" (SUPP)
- United Pasokmomugun Kadazandusun Murut Organization (UPKO)
- Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu "United Malays National Organisation" (UMNO)
[sunting] Pautan luar
- http://www.pilihanraya.com.my/Melayu/barisan_national.asp
- http://www.pilihanraya.com.my/Melayu/bn_component_parties.asp
- http://www.mypolitician.com.my 2004 General Election results for Barisan Nasional