Portal:Falsafah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
PORTAL FALSAFAHFalsafah (dari perkataan Greek philosophia bererti "cinta kepada hikmah") adalah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Falsafah merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas. Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran. Liberalisme adalah satu fahaman, falsafah, dan tradisi politik yang meletakkan kebebasan sebagai nilai politik yang tertinggi. Walaupun liberalisme berakar umbi dari Zaman Kebangkitan Barat, ia sekarang mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara. Secara amnya, liberalisme mengutamakan hak-hak peribadi. Falsafah ini ingin membentuk satu masyarakat yang mempertahankan pemikiran yang bebas untuk setiap orang, batasan kepada kuasa khususnya kuasa kerajaan dan agama, kedaulatan undang-undang, pendidikan awam yang percuma, kebebasan bertukar fikiran, ekonomi pasaran yang memberikan kebebasan menjalankan perusahaan peribadi, dan sistem kerajaan yang terbuka yang melindungi hak-hak semua rakyat secara adil dan saksama. Dalam kehidupan masyarakat moden, mereka yang liberal menggemari sistem pengundian yang adil dan terbuka dalam sistem demokrasi liberal di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang dan peluang yang saksama untuk berjaya. Kami sedang mencari gambar yang memiliki kualiti yang cukup untuk dimasukkan ke dalam kotak ini. Jika anda menjumpai gambar yang sesuai, tolong letakkan gambar pilihan anda pada laman perbincangan. Pemilihan gambar akan dijalankan dari semasa ke semasa. François-Marie Arouet (21 November, 1694 – 30 Mei, 1778) yang lebih dikenali sebagai Voltaire adalah seorang penulis, deis, dan ahli falsafah semasa Zaman Kesedaran Perancis. Beliau dikenali dengan akalnya yang tajam, penulisan falsafah, perjuangan hak-hak seseorang, dan pertahanan hak-hak sivil termasuk kebebasan beragama dan hak atas perbicaraan yang adil. Beliau adalah seorang yang kuat bersuara mengenai pengaturan semula masyarakat semasa undang-undang yang menghalang kebebasan bersuara yang membawa hukuman berat dikuatkuasakan di Perancis. Beliau banyak mengkritik dogma Gereja Kristian dan institusi Perancis dengan penulisan sinisnya. Pendapatnya yang membentuk pemikiran liberalisme membuatkannya menjadi sebagai salah satu tokoh yang paling berpengaruh ketika zaman beliau.
Portal:Falsafah/Tahukah Anda? Bantulah mengembangkan rencana-rencana yang berkaitan dengan falsafah. Anda juga boleh memuatkan rencana-rencana yang berkaitan dengan falsafah sekiranya rencana tersebut masih belum wujud. |