30 Mei
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Templat:Takwim Mei 2008
30 Mei merupakan hari ke-150 (hari ke-151 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 215 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Ratu Sir Lala Sukuna di Fiji.
[sunting] Peristiwa
- 1431 - Perang Seratus Tahun: Jeanne d'Arc dibakar hidup-hidup di Rouen, Perancis.
- 1434 - Angkatan tentera Taborite yang diketuai oleh Prokop Agung ditewaskan sepenuhnya dalam Pertempuran Lipany, dan menamatkan Peperangan Hussite di Bohemia.
- 1536 - Henry VIII dari England berkahwin dengan Jane Seymour (gambar), dang perwara kepada kedua-dua permaisuri yang pertama.
- 1911 - Perlumbaan kereta roda terbuka Indianapolis 500 diadakan di Litar Lumba Motor Indianapolis, Speedway, Indiana.
- 1967 - Ketua Emeka Ojukwu menjadi Presiden Biafra, sebuah negeri pemisah di bahagian tenggara Nigeria.