Fiqh
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sebahagian daripada siri |
|
---|---|
Bidang-bidang | |
Fiqh (فقه), juga disebut fiqah, menurut bahasa bererti mengetahui dan memahamkan, menurut istilah adalah suatu ilmu yang menerangkan segalah hukum syara' yang diambil dari al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w. secara penelitian yang mendalam yakni dengan jalan ijtihad dan istinbat. Fiqh, merupakan jurisprudens (jurisprudence) Islam.
Ilmu Fiqh membahas bidang-bidang: Fiqh 'Ibadat, Fiqh Mua'malat, Fiqh Munakahat, Fiqh Jinayat, Fiqh Qada'
[sunting] Perkembangan
Al-Zarqa membahagi perkembangan fiqh kepada 6 zaman (period) iaitu sebagai berikut:
- Zaman Risalah, bermula sejak diutusnya Muahammad sebagai Rasul s.a.w. sehingga kewatan baginda (11 H./632 M.)
- Zaman Khulafa al-Rasyidin, bermula sejak wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. sehingga Mu'awiyah bin Abu Sufyan memegang tampuk pemerintahan Islam (41 H./661 M.)
- Zaman Awal Pertumbuhan. Masa ini dimulai pada pertengahan abad pertama sehingga awal abad ke-2 H.
- Zaman Keemasan, bermula awal abad ke-2 sehingga pertengahan abad ke-4 H.
- Zaman tahrir, takhrij dan tarjih dalam mazhab fiqh bermula dari pertengahan abad ke-4 sehngga pertengahan abad ke-7 H.
- Zaman kemunduran,bermula dari pertengahan abad ke-7 H. sehingga munculnya Majalah al-Ahkam al- 'Adliyyah (Hukum Sivil Kerajaan Turki Usmani) (26 Sya'ban l293.)