Sunnah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sebahagian siri dalam Islam Sejarah Islam |
|
Ajaran dan Kepercayaan | |
Kepercayaan kepada Tuhan Malaikat · Nabi dan Rasul · Kitab · Hari Akhirat · Qadar Dua Kalimah Shahadah · Solat · Puasa · Mengerjakan Haji · Membayar Zakat dan Fitrah |
|
Tokoh-Tokoh Utama | |
Nabi Muhammad s.a.w. · Saidina Abu Bakar · Saidina Umar · Saidina Uthman · Saidina Ali |
|
Kitab & Undang-Undang | |
al-Qur'an · Hadith · Surah Mazhab · Syariah |
|
Golongan Islam | |
Sunah · Syiah · Sufi | |
Kota Suci Islam | |
Aspek-Aspek Sosial | |
Kota Islam · Seni bina Sains · Tamadun Islam Kesenian · Takwim Hijrah · Khilafah · Politik Islam · Jihad |
|
Lihat Juga | |
Rencana mengenai Islam |
Sunnah (Tulisan Arab : سنة) bererti “cara” atau “kebiasaan”, dan dengan itu, sunnah nabi bererti “cara nabi”, atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara bahasa, As Sunnah adalah "ath-thariqah" yang bererti perkaedahan, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yang tercela. Kata tersebut berasal daripada kata "as sunnan" yg mempunyai maksud yang sama dengan ath-thariq (bererti "jalan"). Ibnul Atsir dalam "An Nihayah" 2:409 menyebutkan, "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'."
Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perkataan, perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak, mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul. Dalam hal ini, pengertian Sunnah menurut mereka adalah sama dengan hadis (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Rasul.
Menurut Syiah pula, perkataan 'Sunnah' bererti perbuatan, ucapan dan kebenaran Nabi Muhammad dan dua belas Imam yang dipercayai oleh puak Syiah sebagai dipilih Allah bagi menggantikan rasul dan memimpin manusia dalam semua cara hidup.
Senarai kandungan |
[sunting] Kedudukan Sunnah
Dengan itu, Sunnah merupakan sumber kedua perundangan Islam selepas al-Quran, dan dimasukkan dalam kebanyakan buku berkenaan hadis. Sunnah yang bersifat ramalan dianggap sebagai wajib oleh kebanyakan orang Muslim, manakala sebilangan pengikut mazhab al-Quran Sahaja mengikut al-Quran sahaja dan menolak sebarang sunnah dan hadis sebagai sumber untuk Bimbingan Ketuhanan atau hukum agama. Banyak penyokong gerakan-gerakan liberal dalam Islam mendakwa bahawa sunnah yang bersifat ramalan harus dipatuhi dalam upacara amal dan penyembahan, tetapi boleh dipersoal dalam undang-undang Islam.
[sunting] Sunnah dan Hadis
Hadis ialah himpunan pengisahan dan keizinan. Walaupun terdapat setakat perbezaan antara takrif Hadis dengan takrif Sunnah yang dihuraikan di atas, perkataan-perkataan Sunnah dan Hadis boleh ditukar ganti ketika merujuk kepada Tradisi-tradisi.
Hadis-hadis dikelaskan mengikut statusnya berhubungan dengan teks (matn) dan rentetan penyampainya (isnad). Cendekiawan-cendekiawan Hadis telah mengaji Sunnah, baik dari segi konteks (matn) mahupun dari segi penyampainya untuk menentukan apa yang benar dan apa yang palsu dalam hadis-hadis itu. Kajian mereka telah mempengaruhi perkembangan falsafah Muslim awal serta juga pemetikan saintifik moden.
Melalui penyelidikan tentang para penyampai Hadis (isnad), cendekiawan-cendekiawan sains Hadis telah mencipta sebuah sistem untuk mengetahui kategori-kategori Hadis yang berbeza, serta bagaimana menilai teksnya (matn) supaya dapat menentukan adakah teks itu betul, baik, lemah, atau palsu. Terdapat sebuah tradisi tentang kedua-kedua biografi sejarah (Ilm ar-Rijal) Nabi Muhammad s.a.w. serta juga tentang bagaimana mengesahkan hadis — isnad atau "bahan sokongannya".
[sunting] Sunnah dan fiqh
Sunnah harus dibezakan daripada kedua-dua fiqh yang merupakan pendapat-pendapat para pakar undang-undang klasik serta juga al-Quran yang merupakan wahyu yang tidak tercatat. Ia merupakan salah satu daripada banyak istilah dalam agama Islam yang susah diterjemahkan tanpa kehilangan maksudnya. Sejarah merumitkan penterjemahan lagi kerana andaian-andaian yang berbeza terhadap Sunnah menguasai Islam pada zaman-zaman yang lalu.
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
- Sunnah dan Hadith
- Perbandingan antara Sunnah dengan Hadis
- Hadis dan Sunnah – Dua Konsep yang Berbeza
- Mendekati al-Quran dan Sunnah - Perkaedahan Klasik, Tradisional, dan Progresif
- Sebilangan Soalan yang berkait dengan Sunnah
- Gagasan-gagasan Pokok dari Sunnah
- Kepercayaan Sunnah
Terdapat kandungan bahasa Inggeris yang tersirat di dalam rencana ini. Tolong bantu menterjemahkan. |
---|