ON AMAZON:



https://www.amazon.com/Voice-Desert-Valerio-Stefano-ebook/dp/B0CJLZ2QY5/



https://www.amazon.it/dp/B0CT9YL557

We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا كوالا لومڤور
Kuala Lumpur International Airport
IATA: KUL - ICAO: WMKK
Ringkasan
Jenis awam
Operator Malaysian Airports (Sepang) Sdn Bhd
Melayani Kuala Lumpur
Aras tinggi dari AMSL 71 kaki (21 m)
Koordinat 2° 44′44″N, 101° 42′35″E
Laman web http://www.klia.com.my
Landasan kapal terbang
Arah Panjang Permukaan
kaki meter
14L/32R 13,530 4,124 konkrit
14R/32L 13,288 4,050 konkrit

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (Inggeris: KL International Airport; kod IATA:KUL, kod ICAO:WMKK) merupakan salah satu hub penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Thailand dan Lapangan Terbang Changi di Singapura. Lapangan terbang ini adalah yang terbesar di negara Malaysia. Terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Dibina pada kos mencecah US$ 3.5 bilion, KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke 13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke 30 di dunia dari segi pengendalian kargo.

Lapangan terbang ini diuruskan oleh Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dan merupakan hub utama bagi Malaysia Airlines, Malaysia Airlines Cargo, AirAsia dan AirAsia X. KLIA juga merupakan perhentian untuk kangaroo route bagi Malaysia Airlines.

Kod IATA untuk lapangan terbang ini, KUL sebenarnya diambil daripada lapangan terbang utama Malaysia yang terdahulu, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Slogan lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World to Malaysia and Malaysia to the World).

Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.

Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) mula beroperasi 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain.

Senarai kandungan

[sunting] Sejarah

Kaunter daftar masuk
Kaunter daftar masuk

Pelan pembinaan KLIA bermula pada tahun 1990 apabila kerajaan sedar bahawa lapangan terbang utama pada waktu itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (kini Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) tidak akan mampu menampung permintaan apabila bilangan penumpang meningkat di masa hadapan. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Dato' Seri Mahathir Mohamad merupakan orang yang paling kuat menyokong pembinaan lapantan terbang ini yang akan menjadi komponen utama dalam Koridor Raya Multimedia.

Keputusan ini mencetuskan kontroversi. Lokasinya yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Kuala Lumpur dilihat sebagai tidak menyenangkan di samping kos pembinaan yang meningkat melebihi takrifan awal. Para pengkritik juga mengatakan Subang masih boleh diperbesarkan diwalaupun kerajaan menyatakan sebaliknya. Dalam masa yang sama, kerja-kerja di Subang diteruskan semasa pembinaan KLIA. Terminal 3, terbaru di Subang dibuka pada Disember 1993 dan Terminal 2 telah diubahsuai pada 1995, hanya tiga tahun sebelum pembukaan KLIA.

Dengan tapak pembinaan seluas 100km2, tapak pembinaan KLIA merupakan antara yang terbesar di dunia. Ianya dibina di atas tanah pertanian dan tidak memerlukan pengambilan tanah kepunyaan persendirian. Plan Master KLIA adalah termasuk pembinaan lima landasan terbang, dua terminal penumpang dan dua terminal satelit bagi setiap terminal dalam tiga fasa. Fasa Pertama pembinaan termasuk pembinaan satu terminal utama diikuti dengan satu terminal satelit yang mampu menampung sebanyak 25 juta penumpang setiap tahun dan dua landasan terbang yang berfungsi sepenuhnya. Dibawah perlaksanaan Fasa Pertama, sebanyak 60 pintu penerbangan, 20 tapak pesawat tanpa pintu dengan 80 tapak pesawat, 4 hangar penyelengaraan dan 4 stesen bomba akan dibina. Perlaksanaan Fasa Kedua dan Ketiga merupakan projek pembesaran lapangan terbang sedia ada untuk menampung bilangan penumpang yang akan meningkat. Akhirnya, lapangan terbang ini akan mampu menampung sebanyak 100 juta penumpang setiap tahun apabila keseluruhan projek telah siap.

Dengan tenaga 25,000 orang buruh bekerja 24 jam sehari, lapangan terbang ini telah siap dibina selama empat setengah tahun. Lapangan terbang ini dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998, seminggu lebih awal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong tetapi semua penerbangan dipindahkan dari Subang tiga hari kemudiannya pada 30 Jun 1998. Penerbangan domestik yang pertama tiba di KLIA adalah Malaysia Airlines MH1263 dari Kuantan pada jam 7.10 pagi dan penerbangan antarabangsa pertama tiba di KLIA juga merupakan penerbangan Malaysia Airlines MH188 dari Maldives pada jam 7.30 pagi.

Pembukaan lapangan terbang ini diikuti pelbagai masalah. Sistem pembahagian tapak pesawat dan jeti penghubung terganggu, kesesakan berlaku dalam setiap bahagian lapangan terbang, dan pengurusan bagasi juga terganggu dengan penumpang yang kehilangan bagasi terpaksa menunggu hampir 5 jam untuk bagasi mereka. Kebanyakan masalah ini berjaya diselesaikan, namun sistem bagasi terus menghadapi masalah demi masalah dan kini ianya diletakkan sebagai tender untuk mencari pengurusan baru pada 2007.

Lapangan terbang ini juga terpaksa menghadapi krisis kewangan Asia Timur, SARS dan wabak Selsema Burung (Avian Flu) yang memberi impak negatif terhadap trafik penumpang di Malaysia. Pertumbuhan trafik adalah negatif semasa krisis kewangan tersebut kerana kebanyakan syarikat penerbangan lain yang telah beroperasi di KLIA seperti All Nippon Airways, British Airways, Lufthansa, dan Northwest Airlines terpaksa menghentikan operasi setelah mengalami kerugian. Fasa Pertama lapangan terbang ini mensasarkan bilangan penumpang sebanyak 25 juta setahun tetapi pada tahun pertama operasi KLIA, bilangan penumpang hanya mencecah 13.2 juta penumpang. Walaubagaimana pun, trafik penumpang akhirnya meningkat kepada 21.1 juta penumpang pada tahun 2004 dan 23.2 juta penumpang pada tahun 2005 - walaupun masih tidak mencapai sasaran 25 juta penumpang bagi tahun 2003.


Pada tahun 2007, KLIA telah dianugerahkan sebagai lapangan terbang terbaik bagi kategori 15-25 juta penumpang dan tempat ketiga bagi lapangan terbang terbaik di Asia Pasifik dan Dunia. Anugerah ini disampaikan oleh Airports Council International Airport Service Quality (ACI-ASQ).

Nama Kuala Lumpur International Airport juga merupakan nama alternatif terdahulu bagi Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB) di Subang.

[sunting] Pelan Pembinaan

Pelan Master Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum kemasukan LCCT
Pelan Master Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum kemasukan LCCT

Dibawah Pelan Master Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, satu landasan terbang baru dan satu terminal satelit baru akan dibina untuk membolehkan lapangan terbang ini menampung trafik penumpang yang akan meningkat. Fasa Kedua pembinaan dijangka akan membolehkan trafik penumpang mencapai 35 juta penumpang setahun pada tahun 2008 bersama pembinaan terminal satelit baru. Untuk Fasa Ketiga pembinaan (2008 dan seterusnya), lapangan terbang ini akan diperbesarkan untuk menampung sebanyak 45 juta penumpang setiap tahun pada 2012 dan 100 juta penumpang setahun pada tahun 2020. Akhirnya, tapak lapangan terbang ini akan mampu menampung pembinaan infrastuktur yang boleh menampung 100 juta penumpang setahun, 4 landasan terbang dan dua terminal mega yang dihubungkan dengan terminal satelit masing-masing pada tahun 2020. Kawasan berdekatan dengan lapangan terbang akan dimajukan dengan pembinaan kemudahan riadah untuk penumpang yang keletihan, padang golf, taman tema, pusat membeli-belah, hotel dan taman rimba air. Litar Antarabangsa Sepang yang merupakan arena perlumbaan Formula 1 dan MotoGP juga berdekatan dengan KLIA. Terdapat permohonan untuk pembinaan monorel ke litar ini dan pelan pembinaan dijangka siap pada April 2008.

Pada November 2006, kerajaan Malaysia telah meluluskan projek pembinaan rel yang akan menghubungkan bangunan terminal utama kepada Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). Pembinaan dijadualkan bermula pada tahun 2007. Namun begitu tiada butir-butir terperinci berkenaan syarikat yang akan menjalankan projek tersebut dan tidak diketahui sama ada rel ini akan dihubungkan dengan perkhidmatan rel laju sedia ada, KLIA Ekspres.

Dengan kenaikan jumlah trafik penumpang yang menggunakan Terminal Penerbangan Tambang Murah(LCCT), Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), syarikat yang menguruskan KLIA telah meluluskan pembesaran LCCT bermula pada awal 2007 untuk menampung trafik penumpang yang meningkat setelah LCCT yang sedia ada hampir mencapai kapasiti penuhnya. Pembesaran LCCT juga sebagai menunjukkan sokongan kepada syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh pertama di Malaysia, AirAsia X kerana pembesaran ini akan membolehkan pesawat wide-body yang digunakan AirAsia X untuk beroperasi di LCCT. Namun begitu LCCT merupakan penyelesaian jangka pendek dan MAHB telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pengangkutan untuk membina Terminal Penerbangan Tambang Murah baru yang kekal antara bangunan terminal utama dan Terminal Satelit A untuk menggantikan LCCT sedia ada.

[sunting] Projek Naik Taraf A380

Pihak pengurusan Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Malaysia Airports Holding Berhad telah membelanjakan sebanyak RM135 juta (kira-kira US$39 juta) untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan di KLIA untuk menerima pesawat Airbus A380. Kerja-kerja menaik taraf bermula pada 3 April 2006 dan dijangka siap pada 28 Mei 2007. Antara kerja-kerja yang berkenaan adalah meluaskan bahu bagi kedua-dua landasan terbang sebanyak 15 meter dan juga laluan taxi pesawat, pembinaan jeti penghubung tambahan pada tiga balai berlepas iaitu C17, C27 dan C37 dan menaik taraf aras mezzanine bagi penumpang dek atas untuk pesawat tersebut di balas berlepas.


[sunting] Operasi dan Infrastruktur

[sunting] Rekabentuk

Konsep kawasan bangunan terminal KLIA telah direka oleh Kisho Kurokawa, seorang arkitek Jepun. Kawasan ini telah direka bertemakan konsep Airport in the forest, forest in the airport (Lapangan terbang di dalam hutan, hutan di dalam lapangan terbang) di mana ianya dikelilingi kawasan hijau. Perlaksanaan konsep ini dibantu oleh Forest Research Institute of Malaysia (FRIM). Sebuah kawasan hutan asli telah diekstrak dan dipindahkan kedalam satu kawasan kecil di dalam terminal satelit.

Lapangan terbang ini direka untuk menampung sebanyak 100 juta penumpang setahun. Lapangan terbang ini dilengkapi dengan papan tanda dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Jepun dan Arab dan terdapat sejumlah automated people mover dan travelators untuk melancarkan perjalanan penumpang di dalamnya.

Keseluruhan landasan terbang dan bangunan-bangunan meliputi kawasan seluas 100 kilometer persegi. Dengan sebanyak 75 jeti pesawat, lapangan terbang ini mampu menguruskan 100 pesawat dalam masa yang sama. Terdapat 216 kaunter daftar masuk yang diatur dalam 6 barisan. Lapangan terbang ini merupakan yang pertama di dunia menggunakan Total Airport Management Systems (TAMS) - walaupun Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Dr Ling Liong Sik menyatakan sistem ini telah mendatangkan pelbagai masalah kepada KLIA.

[sunting] Menara kawalan trafik udara

Menara kawalan trafik udara KLIA yang terkenal
Menara kawalan trafik udara KLIA yang terkenal

Terdapat dua menara kawalan trafik udara di KLIA: satu menara kawalan utama dan satu menara kawalan apron. Menara kawalan utama merupakan menara kawalan trafik udara kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 130 meter selepas menara kawalan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi. Direka mengikut bentuk obor Olimpik, menara ini mempunyai sistem kawalan trafik udara dan kelengkapan radar.

Menara kawalan apron yang setinggi 55 meter pula bertanggungjawab untuk menyediakan Perkhidmatan Trafik Udara kepada pesawat dan mengawal pergerakan kenderaan di bahagian utara dan selatan Terminal Satelit dan kawasan apron kargo.

Frekuensi-frekuensi Kawalan Trafik Udara KLIA:

  • Lumpur Clearance Delivery - 126.00 MHz
  • Lumpur Ground - 121.65 MHz, 121.80 MHz, 229 MHz
  • Lumpur Tower - 118.50 MHz, 118.80 MHz, 229 MHz
  • Lumpur Approach - 119.45 MHz, 124.20 MHz
  • ATIS - 126.45 MHz

[sunting] Landasan terbang

KLIA mempunyai dua landasan terbang sepanjang lebih 4,000 meter dengan lebar 60 meter yang selari. Setiap landasan terbang dilengkapi dengan 10 laluan taxi dengan masa taxi pesawat antara 2 minit kepada 11 minit. Kedua-dua landasan ini dapat menguruskan 120 pergerakan pesawat dalam masa sejam dengan satu landasan digunakan untuk pesawat berlepas dan satu lagi digunakan untuk pendaratan. Setiap landasan juga dilengkapi dengan dua laluan taxi penuh yang selari dan Instrument Landing System untuk membantu pesawat mendarat dengan selamat dalam semua keadaan cuaca. Landasan-landasan terbang di KLIA sedang menjalani projek naik taraf untuk menerima pesawat gergasi Airbus A380. Projek pembesaran KLIA di masa hadapan adalah termasuk pembinaan dua landasan terbang tambahan dan satu landasan terbang lebih jika diperlukan.

[sunting] Sistem Pengurusan Bagasi (BHS)

Tali penghubung bagasi di KLIA
Tali penghubung bagasi di KLIA

Sistem pengurusan bagasi KLIA merangkumi daftar masuk bagasi di mana-mana 216 kaunter daftar masuk yang berfungsi 24 jam sehari, menggunakan sistem pengasingan kod bar secara automatik, 4 peringkat sistem pemeriksaan keselamatan bagasi in-line dan tali penghubung bagasi berkelajuan tinggi.

  • 8 kaunter daftar masuk di tempat letak kereta sementara.
  • 8 kaunter daftar masuk di stesen bas dan tren.
  • 3 peringkat pemeriksaan keselamatan bagasi.
  • Stor bagasi daftar masuk awal (kapasiti 1,200 beg).
  • 17 tali penghubung untuk menuntut bagasi termasuk LCCT.
  • 33 kilometer jumlah panjang tali penghubung bagasi.
  • Sebahagian tali penghubung yang menghubungkan Bangunan Terminal Utama ke Terminal Satelit adalah sepanjang 1.1 kilometer.

Sistem BHS ini dibina oleh Toyo Kanetsu dan kontrak untuk meluaskan sistem ini daripada terminal satelit ke platform KLIA Ekspres di bangunan terminal utama diberikan kepada Siemens pada tahun 2006. Kes kecurian bagasi yang telah didaftar masuk sering berlaku dan lapan orang pekerja lapangan terbang telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam tahun yang sama.

Bagasi di KLIA diuruskan oleh dua syarikat, Malaysia Airlines dan Kuala Lumpur Airport Services (KLAS). Malaysia Airlines menguruskan bagasi untuk kebanyakan syarikat penerbangan di KLIA dan selebihnya diuruskan oleh KLAS.

IATA telah bersetuju untuk membenarkan penggunaan tag cip pengenalan frekuensi radio (RFID) antara KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong selepas pelancaran cip RFID terkecil di dunia di Kuala Lumpur. KLIA merupakan lapangan terbang kedua di dunia yang menggunakan RFID.

Ujian bagasi dengan tag RFID sedang dijalankan antara KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Tag bagasi dikeluarkan pada kaunter daftar masuk Malaysia Airlines dan Cathay Pacific. Pada awalnya, ujian ini terpaksa ditangguh kerana menghadapi masalah untuk mendapatkan mesin pencetak.

[sunting] Bomba dan Keselamatan

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) disediakan untuk menghadapi sebarang kemungkinan kemalangan pesawat. Terdapat dua balai bomba di KLIA:

  • Balai Bomba 1, dibina di atas kawasan seluas 170,000 kaki persegi mempunyai keluasan 11,400 kaki persegi (1,060m2) dan 2 tingkat sturktur besi.
  • Balai Bomba 1, dibina di atas kawasan seluas 60,500 kaki persegi mempunyai keluasan 12,900 kaki persegi (1,200m2) dan 2 tingkat sturktur besi.

Kedua-dua balai bomba ini dilengkapi dengan pemadam api dan alat-alat penyelamat. Terdapat 7 Ultra Large Foam Tender, Kenderaan Ziegler 8-(8x8) bernilai RM 3.8 juta setiap satu, 1 Command and control, 1 tangga Turntable, 1 kenderaan First-aid, 2 Water tenders, 1 kenderaan Office-in-charge, dan 1 Rescue tender sedia digunakan dalam setiap balai.

KLIA merupakan lapangan terbang kedua di dunia yang dilengkapi dengan kotak penguraian bahan letupan selepas Munich International Airport. Penguraian bahan letupan dapat dilakukan dengan selamat menggunakan kotak-kotak ini yang bernilai hampir RM 1.6 juta setiap satu.

[sunting] Kargo Udara

Pusat Kargo Utama KLIA merangkumi kawasan seluas 108 ekar (0.4 km2) dan boleh mengendalikan sebanyak 1 juta tan metrik kargo setahun, dan boleh menampung sehingga 3 juta tan metrik setahun jika diperbesarkan. Pusat ini dibina sebagai hub transshipment bersepadu di dalam Zon Perdagangan Bebas. Dibantu oleh pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Tenggara yang pesat, Pusat ini telah mengendalikan 672,888 tan metrik kargo udara pada tahun 2006 dengan kenaikan sebanyak 2.9% berbanding tahun fiskal 2005.

Dengan mengaplikasikan teknologi maklumat, pengguna utama pusat ini, MasKargo telah memperkenalkan pelbagai jenis sistem artificial intelligent untuk mengendalikan kargo seperti Sistem Komuniti KLIA (KLIACS) dan e-Invoicing and Payment. MASKargo juga merintis Sistem DagangNET untuk membolehkan para pengguna untuk menjalankan deklarasi perdagangan, memohon permit melalui internet dan membolehkan pihak berwajib untuk mempercepatkan proses tersebut. Kesemua sistem ini akan dihubungkan dengan Total Airport Management System.

Statistik Airport Council International menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan antara lapangan terbang yang tersibuk di dunia dari segi trafik kargo pada tahun 2006.

[sunting] Hotel Haiwan

Hotel haiwan di KLIA diuruskan oleh pengendali kargo Malaysia Airlines, MASKargo. Hotel ini menguruskan semua import, eksport dan stop-over transshipment haiwan dan menyediakan perkhidmatan stay-in haiwan peliharaan untuk para penumpang yang akan berlepas dari KLIA untuk bercuti.

[sunting] Kawalan dan Caj Keselamatan

Kawalan keselamatan di KLIA diuruskan oleh Polis Bantuan Malaysia Airport Berhad (Malaysia Airport Berhad Auxillary Police). Polis-polis ini menerima latihan di Pusat Latihan Lapangan Terbang Malaysia (MATC), Pulau Pinang. Sejak tragedi 11 September 2001, sistem sekuriti di lapangan terbang ini telah diperkukuhkan dengan pemeriksaan yang lebih ketat, menggunakan mesin x-ray yang lebih canggih dan sistem pemantauan yang lebih efisyen. Polis bantuan di KLIA memakai seragam biru dan insignia yang sama seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), di mana hal ini merupakan satu perkara yang biasa di Malaysia. Satu kelainan polis bantuan ini berbanding PDRM ialah mereka memakai lencana bahu yang mempunyai logo Malaysia Airports Berhad dan mempunyai tulisan Polis Bantuan di bawahnya. Caj keselamatan dikenakan kepada para penumpang untuk menampung kos perkhidmatan polis ini.

Selaras dengan pengukuhan sistem keselamatan di lapangan terbang di negara United Kingdom (UK) dan United States (US), sistem pemeriksaan sekuriti di KLIA juga telah diperketatkan kepada para penumpang, beg kabin mereka dan juga beg daftar masuk bagi penerbangan pesawat-pesawat yang akan pergi ke UK dan US dari KLIA.

Para penumpang antarabangsa dan domestik yang akan berlepas dari KLIA diwajibkan membayar RM 6 bagi penerbangan antarabangsa dan RM 3 untuk penerbangan domestik oleh pengurus KLIA, Malaysia Airports Holdings Berhad. Caj ini dikenakan melalui kos tiket penerbangan.

[sunting] Penyelenggaraan Pesawat

Terdapat 4 fasiliti hangar dengan perkhidmatan selenggara pesawat yang disediakan oleh Malaysia Airlines dan Kuala Lumpur Airport Service (KLAS). Lapangan terbang ini juga mempunyai hangar yang boleh memuatkan pesawat gergasi Airbus A380 di dalamnya. Hangar ini telah disiapkan pada tahun 2007.

[sunting] Perkhidmatan Kaji Cuaca

Stesen Kaji Cuaca Aeronotik (AMS) yang terletak berhampiran dengan Landasan 14R-32L memberi maklumat cuaca kepada komuniti penerbangan dan selaras dengan piawaian International Civil Aviation Organisation (ICAO). AMS melakukan pemantauan cuaca secara berterusan dan memberi amaran kepada lapangan terbang apabila mengesan keadaan cuaca yang buruk untuk menjaga keselamatan fasiliti lapangan terbang dan pesawat yang mendarat. Sistem Pemprosesan Data Kaji Cuaca (MDPS) yang dipasang pada AMS berfungsi untuk merekod, memproses, menyimpan dan menganalisis data cuaca apabila diperlukan. MDPS ini terdiri daripada pelbagai jenis komponen pemprosesan kaji cuaca seperti radar, workstation, server, sistem satelit dan briefing terminal.

[sunting] Bangunan-bangunan Terminal

Kompleks Terminal Penumpang (PTC) telah direkabentuk untuk membolehkan cahaya matahari masuk ke dalam bangunan dan meneranginya secara semulajadi. Justeru, jumlah panel kaca dipasang pada bumbung bangunan ini amat besar dan dan terdapat ruang-ruang antara unit bumbung yang membolehkan cahaya matahari ditapis masuk ke dalam bangunan. Kompleks ini terdiri dari 3 bangunan - Bangunan Terminal Utama, Bangunan Satelit dan Balai Berlepas. Selain dari sebuah hotel yang mempunyai 80 bilik di Bangunan Satelit, terdapat juga hotel 5 bintang Pan Pacific KLIA yang mempunyai 450 bilik terletak lima minit perjalanan dari Bangunan Terminal Utama yang dihubungkan dengan laluan berbumbung. Perkhidmatan kenderaan buggy yang kerap dan percuma juga disediakan untuk pergi ke hotel tersebut. Pusat-pusat membeli-belah juga berada di dalam satu kawasan seluas 85,000 meter persegi.

[sunting] Bangunan Terminal Utama dan Balai Berlepas

Bangunan Terminal Utama
Bangunan Terminal Utama
Pesawat Boeing 737 AirAsia dan Malaysia Airlines di Balai Berlepas
Pesawat Boeing 737 AirAsia dan Malaysia Airlines di Balai Berlepas

Bangunan Terminal Utama terletak di antara kedua-dua landasan terbang. Bangunan ini terdiri dari 39 unit bumbung persegi untuk membolehkan bangunan ini diperbesarkan di masa hadapan. Terdapat sebanyak 216 kaunter daftar masuk, diatur dalam 6 barisan, dan dilabel menggunakan abjad A sehingga M (tidak termasuk I). Perkhidmatan daftar masuk multi juga disediakan untuk para penumpang yang tiba, berlepas atau transit. Terdapat 61 dan 69 kaunter imigresen masing-masing untuk penumpang yang berlepas dan penumpang yang tiba, 16 kaunter pemindahan, 32 kaunter kastam dan juga 12 tali penghubung bagasi (10 untuk penumpang antarabangsa dan 2 untuk penumpang domestik). Pada 12 Febuari 2007, Malaysia Airports memperkenalkan kios daftar masuk sendiri bersepadu untuk para penumpang. Syarikat penerbangan yang pertama sekali menggunakan sistem ini adalah KLM. Sebanyak 24 kios tambahan akan dipasang kemudian oleh pengendali lapangan terbang.

Balai Berlepas merupakan bangunan berbentuk segi empat tepat yang bersambung dengan Bangunan Terminal Utama berfungsi sebagai terminal berlepas dan ketibaan untuk penerbangan domestik. Pada masa kini, Malaysia Airlines menggunakan terminal ini untuk penerbangan-penerbangan domestik. Tetapi bangunan ini tidak lagi digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan tambang murah (AirAsia pernah menggunakan terminal ini sebelum pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah, LCCT). Di bahagian utara, terminal ini hanya mampu mengendalikan pesawat narrow-body (Boeing 737, Airbus A320). Sebaliknya, terminal ini dapat mengendalikan pesawat sebesar Boeing 747 di bahagian selatan. Oleh kerana bangunan ini terlalu panjang, banyak travelator dipasang dalam balai ini untuk membantu pergerakan para penumpang.

Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam Balai Berlepas termasuk mesin ATM, pusat kecergasan, bilik sembahyang, bilik merokok, perkhidmatan kesihatan, ruang menunggu syarikat penerbangan, ruang pameran khas mengenai sejarah KLIA, kaunter maklumat dan kios maklumat elektronik. Malaysia Airports Holding Berhad memperoleh 65% daripada keuntungannya setiap tahun melalui sumber-sumebr selain penerbangan, dengan 35% keuntungan melalui sewa tapak perniagaan dan sebahagian kecil daripada hasil jualan. Terdapat pelan permohonan untuk menambah luas dan meningkatkan penggunaan tapak niaga di Bangunan Terminal Utama dan Balai Berlepas, tetapi cadangan ini telah ditangguhkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

[sunting] Terminal Satelit A

Terminal Satelit A
Terminal Satelit A

Bagunan seluas 143,404 meter persegi ini mengendalikan penerbangan-penerbangan antarabangsa di KLIA. Para penumpang harus menggunakan Aerotren untuk pergi ke bangunan ini dari Bangunan Terminal Utama. Terdapat pelbagai jenis kedai bebas cukai dan butik-butik berjenama yang berprestij di sini. Antara jenama-jenama tersebut adalah Burberry, Dunhill, Mont Blanc, dan Mango yang membuka butik lapangan terbang pertamanya di benua Asia. Minuman alkohol dan minyak wangi adalah sangat popular dan menyumbang kepada lebih separuh daripada hasil jualan diikuti dengan jam tangan dan produk tembakau. Lebih-lebih lagi, Terminal Satelit A juga memuatkan Notel Transit Airside dan beberapa ruang menunggu syarikat-syarikat penerbangan seperti Dynasty Lounge untuk China Airlines, Golden Lounge untuk penumpang antarabangsa Malaysia Airlines dan Silver Kris Lounge untuk Singapore Airlines.

Dibawah pelan peningkatan penggunaan ruang perniagaan Malaysia Airports Berhad, penggunaan ruang perniagaan di Bangunan Satelit A akan dimaksimumkan untuk meningkatkan keuntungan yang diperoleh daripada sewa tapak perniagaan dan peratusan hasil jualan daripada 35% kepada 50% menjelang tahun 2010. Selepas proses pembaharuan selesai, sebuah Jungle Boardwalk yang pertama di dunia akan siap dibina dan aras mezzanine yang lebih besar untuk menampung kedai-kedai makanan dan galeri pemantauan.

[sunting] Terminal Penerbangan Tambang Murah

Terminal Penerbangan Tambang Murah KLIA
Terminal Penerbangan Tambang Murah KLIA

Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang pertama dibina khas di KLIA untuk menampung jumlah penumpang penerbangan tambang murah yang semakin meningkat, terutamanya para penumpang syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, AirAsia. Proses pembinaan LCCT dijalankan dengan pantas sekali bermula Jun 2005 memakan kos hampir RM 108 juta.

Terminal seluas 35,290 meter persegi ini direkabentuk dan dibina mengikut keperluan model perniagaan penerbangan tambang murah yang hanya memerlukan kemudahan-kemudahan asas terminal. Untuk mengurangkan bayaran pendaratan, kos pengendalian dan cukai lapangan terbang, terminal ini tidak menggunakan jeti penumpang, struktur fizikal yang kompleks dan hiasan berlebihan di dalam bangunan terminal. Tiada kemudahan transit di LCCT. Para penumpang yang ingin membuat transit terpaksa melalui pemeriksaan imigresen, menuntut bagasi mereka, melalui pemeriksaan kastam, keluar menuju ke arah Bangunan Terminal Utama dan mendaftar masuk semula dengan syarikat penerbangan masing-masing.

[sunting] Terminal Udara Bandaraya Kuala Lumpur

Terminal Udara Bandaraya Kuala Lumpur (KLCAT) adalah terminal maya tambahan KLIA yang menyediakan khidmat daftar masuk. KLCAT menerima pengiktirafan daripada International Air Transport Association (IATA) dan mempunyai kod IATA XKL. Pada masa ini, hanya 4 syarikat penerbangan menawarkan khidmat daftar masuk, Cathay Pacific, Emirates, Malaysia Airlines dan Royal Brunei Airlines. Namun situasi ini tidak akan berpanjangan kerana 10 AirportConnect CUTE (Common Use Terminal Equipment) kepunyaan SITA akan dipasang pada 10 kaunter daftar masuk di KLCAT yang membolehkan semua syarikat penerbangan lain menawarkan perkhidmatan daftar masuk di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Selain daripada khidmat daftar masuk, pengendali terminal maya ini, Express Rail Link Sdn Bhd yang juga mengendalikan KLIA Ekspres bercadang untuk melancarkan perkhidmatan menuntut bagasi bermula Januari 2008 yang membolehkan para penumpang untuk menuntut bagasi mereka dan mengisyhtiharkan barang-barang cukai mereka di KLCAT.

[sunting] Anugerah dan Pengiktirafan

Sejak perasmian KLIA pada 27 Jun 1998, lapangan terbang ini telah mendapat pelbagai anugerah daripada organisasi-organisasi antarabangsa di seluruh dunia seperti Skytrax dan International Air Transport Association (IATA).

Komitmen yang diberikan KLIA dalam mempromosikan tanggungjawab menjaga alam sekitar kepada para penumpangnya menerima pengiktirafan oleh Green Globe. KLIA juga merupakan satu-satunya lapangan terbang di dunia yang menerima sijil Green Globe 21 pada tahun 2004 dan seterusnya. Dengan usaha yang berterusan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada penggunanya, lapangan terbang ini telah diiktiraf sebagai antara lima lapangan terbang terbaik di dunia.

Selain itu, KLIA juga merupakan lapangan terbang yang pertama sekali di dunia untuk dianugerahkan sijil Airport Service Quality (ASQ) Assured daripada Airports Council International (ACI).

[sunting] Pengangkutan

[sunting] Pengangkutan Antara Terminal

Aerotrain station in Satellite Building
Aerotrain station in Satellite Building

Bangunan-bangunan terminal KLIA dihubungkan dengan Aerotren (KLIA Automated People Mover). Tren tiga gerabak tanpa pemandu ini bergerak di atas landasan yang ditinggikan dan juga dibawah laluan taxi pesawat. Terdapat juga sistem bas di KLIA.

Bangunan Terminal Utama - LCCT
LCCT dihubungkan dengan Bangunan Terminal Utama melalui bas NadiKLIA yang berkod hijau dengan tambang RM1.50. Kerajaan Malaysia telah bersetuju dengan cadangan pembinaan rel antara Bangunan Terminal Utama dan LCCT. Namun begitu, projek pembinaan masih belum diluluskan sehingga Kompleks Hub LCCT baru siap dibina menjelang tahun 2010.
Bangunan Terminal Utama - Terminal Satelit
Bangunan Terminal Utama dan Terminal SAtelit A dihubungkan dengan Aerotren yang beroperasi dalam jangka antara masa 3 dan 5 minit. Perjalanan antara kedua-dua terminal mengambil masa lebih kurang dua minit, dan setiap tren yang boleh memuatkan 250 penumpang dalam satu masa mampu membawa seramai 3,000 penumpang sejam pada kelajuan maksimum 56 km/j (35 batu/j). Tren ini merupakan satu-satunya pengangkutan untuk penumpang keluar dan masuk dari terminal satelit.

[sunting] Tren

Para penumpang yang mahu pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur boleh menggunakan KLIA Ekspress dan juga KLIA Transit. KLIA Ekspres menawarkan perkhidmatan tren tanpa henti ke Terminal Udara Bandaraya Kuala Lumpur (KLCAT) berkod IATA XKL yang merupakan sebahagian daripada hub pengangkutan utama Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) di bandaraya Kuala Lumpur. Perjalanan tanpa henti sejauh 57 kilometer antara Kuala Lumpur dan KLIA ini memakan masa tepat 28 minit. Penumpang yang berlepas dari KLCAT boleh mendaftar masuk bagasi mereka untuk penerbangan Emirates, Cathay Pacific, Malaysia Airlines dan Royal Brunei Airlines. KLIA Transit pula merupakan perkhidmatan tren komuter laju yang menghubungkan KL Sentral dan dan Stesen ERL Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tren ini menggunakan trek yang sama dengan KLIA Ekspres tetapi berhenti di beberapa stesen utama sepanjang perjalanannya. Kemudahan daftar masuk tidak disediakan di stesen-stesen KLIA Transit. Para penumpang yang ingin berlepas atau tiba di LCCT boleh menggunakan bas feeder untuk pergi ke stesen ERL KLIA.

[sunting] Teksi dan Limosin

Perkhidmatan teksi dan limosin lapangan terbang disediakan oleh Airport Limo. Perkhidmatan teksi dan limosin ini boleh didapati di kaunter Teksi dan Limosin. Perkhidmatan ini disediakan dari lapangan terbang ke pelbagai destinasi Lembah Kelang dan kawasan sekelilingnya. Tambang harus dibayar di kaunter dan jumlah bayaran ditentukan berdasarkan zon destinasi. Caj tambahan dikenakan untuk perkhidmatan antara jam 12.00 tengah malam dan 6.00 pagi. Para penumpang dinasihatkan melihat Fare Table untuk maklumat lanjut berkenaan dengan caj.

[sunting] Bas

Harga tambang bas adalah serendah RM9.00.

Service Destination Notes
Airport Coach
Express Coach Kuala Lumpur Sentral
Express Coach Ampang Line, Stesen LRT Chan Sow Lin
Semi Express Stesen KTM Nilai
Triton Bus
Express Coach Ipoh
Express Coach Kuantan
Express Coach Temerloh
KR Travel & Tours
Airport Coach Stesen KTM Nilai melalui LCCT
YoYo Bus Service
Express Coach Ipoh
KLIA LCCT Shuttle Bus
SkyBus KL Sentral
KR Travel and Tours Stesen KTM Nilai
AeroBus KL Sentral
NadiKLIA Bangunan Terminal Utama KLIA
Star Shuttle Jalan Ipoh - Titiwangsa - Shah Alam - Subang Jaya

[sunting] Kereta Sewa

Kaunter kereta sewa boleh didapati 24 jam sehari di balai ketibaan dalam Bangunan Terminal Utama.

[sunting] Syarikat Penerbangan dan Destinasi

Operations and Statistics
Imej:KLIA ADepartureLounge October2005.jpg
Operational statistics[1]
Passenger movements
1998 6,524,405 2003 17,454,564
1999 13,172,635 2004 21,058,572
2000 14,732,876 2005 23,213,926
2001 14,538,831 2006 24,570,385
2002 16,398,230 2007
Airfreight movements in tonnes (tons)
1998 156,641 2003 586,195
1999 417,068 2004 651,747
2000 510,594 2005 653,654
2001 440,864 2006 672,888
2002 527,124 2007
Aircraft movements
1998 64,123 2003 139,590
1999 116,589 2004 164,483
2000 109,925 2005 182,537
2001 113,590 2006 183,869
2002 127,952 2007

Pada bulan November 2007, sebanyak 53[2] syarikat penerbangan menjalankan operasi di KLIA:

[sunting] Bangunan Terminal Utama

  • Lion Air (Jakarta, Surabaya)
  • Malaysia Airlines (Alor Star, Bintulu, Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuantan, Kuala Terengganu, Kuching, Labuan, Langkawi, Miri, Penang, Sandakan, Sibu, Tawau)

[sunting] Bangunan Satelit

  • Air China (Beijing)
  • Air India (Chennai, Delhi, Mumbai)
    • Air-India Express (Chennai, Mumbai, Tiruchirapally)
    • Indian Airlines (Bangkok-Suvarnabhumi, Chennai, Delhi)
  • Air Mauritius (Port Louis, Singapore)
  • Biman Bangladesh Airlines (Dhaka, Singapore)
  • Cathay Pacific (Hong Kong)+
  • China Airlines (Taipei-Taoyuan)
  • China Southern Airlines (Fuzhou, Guangzhou)
  • China Eastern Airlines (Shanghai-Pudong)
  • EgyptAir (Cairo, Mumbai)
  • Emirates (Dubai, Jakarta, Singapore)
  • Etihad Airways (Abu Dhabi)
  • EVA Air (Taipei-Taoyuan)
  • Garuda Indonesia (Jakarta)
  • GMG Airlines (Dhaka, Chittagong)
  • Gulf Air (Bahrain)
  • Hainan Airlines (Haikou) (bermusim)
  • Hong Kong Express Airways (Hong Kong)[3]
  • Iran Air (Tehran-Imam Khoemeini)
  • Japan Airlines (Osaka-Kansai, Singapore, Tokyo-Narita)
  • Jet Airways (Chennai)
  • Jetstar Asia Airways (Singapore) [Bermula 1 Febuari 2008]
  • KLM (Amsterdam, Jakarta)
  • Korean Air (Seoul-Incheon)
  • Kuwait Airways (Kuwait, Jakarta)
  • Lufthansa (Bangkok-Suvarnabhumi, Frankfurt)
  • Malaysia Airlines (Adelaide, Amsterdam, Auckland, Bahrain [bermusim], Bandar Seri Begawan, Bangalore, Bangkok-Suvarnabhumi, Beijing, Beirut, Brisbane, Buenos Aires-Ezeiza, Cape Town, Cebu, Chennai, Colombo, Delhi, Denpasar/Bali, Dhaka, Dubai, Frankfurt, Guangzhou, Hanoi, Ho Chi Minh City, Hong Kong, Hyderabad, Istanbul-Atatürk, Jakarta, Jeddah, Johannesburg, Yogyakarta [bermula 1 Febuari 2008][4], Kaohsiung, Karachi, Kunming, Kuwait [bermusim], Lahore, London-Gatwick [bermula 3 Julai 2008], London-Heathrow, Los Angeles, Macau, Male, Manila, Medan, Madinah [bermusim], Melbourne, Mumbai, Newark, Osaka-Kansai, Paris-Charles de Gaulle, Perth, Phnom Penh, Phuket, Rome-Fiumicino, Seoul-Incheon, Shanghai-Pudong, Siem Reap, Singapore, Stockholm-Arlanda, Surabaya, Sydney, Taipei-Taoyuan, Tokyo-Narita, Vienna, Xiamen, Yangon, Zurich [berakhir Januari 24] [5])
  • Merpati Nusantara Airlines (Jakarta, Surabaya, Mataram)
  • Myanmar Airways International (Yangon)
  • Nepal Airlines (Kathmandu)
  • Pakistan International Airlines (Karachi, Peshawar)
  • Qantas
    • Jetstar Airways (Sydney)
  • Qatar Airways (Denpasar/Bali, Doha)
  • Royal Brunei Airlines (Bandar Seri Begawan)
  • Saudi Arabian Airlines (Jakarta, Jeddah, Riyadh)
  • Shenzhen Airlines (Nanning, Shenzhen)
  • Singapore Airlines (Singapore)
  • SriLankan Airlines (Colombo)
  • Thai Airways International (Bangkok-Suvarnabhumi)
  • Transaero (Moscow-Domodedovo)[6]
  • Uzbekistan Airways (Tashkent)
  • Vietnam Airlines (Hanoi, Ho Chi Minh City)
  • Xiamen Airlines (Fuzhou, Xiamen)
  • Yemenia (Dubai, Jakarta, Sanaa)

+ Walaupun penerbangan Cathay Pacific berlepas/tiba ke Hong Kong melibatkan perhentian di Kuala Lumpur, para penumpang tidak boleh membeli tiket penerbangan antara Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

[sunting] Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT)

Terminal Penerbangan Tambang Murah(LCCT).
  • AirAsia (Alor Star, Bandar Seri Begawan, Banda Aceh, Bandung, Bangkok-Suvarnabhumi, Bintulu, Chiang Mai, Denpasar, Guangzhou (bermula 16 Januari 2008), Hanoi, Hong Kong (bermula Mac 2008) Jakarta, Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Krabi, Kuala Terengganu, Kuching, Labuan, Langkawi, Macau, Manila-Clark, Medan, Miri, Padang, Palembang, Penang, Phnom Penh, Phuket, Sandakan, Shenzhen, Sibu, Siem Reap, Singapore [bermula 1 Febuari 2008], Solo, Surabaya, Tawau, Yogyakarta (bermula 30 Januari 2008), Vientiane)
  • Cebu Pacific (Manila)
  • Tiger Airways (Singapore) [Bermula 1 Febuari 2008]

[sunting] Pengguna di Masa Hadapan

  • Air Korea (bercadang untuk memulakan operasi pada Mei 2008)[7]
  • Bangkok Airways (bercadang untuk memulakan operasi route KUL-Samui) [8]
  • British Airways (bercadang untuk kembali beroperasi di route LHR-KUL) [9]
  • Kingfisher Airlines (bercadang memulakan operasi akhir tahun 2007, tetapi belum mula beroperasi)[10]
  • Mandala Airlines (bercadang untuk memulakan operasi ke Kuala Lumpur dan Singapore selari dengan pelan perluasan operasinya) [11]
  • Ocean Airlines (syarikat Itali ini bercadang memulakan operasi ke KUL di masa hadapan untuk route KUL-Brescia)[12]
  • Oman Air (bercadang untuk memulakan operasi dari Oman selaras dengan pelan perluasan operasi jarak jauh)[13]
  • Pacific Airlines
  • Royal Jordanian (Bercadang untuk meluaskan operasi ke Asia Tenggara dengan kemasukan Hong Kong sebagai satu destinasi dan dua cadangan untuk destinasi tambahan) [14]
  • Royal Khmer Airlines (bercadang untuk kembali beroperasi untuk route KUL-PNH][15]
  • Sriwijaya Air (Bercadang untuk memulakan operasi ke Medan, Surabaya dan Makassar)[16]


[sunting] Penerbangan Kargo

Berikut adalah syarikat-syarikat pengangkutan kargo udara yang beroperasi di lapangan terbang ini:

  • Cargolux (Baku, Chennai, Luxembourg, Singapore)
  • China Airlines Cargo (Penang, Taipei-Taoyuan)
  • China Eastern (Shanghai-Pudong)
  • Coyne Airways
  • DHL
  • Eva Air Cargo (Taipei-Taoyuan)
  • Federal Express(Anchorage, Cebu, Los Angeles, Penang, Singapore, Subic Bay, Tokyo-Narita)
  • Gading Sari[17]
  • Indian Airlines Cargo (Chennai)
  • Japan Airlines Cargo (Singapore, Tokyo-Narita, Bangkok-Suvarnabhumi,Manila[18])
  • Jet Airways (Chennai)
  • KLM Cargo (Amsterdam, Jakarta, Penang, Singapore)
  • Korean Air Cargo (Seoul-Incheon)
  • Lufthansa Cargo (Bangkok-Suvarnabhumi, Chennai, Frankfurt)
  • Malaysia Airlines Cargo (Amsterdam, Bangkok-Suvarnabhumi, Basel/Mulhouse, Dubai, Frankfurt, Guangzhou, Hong Kong, Osaka-Kansai, Melbourne, Milan, Shanghai-Pudong, Sydney, Taipei-Taoyuan, Tashkent [19], Tokyo-Narita)[20]
  • Nippon Cargo Airlines (Osaka-Kansai, Tokyo-Narita)
  • Republic Express
  • Singapore Airlines Cargo (Singapore)
  • Transmile Air Services (Anchorage, Bangalore, Chennai, Cincinnati/Northern Kentucky, Hong Kong, Jakarta, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Luik, Malmo, Manila, Medan, Mumbai, Nagoya, Nanjing, Osaka-Kansai, Penang, Riverside, Shanghai, Shenzen, Singapore, Tokyo-Narita, Taipei-Taoyuan)[21] [22]
  • Tri-MG Intra Asia Airlines (Jakarta)[23]
  • TNT
  • United Parcel Service (Anchorage, Cologne/Bonn, Dubai, Penang, Singapore)

[sunting] Bekas Pengguna

  • Aeroflot
  • Air Kazakhstan (ditutup)
  • Air Macau
  • Airtours (Kini dikenali sebagai MyTravel Airways)
  • All Nippon Airways
  • Austrian Airlines (operasi dihentikan Mac 2007)
  • Balkan Bulgarian Airlines (ditutup)
  • British Airways [akan disambung pada tarikh yang ditetapkan]
  • CSA Czech Airlines
  • First Cambodia Airlines (operasi dihentikan)
  • Jatayu Airlines
  • Jugoslovenski Aero Transport (JAT) (kini dikenali sebagai Jat Airways, dihentikan kerana sekatan UN terhadap Yugoslavia)
  • Kyrgyzstan Airlines (ditutup)
  • LOT Polish Airlines
  • Middle East Airlines
  • Northwest Airlines
  • Philippine Airlines (Berkongsi kod operasi Malaysia Airlines)
  • Royal Jordanian (Amman)
  • SABENA (ditutup)
  • Star Air
  • Thai Sky Airlines (Bangkok) (operasi dihentikan)
  • Turkish Airlines (Istanbul)
  • UTA French Airlines (Paris) (ditutup)

[sunting] Insiden-insiden

  • Pada tahun 2001, sebuah pesawat Boeing 747 Saudi Arabian Airlines mengalami kerosakan teruk di bahagian depan pesawat setelah termasuk ke dalam parit monsun besar ketika sedang ditarik dari hangar ke pintu penumpang sebelum perjalanan pulang ke Arab Saudi. Tiada kecederaan serius berlaku antara 6 anak kapal pesawat tersebut.
  • Pada 14 Julai 2007, sebuah jeti penumpang bergerak secara tiba-tiba menyebabkan kerosakan pada pintu masuk sebuah Airbus A330 Malaysia Airlines yang akan berlepas ke Beijing. Jeti penumpang tersebut tidak digunakan pada masa itu, dan tiada kecederaan di kalangan anak kapal dan penumpang.[24]
  • Pada 15 Oktober 2007, seorang lelaki warganegara Palestin telah menyelinap dan bersembunyi dalam gear pendaratan pesawat untuk penerbangan SQ119 dari KLIA ke Lapangan Terbang Changi, Singapura. Dia kemudiannya dijumpai di Singapura apabila terjatuh setinggi 2.4 meter daripada roda pendaratan selepas pesawat tersebut tiba di Singapura. Walaupun mengharungi udara yang sejuk dan tipis semasa penerbangan, lelaki tersebut masih hidup tetapi telah ditahan di Singapura. Pihak KLIA masih menyiasat bagaimana lelaki ini berjaya melepasi kawalan keselamatan KLIA.

[sunting] Rujukan

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

Static Wikipedia 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Sub-domains

CDRoms - Magnatune - Librivox - Liber Liber - Encyclopaedia Britannica - Project Gutenberg - Wikipedia 2008 - Wikipedia 2007 - Wikipedia 2006 -

Other Domains

https://www.classicistranieri.it - https://www.ebooksgratis.com - https://www.gutenbergaustralia.com - https://www.englishwikipedia.com - https://www.wikipediazim.com - https://www.wikisourcezim.com - https://www.projectgutenberg.net - https://www.projectgutenberg.es - https://www.radioascolto.com - https://www.debitoformtivo.it - https://www.wikipediaforschools.org - https://www.projectgutenbergzim.com