Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Penang International Airport |
|||
---|---|---|---|
IATA: PEN - ICAO: WMKP | |||
Ringkasan | |||
Jenis | Awam | ||
Operator | Malaysia Airports Holdings Berhad | ||
Melayani | Pulau Pinang | ||
Aras tinggi dari AMSL | 9 kaki (3 m) | ||
Koordinat | 05° 17′49.70″N, 100° 16′36.71″E | ||
Landasan kapal terbang | |||
Arah | Panjang | Permukaan | |
kaki | meter | ||
04/22 | 11,003 | 3,354 | Asfalt |
Statistik Operasi 2006 | |||
Pergerakan Penumpang | 3,103,762 | ||
Pergerakan Pesawat | 37,477 | ||
Pergerakan Kargo dalam tan metrik | 225,957,020 | ||
Statistik Operasi 2005 | |||
Pergerakan Penumpang | 2,834,545 | ||
Pergerakan Pesawat | 31,173 | ||
Pergerakan Kargo dalam tan metrik | 221,971,388 |
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (kod IATA: PEN) adalah sebuah lapangan terbang untuk operasi kawasan sekitar Pulau Pinang. Ianya terletak di Bayan Lepas, iaitu 16 km dari George Town, ibu negeri Pulau Pinang. Bagi menampung jumlah penumpang yang kian meningkat, Malaysia Airport akan membelanjakan kira-kira RM36 juta bagi menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini termasuk membina satu tempat meletak pesawat dan 32 kaunter pendaftaran baru yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2008. Pada tahun lepas, LTAPP mengendalikan 3.1 juta penumpang.Kini LTAPP menjadi hub bagi syarikat penerbangan tambang murah FireFly bermula April 2007
Senarai kandungan |
[sunting] Sejarah LTAPP
Pada tahun 1935, Lapangan Terbang Pulau Pinang telah dibuka dengan rasminya berikutan pendaratan sebuah kapal terbang dari Syarikat Penerbangan Imperial, 'Arethusa' di lapangan terbang ini. Upacara pendaratan ini telah disaksikan oleh sebahagian besar penduduk-penduduk Pulau Pinangl, termasuk Residen Councillor Pulau Pinang.
Lapangan terbang ini adalah berbentuk bulat, panjang garis lintangnya ialah 1,000 ela dan dikelilingi oleh tembok setinggi 4 kaki untuk menghalang banjir disebabkan air pasang. Pendaratan kapal terbang ini telah dilakukan di atas dua landasan, satu daripadanya landasan tar sepanjang 930 ela dan lebar 60 ela, satu lagi landasannya ialah sepanjang 800 ela dan lebarnya 200 ela dibina di atas tanah yang ditanam rumput.
Di samping itu lapangan terbang ini mengandungi beberapa bangunan antaranya sebuah terminal yang dibina di Bangunan Kawalan, sebuah kelab dan dua buah 'Hanger' yang diperbuat daripada besi waja. Dengan pembukaan lapangan terbang ini, ia merupakan satu detik bersejarah dalam perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan di Malaysia. Ia telah memberi perkhidmatan penerbangan tempatan antara Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, di samping perkhidmatan pendaratan penerbangan di antara Eropah dengan negara-negara Asia Tenggara dan Australia.
[sunting] Bangunan Terminal
Antara kemudahan yang disediakan dalam bangunan terminal, kafe, kedai bebas cukai, kaunter tiket & Pejabat penerbangan seperti MAS, Firefly,AirAsia, Jatayu Airlines, China Airlines dan Singapore Airlines. Antara kemudahan lain :
- Kaunter Daftar Masuk (32)
- 14 Pintu Berlepas
- 8 Titi Udara
- 3 Kaunter Tuntutan Bagasi
- 808 lot letak kereta
- Travel Agensi
- Kaunter Penerangan
- Ruang Istirehat VIP
- Mesin ATM
- Pertukaran Wang Asing
- Penempahan Hotel
- Khidmat teksi
[sunting] Kompleks Kargo
LTAPP mempunyai 2 kompleks kargo, dimana kompleks utama digunakan oleh MAS Cargo sebagai pusat operasi. Pada tahun 2006 LTAPP telah mengendalikan sebanyak 225,957,020 metrik tan kargo
Kemudahan di Kompleks Kargo:
- Gudang 270,000m² (2,906,255sq ft)
- 7 x 747 Freighter Lot
- Zon Transit
- Zon Perdagangan Bebas
- Baikpulih Pesawat
- Pengimbas X-RAY
- Pusat Courier Laju
[sunting] Penerbangan Beroperasi Di LTA Pulau Pinang
[sunting] Penerbangan Penumpang
- Adam Air (Medan)
- AirAsia (Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu)
- Thai AirAsia (Bangkok)
- Indonesia AirAsia (Medan)
- Cathay Pacific (Hong Kong)
- China Airlines (Kaohsiung, Taipei-Taiwan Taoyuan)
- China Southern Airlines (Guangzhou)
- Jatayu Airlines (Medan)
- Kartika Airlines (Medan)
- Korean Air (Seoul-Incheon)
- Lion Air / Wings (Medan)
- Penerbangan Malaysia (Bangkok, Kuala Lumpur, Langkawi, Medan, Seoul-Incheon, Singapura)
- Firefly (Ipoh, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuala Lumpur-Subang, Kuantan, Langkawi, Koh Samui, dan Phuket)
- Singapore Airlines (Singapura)
- Thai Airways International (Bangkok)
- Top Air (Medan)
- Xiamen Airlines (Xiamen)
[sunting] Penerbangan Kargo
- Air Hong Kong
- Penerbangan Kargo China
- Kargo Cathay Pacific
- DHL Air / Transmile
- AirEVA Air Cargo
- Fedex
- Kargo KLM
- Kargo Udara Korea
- Lufthansa Cargo
- Singapore Airlines Cargo
- United Parcel Service
|
|
---|---|
Semenanjung Malaysia |
Alor Star (AOR) • Ipoh (IPH) • Johor Bahru (JHB) • Kota Bharu (KBR) • Kerteh (KTE) • Kuantan (KUA) • Kuala Lumpur (KUL) • Langkawi (LGK) • Mersing (MEP) • Melaka (MKZ) • Pulau Pinang (PEN) • Pangkor (PKG) • Redang (RDN) • Subang (SZB) • Kuala Terengganu (TGG) • Tioman (TOD) • Taiping (TPG) • Tekah • Kluang (WMAP) • Gong Kedak (WMGK) • Sungai Besi (WMKF) |
Malaysia Timur |
Bakelalan (BKM) • Bario (BBN) • Belaga (BLG) • Bintulu (BTU) • Kapit (KPI) • Keningau (KGU) • Kota Kinabalu (BKI) • Kuching (KCH) • Kudat (KUD) • Labuan (LBU) • Lahad Datu (LDU) • Lawas (LWY) • Limbang (LMN) • Long Akah (LKH) • Long Banga (LBP) • Long Lellang (LGL) • Long Pasia (GSA) • Long Semado (LSM) • Long Seridan (ODN) • Marudi (MUR) • Miri (MYY) • Mukah (MKM) • Mulu (MZV) • Pamol (PAY) • Ranau (RNU) • Sahabat (SXS) • Sandakan (SDK) • Sematan (BSE) • Semporna (SMM) • Sepulut (SPE) • Sibu (SBW) • Simanggang (SGG) • Sitiawan (SWY) • Tanjung Manis (WBGT) • Tawau (TWU) • Tomanggong (TMG) |