Liga Juara-Juara UEFA
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Liga Juara-Juara UEFA |
|
---|---|
Imej:UEFA Champions League logo 2.svg | |
Ditubuhkan | 1955 |
Benua | Eropah (UEFA) |
Jumlah pasukan | 32 (peringkat kumpulan) 76 |
Juara semasa | AC Milan (7 kali) |
Kelab paling berjaya | Real Madrid (9 kali) |
Penyiaran televisyen | Senarai penyiar televisyen |
Moto | Champions League Hymn |
Liga Juara-Juara UEFA 2007-08 |
Kejohanan Liga Juara-Juara UEFA (bahasa Inggeris: UEFA Champions League) merupakan satu kejohanan bola sepak bermusim (tahunan) yang membabitkan kelab-kelab terunggul di Eropah. Ia dianggap kejuaraan yang paling berprestij dalam bola sepak peringkat kelab di dunia.
Hal ini demikian bukan hanya disebabkan sejarah pertandingan ini, malah ganjaran kewangannya. Setiap pasukan yang terlibat dalam peringkat kumpulan mampu dibayar antara €3.8 juta hingga €30.6 juta.
Pertandingan ini mempunyai tiga peringkat kelayakan untuk memasuki peringkat kumpulan. Biasanya pasukan-pasukan yang hebat memulakan pertandingan pada peringkat kumpulan yang melibatkan 32 pasukan. 16 pasukan yang layak daripada peringkat ini mara ke peringkat-peringkat kalah mati, sehinggalah perlawanan akhir di sebuah stadium yang ditentukan.
Stadium yang akan menjadi tuan rumah dalam Liga Juara-juara 2007-2008 ialah Stadium Luzhniki, Moscow.
Musim Liga Juara-Juara UEFA
|
|
---|---|
|