ON AMAZON:



https://www.amazon.com/Voice-Desert-Valerio-Stefano-ebook/dp/B0CJLZ2QY5/



https://www.amazon.it/dp/B0CT9YL557

We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Malaria - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Malaria

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.
Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.
Malaria
Plasmodium falciparum ring-forms and gametocytes in human blood.
ICD-10 B50.
ICD-9 084
OMIM 248310
Pangkalan data penyakit 7728
MedlinePlus 000621
eMedicine med/1385 emerg/305 ped/1357
MeSH C03.752.250.552

Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit protozoa yang paling biasa di dunia, iaitu plasmodium yang menyumbang kepada lebih kurang 3 juta kes dan 1.5 hingga 2.7 juta kematian setiap tahun. Ia disebarkan oleh nyamuk betina genus Anopheles (nyamuk tiruk), terutamanya Anopheles sundaicus di Asia dan An. gambiae di Afrika. Ramai orang mendapat malaria semasa mengembara ke negara-negara tropika atau subtropika. Malaria berlaku di kebanyakan bahagian sub Sahara Arika, Asia Tenggara dan Selatan, Mexico, Haiti, Amerika Tengah dan Selatan, Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon.

Malaria merupakan penyakit berjangkit bawaan vektor yang disebabkan oleh parasit protozoa. Ia meluas di kawasan tropika dan subtropika, termasuk sebahagian dari Amerika, Asia, dan Afrika. Setiap tahun ia menyebabkan penyakit pada sekitar 650 juta orang dan membunuh antara satu hingga tiga juta, kebanyakannya kanak-kanak di Sub-Sahara Afrika. Malaria biasanya dikaitkan dengan kemiskinan, tetapi turut merupakan punca kemiskinan dan penghalang utama kepada pembangunan ekonomi.

Malaria merupakan salah satu penyakit berjangkit biasa dan masaalah kesihatan umum yang besar. Penyakit ini disebabkan oleh parasit protozoa dari genus Plasmodium. Bentuk penyakit ini yang paling serious disebabkan oleh Plasmodium falciparum dan Plasmodium vivax, tetapi spesies berkait yang lain seperti (Plasmodium ovale, Plasmodium malariae, dan kadang-kala Plasmodium knowlesi) turut mampu menjangkiti manusia. Kumpulan pathogenic manusia spesies Plasmodium ini dirujuk sebagai parasit malaria.

Parasit Malaria disebar oleh nyamuk Anopheles betina. Parasit membiak dalam sel darah merah, menyebabkan simptom termasuk anemia (kepala rasa ringan, semput nafas, (tachycardia) dll.), termasuk juga simptom umum lain seperti demam, sejuk, mual, penyakit seperti selsema, dan dalam kes teruk, koma dan kematian. Penyebaran Malaria boleh dikurangkan dengan menghalang gigitan nyamuk melalui kelambu nyamuk dan penghalang serangga, atau melalui langkah pengawalan nyamuk seperti menyembur racun serangga dalam rumah dan mengeringkan kawasan air bertakung di mana nyamuk bertelur.

Tiada vaksin kini berkesan bagi malaria; ubat penghalang mesti diambil secara berterusan bagi menghalang risiko jangkitan. Rawatan ubat prophylaktik sering kali terlalu mahal bagi mereka yang dinggal dikawasan endemik. Kebanyakan orang dewasa dalam kawasan endemik mempunyai jangkitan ulangan jangka panjang dan juga separuh kebal; kekebalan berkurangan menurut tempoh dan dewasa sebegitu mungkin terdedah kepada malaria teruk sekiranya mereka tinggal lama dikawasan bukan endemik. Mereka disaran mengambil langkah berjaga-jaga sepenuhnya sekiranya mereka kembali kekawasan endemik. Jangkitan Malaria dirawat melalui penggunaan ubat anti malaria, seperti quinine atau hasilan artemisinin, sungguhpun malaria kebal ubat semakin menjadi kebiasaan.


Senarai kandungan

[sunting] Sejarah

Maklumat lanjut: [[Jesuit's bark]]
Charles Louis Alphonse Laveran
Charles Louis Alphonse Laveran

Malaria telah menjangkiti manusia lebih 50,000 tahun, dan mungkin merupakan pathogen manusia selama kewujupan spesies manusia.[1] Malah, saudara dekat bagi parasit malaria manusia kekal biasa pada chimpanze, spesies paling dekat.[2] Rujukan bagi demam berkala yang unuk terdapat sepanjang rekod sejarah, bermula pada 2,700 SM di China.[3] Istilah malaria berasal semenjak Medieval bahasa Itali: mala aria — "udara busuk"; dan penyakit ini sebelumnya dikenali sebagai ague atau demam paya disebabkan kaitannya dengan paya.

Kajian saintifik berkenaan malaria mencapai kemajuan pertama pada 1880, apabila seorang doktor Perancis yang berkhidmat di Algeria bernama Charles Louis Alphonse Laveran memerhati parasit dalam sel darah merah pesakit malaria. Dia dengan itu mencadangkan bahawa malaria disebabkan oleh protozoa ini, pertama kali protozoa dikenal pasti sebagai punca penyakit.[4] Untuk jumpan ini, dan jumpaan selanjutnya, dia dianugerahkan Hadian Novel 1907 bagi Physiologi atai perubatan. Protozoa ini dinamakan Plasmodium oleh pakar sains Itali Ettore Marchiafava dan Angelo Celli.[5] Setahun kemudian, Carlos Finlay, doktor Cuba yang merawat pesakit dengan demam kuning di Havana, yang pertama mencadangkan bahawa nyamuk menyebarkan penyakit ini dikalangan manusia. Bagaimanapun Sir Ronald Ross, seorang rakyat British yang berkhidmat di India yang akhirnya membuktikan pada 1898 bahawa malaria disebarkan oleh nyamuk. Dia melakukan ini dengan membuktikan bahawa sesetengah spesies nyamuk menyebarkan malaria kepada burung dan mengasingkan parasit malaria daripada kelenjar liur nyamuk yang menghisap darah burung yang berpenyakit.[6] Bagi hasil kerja ini, Ross menerima Hadian Nobel 1902 dalam Perubatan. Selepas berhenti dari Perkhidmatan Perubatan India, Ross bekerja dengan Sekolah Perubatan Tropika Liverpool yang baru ditubuhkan dan menyelia usaha mengawal malaria di Mesir, Panama, Greece dan Mauritius.[7] Jumpaan Finlay dan Ross kemudiannya disahkan oleh badan perubatan yang diketuai oleh Walter Reed pada 1900, dan cadangan perlaksanaannya oleh William C. Gorgas dalam Langkah kesihatan yang dilakukan semasa pembinaan Terusaan Panama. Kerja kesihatan umum ini menyelamatkan nyawa beribu pekerja dan membantu membangunkan kaedah yang digunakan bagi kempen kesihatan umum masa hadapan terhadap penyakit ini.

Rawatan berkesan pertama bagi malaria merupakan kulit kayu pokok cinchona, yang mengandungi kuini (quinine). Pokok ini tumbuh di lereng pergunungan Andes, terutamanya di Peru. Hasil semulajadi ini digunakan oleh penduduk tempatan Peru bagi mengawal malaria, dan (Jesuit) memperkenalkan amalan ini ke Eropah semasa 1640-an di mana ia diterima dengan pantas.[8] Bagaimanapun, hanya pada 1820 bahan aktif kuini (quinine) dihasilkan dari kulit kayu, diasingkan dan di beri nama oleh ahli sains Perancis Pierre Joseph Pelletier dan Jean Bienaime Caventou.[9]

Pada awal abad ke dua puluh, sebelum antibiotik, pesakit yang mengidap syphilis dengan sengaja dijangkitkan dengan malaria bagi menghasilkan demam, hasil kerja Julius Wagner-Jauregg. Dengan mengawal demam secara teliti menggunakan kuini, kesan kedua syphilis dan malaria boleh dikurangkan. Sungguhpun sesetengah pesakit meninggal disebabkan malaria, ia dianggap lebih baik berbanding kematian pasti oleh syphilis.[10]


Sungguhpun tahap darah dan tahap nyamuk dalam kitaran hidup malaria telah diketahui pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, ianya hanya pada tahun 1980-an parasit pendam dalam hati diketahui.[11][12] Jumpaan bentuk pendam parasit ini akhirnya menjelaskan kenapa mereka yang kelihatannya telah disembuhkan dari malaria tetapi kembali sakit sungguhpun bertahun selepas parasit telah lenyap dari salur darah mereka.

[sunting] Penyebaran dan kesannya

Kawasan di mana malaria adalah meluas ('endemik) pada Abad-21 (warna biru).
Kawasan di mana malaria adalah meluas ('endemik) pada Abad-21 (warna biru).[13]

Malaria menyebabkan sekitar 400–900 juta kes demam dan sekitar satu hingga tiga juta kematian setiap tahun [14] — ini mewakili sekurang-kurangnya satu kematian setiap 30 saat. Sebahagian besar kes berlaku dikalangan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun;[15] wanita mengandung terutamanya lebih mudah dijangkiti. Sungguhpun usaha bagi mengurangkan penyebaran dan meningkatkan rawatan, hanya sedikit perubahan dari segi kawasan bagi risiko penyakit ini semenjak 1992.[16] Malah, sekiranya kes malaria meluas kekal pada kadar peningkatan sekarang, kadar kematian mampu berganda dalam tempoh dua puluh tahun akan datang.[14] Statistik tepat tidak diketahui disebabkan kebanyakan kes berlaku dikawasan terpencil di mana penduduk tidak mempunyai capaian ke hospital atau kaedah lain bagi penjagaan kesihatan. Akibatnya, kebanyakan kes tidak direkodkan.[14]

Sungguhpun jangkitan bersama dengan HIV dan malaria turut meningkatkan kematian, ini bukanlah masaalah berbanding jangkitan bersama HIV/batuk kering, disebabkan kedua penyakit biasanya menyerang julat usia yang berbeza, dengan malaria biasa dikalangan kanak-kanak dan batuk kering (tuberculosis ) aktif dikalangan mereka yang berusia.[17] Sungguhpun jangikatan bersama HIV/malaria menghasilkan simptom kurang teruk berbanding jangkitan bersama antara HIV dan TB, HIV dan malaria turut menyumbang kepada jangkitan sesama sendiri. Kesan ini timbul akibat peningkatan muatan virus malaria dan jangkitan HIV meningkat kecenderungan seseorang kepada jangkitan malaria.[18]

Malaria kini adalah endemik dalam jalur luas sekitar ekuator, sebahagian Amerika, sebahagian besar Asia, dan kebanyakan Afrika; bagaimanapun, ianya adalah di Afrika sub-Sahara dimana 85– 90% kematian akibat malaria berlaku.[19] Taburan geografi malaria dalam kawasan luas adalah rumit, dan kawasan malarial dan bebas-malaria sering kali dijumpai berhampiran sesama sendiri.[20] Di kawasan kering, penyebaran malaria boleh dijangka dengan agak tepat melalui pemetaan taburan hujan.[21] Malaria adalah lebih biasa dikawasan luar bandar berbanding di bandar; ini jelas berbeza dengan demam denggi di mana kawasan bandar merupakan risiko lebih besar.[22] Sebagai contoh, bandar Vietnam, Laos dan Kemboja pada asasnya bebas malaria, tetapi penyakit ini hadir dikebanyakan daerah luar bandar.[23] Sebaliknya, di Afrika malaria hadir di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar, sungguhpun risiko adalah lebih rendah di bandar besar.[24] Paras endemik malaria sejagat tidak pernah dipetakan semenjak 1960-an, bagaimanapun, Wellcome Trust, UK, telah membiayai Projek Atlas Malaria[25] untuk membetulkan keadaan ini, memberikan cara lebih terkini dan tahan bagi menilai beban penyakit malaria masa kini dan masa hadapan..

[sunting] Kesan sosial-ekonomi

Malaria bukan hanya penyakit yang biasanya dikaitkan dengan kemiskinan, tetapi ia juga merupakan punca kemiskinan dan penghalang utama kepada pembangunan ekonomi. Penyakit ini telah dikaitkan dengan kesan ekonomi negetif utama pada region di mana ia tersebar luas. Perbandingan purata per kapital GDP pada 1995, disesuaikan bagi memberi seimbang kepada kuasa membeli, antara negara malaria dan tidak malaria menunjukkan perbezaan lima kali ganda (US$1,526 berbanding US$8,268). Lebih lagi, di negara di mana malaria adalah biasa, purata per kapital GDP telah meningkat (antara 1965 dan 1990) hanya 0.4% setahun, berbanding 2.4% setahun di negara lain.[26] Bagaimanapun, kaitan tidak membayangkan punca, dan berleluasa sebahagiannya disebabkan rantau tersebut tidak mempunyai keupayaan kewangan bagi menghalang malaria. Secara keseluruhannya, kesan ekonomi malaria telah dianggarkan menyebabkan Afrika kerugian US$12 bilion setiap tahun. Kesan ekonomi termasuk kos penjagaan kesihatan, hari kerja hilang disebabkan penyakit, hari hilang dalam pendidikan, pengurangan prodiktiviti akibat kerosakan otak akibat malaria serebral, dan kehilangan pelaburan dan pelancongan.[15] Di sesetengah negara dengan ancama malaria yang teruk, penyakit ini mungkin memakan sebanyak 40% perbelanjaan kesihatan awam, 30-50% dari kemasukan pesakit, dan sehingga 50% lawatan pesakit luar.[27]

[sunting] Simptom

Simptom malaria termasuk demam, menggeletar, arthralgia (sakit sendi), muntah, anemia disebabkan hemolysis, hemoglobinuria, dan kekejangan (convulsion). Terdapat juga kemungkinan perasaan mencucuk pada kulit terutama dengan malaria yang disebabkan oleh P. falciparum. Simptom klasik malaria adalah pengulangan berkala rasa sejuk diikuti dengan kekejangan dan demam dan berpeluh selama empat hingga enam jam, berlaku setiap dua hari bagi jangkitan P. vivax dan P. ovale, sementara setiap tiga hari bagi P. malariae.[28] P. falciparum boleh mengalami demam berulang setipa 36-48 jam atau demam rendah hampir berpanjangan. Bagi sebab yang kurang difahami, tetapi mungkin berkait dengan tekanan intrakranial tinggi, kanak-kanak dengan malaria sering kali menunjukkan kedudukan tidak normal, tanda menunjukkan kerosakan otak yang teruk.[29] Malaria juga didapati menyebabkan kecacatan kognitif, terutama bagi kanak-kanak. Ia menyebabkan kekurangan darah anemia secara meluas semasa tempoh perkembangan pantas otak dan turut menyebabkan kerosakkan otak secara langsung. Kerosakan neurologik terhasil akibat malaria serebral yang mana kanak-kanak lebih terdedah.[30]

Malaria teruk hampir sepenuhnya disebabkan oleh jangkitan P. falciparum dan biasanya timbul selepas 6-14 hari jangkitan.[31] Akibat malaria teruk termasuk koma dan kematian sekiranya tidak dirawat—kanak-kanak muda dan wanita mengandung lebih terdedah. Splenomegaly (limpa bengkak), sakit kepala teruk, ischemia serebral, hepatomegaly (hati bengkak), hypoglycemia, dan hemoglobinuria dengan kegagalan ginjal (renal failure) mungkin berlaku. Kegagalan ginjal mungkin menyebabkan demam blackwater, di mana hemoglobin dari sel darah merah lysed memasuki air kencing. Malaria teruk boleh berkembang dengan amat pantas dan menyebabkan kematian dalam tempoh beberapa jam atau hari.[31] Dalam kes teruk kematian akibat penyakit mampu melebihi 20%, walaupun dengan rawatan dan jagaan rapi.[32] Di kawasan endemik, rawatan sering kali kurang memuaskan dan kematian keseluruhan bagi kesemua kes malaria mampu mencecah setinggi satu setiap sepuluh.[33] Jalam jangka panjang, kecacatan perkembangan telah direkod bagi kanak-kanak yang melalui jangkitan malaria teruk.[34]

Malaria kronik disebabkan oleh kedua parasit P. vivax dan P. ovale, tetapi tidak bagi parasit P. falciparum. Sebaliknya, penyakit akibat P. falciparum mampu berulang selepas berbulan atau bertahun selepas pendedahan, akibat kehadiran parasit pendam dalam hati. Menggambarkan kes malaria sebagai sembuh dengan memerhati kepupusan parasit dari saluran darah dengan itu mampu mengelirukan. Tempoh pengeraman paling lama dilaporkan bagi jangkitan P. vivax adalah 30 tahun.[31] Sekitar satu dari lima kes malaria P. vivax di kawasan serdahana membabitkan lebih musim sejuk (overwintering) oleh hipnozoites (contoh., ulangan bermula setahun selepas gigitan nyamuk).[35]

[sunting] Punca

Plasmodium sporozoite merentasi sytoplasm sel epithelial perut nyamuk dalam mikrograf elektron warna palsu.
Plasmodium sporozoite merentasi sytoplasm sel epithelial perut nyamuk dalam mikrograf elektron warna palsu.

[sunting] Parasit Malaria

Malaria disebabkan oleh parasit protozoa dari genus Plasmodium (phylum Apicomplexa). Bagi malaria manusia, ia disebabkan oleh P. falciparum, P. malariae, P. ovale, dan P. vivax. P. vivax adalah punca utama jangkitan, bertanggung jawab bagi 80 % kesemua kes malaria. Bagaimanapun, P. falciparum merupakan punca penyakit paling penting, dan bertanggung jawab bagi 15% jangkitan dan 90% kematian.[36] Parasit spesies Plasmodium turut menjangkiti burung, reptilia, monyet, chimpenzi dan tikus.[37] Terdapat rekod jangkitan manusia dengan beberapa spesies malaria simang, terutamanya P. knowlesi, P. inui, P. cynomolgi[38], P. simiovale, P. brazilianum, P. schwetzi dan P. simium; bagaimanapun kebanyakannya tidak penting bagi isu kesihatan umum. Sungguhpun malaria burung (avian) mampu membunuh burung dan turki, penyakit ini tidak menyebabkan kerugian ekonomi teruk kepada penternak.[39] Bagaimanapun semenjak diperkenalkan secara tidak sengaja oleh manusia, ia telah membunuh banyak burung tempatan Hawaii yang telah berevolusi tanpa kehadirannya dan ketiadaan daya tahan terhadapnya.[40]

[sunting] Vektor nyamuk dan kitaran hidup Plasmodium

Hos parasit utama (sah) dan vektor penyebar merupakan nyamuk betina genus Anopheles. Nyamuk muda mula-mula menelan parasit malaria dengan makan dari pembawa manusia yang dijangkiti dan nyamuk Anopheles yang dijangkiti membawa sporozoite Plasmodium dalam kelenjar liur mereka. Nyamuk dijangkiti apabila ia menghisap darah dari manusia yang dijangkiti. Apabila ditelan, (gametocytes) parasite yang dihisap dalam darah akan berubah menjadi gametes jantan dan betina dan kemudiannya bersatu dengan perut nyamuk. Ia kemudian menghasilkan ookinete yang menembusi lapisan perut dan menghasilkan oocyst pada dinding perut. Apabila oocyst pecah, ia membebaskan (sporozoite) yang bergerak melalui tubuh nyamuk kepada kelenjar liur, di mana ia bersedia untuk menjangkiti manusia baru. Penyebaran ini kadang kala dikenali sebagai pemindahan stesyen anterior.[41] Sporozoite ditusuk masuk kedalam kulit, bersama-sama air liur, apabila nyamuk menghisap darah yang berikutnya.

Hanya nyamuk betina menghisap darah, dengan itu nyamuk jantan tidak menyebarkan penyakit ini. Nyamuk betina genus Anopheles gemar makan pada waktu malam. Ia biasanya merayau mencari makan pada waktu maghrib, dan akan berterusan sepanjang malam sehingga menghisap darah. Parasit malaria turut mampu disebarkan melalui pemindahan darah, sungguhpun ini amat jarang berlaku.[42]

[sunting] Pathogenesis

Kitaran hayat parasit malaria dalam badan manusia. Tahap berbeza dalam proses ini dibincangkan dalam teks.
Kitaran hayat parasit malaria dalam badan manusia. Tahap berbeza dalam proses ini dibincangkan dalam teks.

Malaria pada manusia berkembang melalui dua fasa: fasa exoerythrokytik (hepatik) dan erythrokytik. Apabila nyamuk yang dijangkiti menusuk kulit manusia bagi menghisap darah, sporozoite dalam kelenjar liur nyamuk memasuki saluran darah dan bergerak ke hati. Dalam tempoh 30 minit ia memasuki hos manusia, ia menjangkiti hepatokyte, membiak secara aseksua dan asymptomatikal bagi tempoh6–15 hari. Apabila berada dalam hati organisma ini berubah bagi menghasilkan beribu merozoite yang, selepas memecahkan dinding sel hos mereka, lepas kedalam salur darah dan menjangkiti sel darah merah, dengan itu memulakan fasa erythrokytik dalam kitaran hayatnya.[43] Parasit ini lepas dari hati tanpa dikesan dengan membalut dirinya dalam sel membren sel hati hoa yang dijangkiti.[44]

Dalam sel darah merah, parasit membiak lebih lanjut, sekali lagi secara aseksual, kadang-kala keluar daripada hosnya bagi menjajah sel darah merah baru. Kitaran peningkatan ini berlaku beberapa kali. Dengan itu, gambaran klasik gelombang demam yang timbul akibat gelombang serentak merozoites lepas dan menakluk sel darah merah yang baru.

Sesetengah sporozoite P. vivax dan P. ovale tidak membentuk merozoites fasa exoerythrocytic serta merta, sebaliknya menghasilkan hypnozoite yang kekal pendam bagi tempoh beberapa bulan (6–12 bulan biasanya) sehingga selama tiga tahun. Selepas tempoh pendam, ia kembali aktif dan menghasilkan merozoite. Hypnozoite bertanggungjawab bagi tempoh pengeraman yang panjang dan pengulangan lama bagi dua spesies malaria ini.[45]

Parasit ini agak terlindung dari serangan sistem imunisasi badan manusia disebabkan bagi kebanyakan kitaran hayat manusia, ia berada dalam hati an sel darah merah dan agak terlindung tidak kelihatan kepada pemantauan sistem imunisasi. Bagaimanapun, sel darah merah yang dijangkiti dimusnahkan dalam limpa. Untuk mengelakkan nasib ini, parasit P. falciparum menghasilkan protin pelekat pad permukaan sel darah yang dijangkiti, menyebabkan sel darah melekat pada dinding saluran darah kecil, dengan itu mengasingkan parasit dari melalui kitaran umum dan limpa.[46] Daya lekat ini yang menimbulkan kerumitan hemorage pada malaria. venules endothelial tinggi (High endothelial venules) (cabang terkecil bagi sistem kitaran) boleh tersumbat akibat lekatan secara besar-besaran sel darah yang dijangkiti ini. Sekatan dalam salur ini menyebabkan simptom seperti pada malaria plasental dan serebral. pada malaria serebral sel darah merah yang terasing mampu membolosi halangan otak-darah, kemungkinannya menyebabkan koma.[47]

Sungguhpun protin pelekat permukaan sel darah merah (dikenalis ebagai PfEMP1, bagi Plasmodium falciparum erythrocyte membrane protein 1) terdedah kepada sistem imunisasi, ia bukanlah merupakan sasaran imunisasi yang baik disebabkan kepelbagaiannya yang tinggi; terdapat sekurang-kurangnya 60 variasi protin bagi setiap parasit dan kemungkinannya pelbagai versi tanpa had dalam keseluruhan populasi parasit.[46] Seperti pencuri menukar penyamaran mereka atau perisik dengan pelbagai pasport, parasit menukar antara pelbagai himpunan protin permukaan PfEMP1 yang luas, dengan itu kekal di hadapan sistem imunisasi yang mengejarnya.


Sesetengah merozoites bertukar menjadi gametocyte jantan atau betina. Sekiranya nyamuk menggigit seseorang yang dijangkiti, ia berpotensi untuk turut menghisap gametocytes dalam darah. Kesuburan dan gabungan seksual parasit berlaku dalam perut nyamik, dengan itu mengtakrifkan nyamuk sebagai hos sah (definitive host) bagi malaria. Sporozoites baru terbentuk dan bergerak ke kelenjar liur nyamuk, melengkapi kitaran. Nyamuk anat tertarik kepada wanita mengandung,[48] dan malaria bagi wanita mengandung adalan punca utama kelahiran mati (stillbirth), kematian anak kecil (infant mortality) dan kelahiran kurang berat badan (low birth weight).[49]

[sunting] Tekanan evolusi malaria kepada gen manusia

Malaria dipercayai mempunyai pengaruh terbesar pada genome manusia dalam sejarah masa kini.[50] Ini disebabkan kadar kematian tinggi dan kesan penyakit disebabkan malaria, terutamanya spesies P. falciparum.

[sunting] Penyakit sel-sabit (Sickle-cell)

Taburan trait sel sabit.
Taburan trait sel sabit.
Taburan Malaria.
Taburan Malaria.

Pengaruh parasit malaria pada genome manusia yang paling meluas dikaji adalah penyakit darah, penyakit set sabit. Pada penyakit sel sabit, terdapat mutasi pada gen HBB, yang mengkod globin beta, sub-unit bagi haemoglobin. Allele normal mengkod glutamate pada kedudukan enam bagi protin beta globin, sementara allele sel sabit mengkod valine. Perubahan ini dari hidrophilik kepada asid amino hidrophobik menggalakkan ikatan antara molekul haemoglobin, dengan polymerisation haemoglobin mengherot sel darah merah kepada bentuk sabit. Sel herot seperti itu disingkirkan dengan pantas dari darah, terutamanya pada limpa, bagi dimusnahkan dan dikitar.

Pada tahap merozoite dalam kitaran hayatnya, parasit malaria hidup dalam sel darah merah, dan metabolisnya menukar kimia dalaman bagi sel darah merah. Sel yang dijangkiti biasanya kekal hidup sehingga parasit membiak, tetapi sekiranya sel merah mengandungi campuran hemoglobin sabit dan normal, ia kemungkinannya mengherot dan dimusnahkan sebelum anak parasit dibebaskan. Dengan itu, individual heterozygous bagi allele mutasi, dikenali sebagai trait sel sabit, mungkin menghadapi anaemia rendah dan kurang penting, tetapi turut mempunyai peluang rendah bagi mengidap malaria teruk. Ini adalah contoh klasik bagi kelebihan heterozygote.

[sunting] Thalassaemia

Satu lagi set mutasi yang dikaji dengan teliti yang terdapat pada genome manusia dikaitkan dengan malaria adalah yang membabitkan kecacatan darah yang dikenali sebagai thalassaemia. Kajian di Sardinia dan Papua New Guinea mendapati bahawa kekerapan gen thalassemias (β) Beta adalah berkait kepada tahap endemik malaria pada penduduk berkenaan. Kajian terhadap lebih 500 kanak-kanak di Liberia mendapati mereka dengan thalassaemia β mempunyai 50% pengurangan mendapat penyakit malaria. Kajian yang sama turut mendapati kaitan antara kekerapan gen dan malaria endemik bentuk thalassaemia. Kemungkinannya gen ini telah menjalani pilihan semulajadi disepanjang evolusi manusia.

[sunting] Antigen Duffy

Antigen Duffy merupakan antigen terdapat pada sel darah merah dan sel lain dalam badan bertindak sebagai penerima chemokine. Gambaran antigen Duffy adalah dikodkan oleh gen Fy (Fya, Fyb, Fyc etc.). Genotype ini memberikan kekebalan penuh kepada jangkitan P. vivax. Malaria Plasmodium vivax menggunakan antigen Duffy bagi memasuki sel darah. Genotype ini amat jarang dikalangan penduduk Eropah, Asia dan Amerika, tetapi terdapat hampir keseluruhan penduduk awam Tengah dan Barat AfrikaCarter R, Mendis KN (2002). "Evolutionary and historical aspects of the burden of malaria". Clin. Microbiol. Rev. 15 (4): 564-94.</ref> Ini dipercayai disebabkan dedahan meluas kepada P. vivax di Africa pada beberapa ribu tahun kebelakangan.

[sunting] G6PD

Glokosa-6-Fosfat Dehidrogenase (G6PD) merupakan enzim yang biasanya melindungi daripada kesan tekanan pengoksidaan pada sel darah merah. Bagaimanapun, kecacatan genetik pada enzim ini menghasilkan peningkatan perlindungan terhadap malaria tersebut.

[sunting] HLA dan interleukin-4

HLA-B53 dikaitkan dengan risiko rendah bagi malaria teruk. Moleku Kompleks histokeserasian utama (Major histocompatibility complex - MHC)I mewakili tahap limpa dan antigen sporozoite kepada T-Cells. Interleukin-4, dkodkan oleh IL4, dihasilkan oleh sel T diaktifkan dan menggalakkan penghasilan dan pembezaan sel B penghasil antibodi. Kajian mengenai Fulani dari Burkina Faso, yang memiliki serangan malaria rendah dan tahap antibodi lebih tinggi berbanding kumpulan etnik berjiranan, mendapati bahawa allele T IL4-524 dikaitkan dengan tahap antibodi lebih tinggi terhadap antigen malaria, yang menimbulkan kemungkinan ia mungkin satu faktor kepada peningkatan tahap terhadap malaria.[51]

[sunting] Diagnosis

Maklumat lanjut: [[Blood film]]
Calitan darah dari kultur malaria P. falciparum (jenis K1). Beberapa sel darah merah menunjukkan cecincin dalamnya. Hampir pada pusat terdapat schizont dan pada sebelah kiri terdapat trophozoite.
Calitan darah dari kultur malaria P. falciparum (jenis K1). Beberapa sel darah merah menunjukkan cecincin dalamnya. Hampir pada pusat terdapat schizont dan pada sebelah kiri terdapat trophozoite.

[sunting] Kelambu dan alas katil

Kelambu membantu menjauhkan nyamuk dari manusia, dan dengan itu mengurangkan dengan banyaknya kadar jangkitan dan penyebaran malaria. Kelambu bukanlah halangan yang sempurna, oleh itu ia sering kali dirawat dengan racun serangga bagi membunuh nyamuk sebelum ia mempunyai cukup masa untuk mencari jalan melalui kelambu. Kelambu dirawat dengan racun serangga (Insecticide-treated nets -ITN) dianggarkan dua kali ganda lebih berkesan berbanding kelambu yang tidak dirawat,[52] dan menawarkan 70% ganda perlindungan berbanding tanpa apa-apa kelambu.[53] Disebabkan nyamuk Anopheles terbang malam, kaedah dicadangkan adalah menggantungkan kelambu atas, tengah-tengah katil agar ia jatuh ke bawah dan menutup katil sepenuhnya.

Penyebaran kelambu dengan racun serangga (sering kali permethrin atau deltamethrin) terbukti kaedah amat berkesan bagi menghalang malaria, dan ia juga merupakan salah satu kaedah menghalang malaria paling murah. Kelambu ini boleh didapati sekitar US$2.50 - $3.50 (2-3 euros) dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Organisasi Kesihatan Dunia, dan lain-lain.

Bagi keberkesanan maksima, kelambu perlu dirawat dengan racun serangga setiap enam bulan. Proses ini merupakan masaalah logistik besar bagi kawasan luar bandar. Teknologi baru seperti Olyset atau DawaPlus membenarkan kenghasilan kelambu dengan racun serangga jangka panjang (long-lasting insecticidal mosquito nets - LLIN), yang membebaskan racun serangga bagi sekitar 5 tahun,[54] dan beharga sekitar US$5.50. ITN mempunyai kelebihan melindungi mereka yang tidur dalamnya dan pada masa yang sama membunuh nyamuk yang hinggap pada kelambu tersebut. Ia berkesan bagi membunuh kebanyakan nyamuk merbahaya. Sesetengah perlindungan turut diberikan kepada yang lain, termasuk orang yang tidur dalam bilik yang sama tetapi tidak menggunakan kelambu.

Malangnya, kos merawat malaria agak tinggi berbanding pendapatan, dan penyakit mengakibatkan kehilangan gaji. Akibatnya beban kewangan bererti kos kelambu sering kali tidak mampu dibeli bagi penduduk negara membangun, terutama mereka yang tpaling terdedah. Hanya 1 dari setiap 20 orang di Afrika memiliki kelambu.[52] Sungguhpun dihantar melalui kapal ke Afrika kebanyakannya melalui Eropah sebagai bantuan pembangunan percuma, kelambu ini dengan cepat menjadi barangan perdagangan yang mahal. Ia biasanya digunakan bagi menangkap ikan, dan dengan menggabung beratus kelambu yang didermakan, keseluruhan sungai boleh ditutup sepenuhnya, menangkap ikan yang paling kecil sekalipun.. [55]

Kajian dikalangan pelarian Afghanistan di Pakistan mendapati merawat cadar dan kelubung dengan permethrin mempunyai keberkesanan setanding dengan penggunaan kelambu dirawat, tetapi lebih murah.[56]

Homozygous individual bagi mutasi yang memiliki penyakit sel sabit penuh dan dalam masyarakat tradisi jarang yang hidup melepasi usia remaja. bagaimanapun dalam populasi di manan malaria adalah endemik, kekerapan gen bagi gen sel sabit adalah sekitar 10%. Kewujudan empat haplotype hemoglobin jenis sabit mencadangkan bahawa mutasi ini telah timbul sebanyak empat kali dikawasan endemik malaria, membuktikan dengan lebih lanjut bahawa kelebihan evolusinya dalam kawasan terbabit. Terdapat juga mutasi lain pada gen HBB yang menghasilkan molekul haemoglobin yang upaya memberikan ketahanan kepada jangkitan malaria. Mutasi ini menghasilkan haemoglobin jenis HbE dan HbC yang biasa di Asia Tenggara dan Afrika Barat.




[sunting] Pautan luar

[sunting] Rujukan

  1. Joy D, Feng X, Mu J, et al (2003). "Early origin and recent expansion of Plasmodium falciparum.". Science 300 (5617): 318-21.
  2. Escalante A, Freeland D, Collins W, Lal A (1998). "The evolution of primate malaria parasites based on the gene encoding cytochrome b from the linear mitochondrial genome.". Proc Natl Acad Sci U S A 95 (14): 8124-9.
  3. Cox F (2002). "History of human parasitology.". Clin Microbiol Rev 15 (4): 595-612.
  4. Biography of Alphonse Laveran. The Nobel Foundation. Dicapai pada 2007-06-15. ] Nobel foundation. Accessed 25 Oct 2006
  5. Ettore Marchiafava. Dicapai pada 2007-06-15.
  6. Biography of Ronald Ross. The Nobel Foundation. Dicapai pada 2007-06-15.
  7. Ross and the Discovery that Mosquitoes Transmit Malaria Parasites. CDC Malaria website. Dicapai pada 2007-06-15.
  8. Kaufman T, Rúveda E (2005). "The quest for quinine: those who won the battles and those who won the war.". Angew Chem Int Ed Engl 44 (6): 854-85.
  9. Kyle R, Shampe M (1974). "Discoverers of quinine". JAMA 229 (4): 462.
  10. Raju T (2006). "Hot brains: manipulating body heat to save the brain.". Pediatrics 117 (2): e320-1.
  11. Krotoski W, Collins W, Bray R, et al (1982). "Demonstration of hypnozoites in sporozoite-transmitted Plasmodium vivax infection.". Am J Trop Med Hyg 31 (6): 1291-3.
  12. Meis J, Verhave J, Jap P, Sinden R, Meuwissen J (1983). "Malaria parasites--discovery of the early liver form.". Nature 302 (5907): 424-6.
  13. Malaria: Geographic Distribution. CDC Malaria website. Dicapai pada 2007-06-15.
  14. 14.0 14.1 14.2 Breman J (2001). "The ears of the hippopotamus: manifestations, determinants, and estimates of the malaria burden.". Am J Trop Med Hyg 64 (1-2 Suppl): 1-11.
  15. 15.0 15.1 Greenwood BM, Bojang K, Whitty CJ, Targett GA (2005). "Malaria". Lancet 365: 1487-1498.
  16. Hay S, Guerra C, Tatem A, Noor A, Snow R (2004). "The global distribution and population at risk of malaria: past, present, and future.". Lancet Infect Dis 4 (6): 327-36.
  17. Korenromp E, Williams B, de Vlas S, Gouws E, Gilks C, Ghys P, Nahlen B (2005). "Malaria attributable to the HIV-1 epidemic, sub-Saharan Africa.". Emerg Infect Dis 11 (9): 1410-9.
  18. Abu-Raddad L, Patnaik P, Kublin J (2006). "Dual infection with HIV and malaria fuels the spread of both diseases in sub-Saharan Africa". Science 314 (5805): 1603-6.
  19. Layne SP. Principles of Infectious Disease Epidemiology /. EPI 220. UCLA Department of Epidemiology. Dicapai pada 2007-06-15.
  20. Greenwood B, Mutabingwa T (2002). "Malaria in 2002". Nature 415: 670–2.
  21. Grover-Kopec E, Kawano M, Klaver R, Blumenthal B, Ceccato P, Connor S (2005). "An online operational rainfall-monitoring resource for epidemic malaria early warning systems in Africa.". Malar J 4: 6.
  22. Van Benthem B, Vanwambeke S, Khantikul N, Burghoorn-Maas C, Panart K, Oskam L, Lambin E, Somboon P (2005). "Spatial patterns of and risk factors for seropositivity for dengue infection". Am J Trop Med Hyg 72 (2): 201-8.
  23. Trung H, Van Bortel W, Sochantha T, Keokenchanh K, Quang N, Cong L, Coosemans M (2004). "Malaria transmission and major malaria vectors in different geographical areas of Southeast Asia". Trop Med Int Health 9 (2): 230-7.
  24. Keiser J, Utzinger J, Caldas de Castro M, Smith T, Tanner M, Singer B (2004). "Urbanization in sub-saharan Africa and implication for malaria control". Am J Trop Med Hyg 71 (2 Suppl): 118-27. PMID 15331827.
  25. Hay SI, Snow RW (2006). "The Malaria Atlas Project: Developing Global Maps of Malaria Risk.". PLoS Medicine 3 (12): e473.
  26. Sachs J, Malaney P (2002). "The economic and social burden of malaria". Nature 415: 680-5.
  27. Roll Back Malaria. Economic costs of malaria. WHO. Dicapai pada 2006-09-21.
  28. Malaria life cycle & pathogenesis. Malaria in Armenia. Accessed October 31, 2006.
  29. Idro, R, Otieno G, White S, Kahindi A, Fegan G, Ogutu B, Mithwani S, Maitland K, Neville BG, Newton CR. "Decorticate, decerebrate and opisthotonic posturing and seizures in Kenyan children with cerebral malaria". Malaria Journal 4 (57). PMID 16336645. URL dicapai pada 2007-01-21.
  30. Boivin, M.J., "Effects of early cerebral malaria on cognitive ability in Senegalese children," Journal of Developmental and Behavioral Pediatrics 23, no. 5 (October 2002): 353–64. Holding, P.A. and Snow, R.W., "Impact of Plasmodium falciparum malaria on performance and learning: review of the evidence," American Journal of Tropical Medicine and Hygiene 64, suppl. nos. 1–2 (January–February 2001): 68–75.
  31. 31.0 31.1 31.2 Trampuz A, Jereb M, Muzlovic I, Prabhu R (2003). "Clinical review: Severe malaria.". Crit Care 7 (4): 315-23. PMID 12930555.
  32. Kain K, Harrington M, Tennyson S, Keystone J (1998). "Imported malaria: prospective analysis of problems in diagnosis and management.". Clin Infect Dis 27 (1): 142-9. PMID 9675468.
  33. Mockenhaupt F, Ehrhardt S, Burkhardt J, Bosomtwe S, Laryea S, Anemana S, Otchwemah R, Cramer J, Dietz E, Gellert S, Bienzle U (2004). "Manifestation and outcome of severe malaria in children in northern Ghana.". Am J Trop Med Hyg 71 (2): 167-72. PMID 15306705.
  34. Carter JA, Ross AJ, Neville BG, Obiero E, Katana K, Mung'ala-Odera V, Lees JA, Newton CR (2005). "Developmental impairments following severe falciparum malaria in children". Trop Med Int Health 10: 3-10. PMID 15655008.
  35. Adak T, Sharma V, Orlov V (1998). "Studies on the Plasmodium vivax relapse pattern in Delhi, India.". Am J Trop Med Hyg 59 (1): 175-9. PMID 9684649.
  36. Mendis K, Sina B, Marchesini P, Carter R (2001). "The neglected burden of Plasmodium vivax malaria.". Am J Trop Med Hyg 64 (1-2 Suppl): 97-106.
  37. Escalante A, Ayala F (1994). "Phylogeny of the malarial genus Plasmodium, derived from rRNA gene sequences.". Proc Natl Acad Sci U S A 91 (24): 11373-7.
  38. Garnham, PCC (1966). tajuk: Malaria parasites and other haemosporidia, penerbit: Blackwell Scientific Publications.
  39. Investing in Animal Health Research to Alleviate Poverty. International Livestock Research Institute. Permin A. and Madsen M. (2001) Appendix 2: review on disease occurrence and impact (smallholder poultry). Accessed 29 Oct 2006
  40. Atkinson CT, Woods KL, Dusek RJ, Sileo LS, Iko WM (1995). "Wildlife disease and conservation in Hawaii: pathogenicity of avian malaria (Plasmodium relictum) in experimentally infected iiwi (Vestiaria coccinea)". Parasitology 111 Suppl: S59-69.
  41. Talman A, Domarle O, McKenzie F, Ariey F, Robert V. "Gametocytogenesis: the puberty of Plasmodium falciparum.". Malar J 3: 24. PMID 15253774.
  42. Marcucci C, Madjdpour C, Spahn D. "Allogeneic blood transfusions: benefit, risks and clinical indications in countries with a low or high human development index.". Br Med Bull 70: 15-28. PMID 15339855.
  43. Bledsoe, G. H. (December 2005) "Malaria primer for clinicians in the United States" Southern Medical Journal 98(12): pp. 1197-204, (PMID: 16440920);
  44. Sturm A, Amino R, van de Sand C, Regen T, Retzlaff S, Rennenberg A, Krueger A, Pollok JM, Menard R, Heussler VT (2006). "Manipulation of host hepatocytes by the malaria parasite for delivery into liver sinusoids". Science 313: 1287-1490. PMID 16888102.
  45. Cogswell F (1992). "The hypnozoite and relapse in primate malaria.". Clin Microbiol Rev 5 (1): 26-35. PMID 1735093.
  46. 46.0 46.1 Chen Q, Schlichtherle M, Wahlgren M (2000). "Molecular aspects of severe malaria.". Clin Microbiol Rev 13 (3): 439-50. PMID 10885986.
  47. Adams S, Brown H, Turner G (2002). "Breaking down the blood-brain barrier: signaling a path to cerebral malaria?". Trends Parasitol 18 (8): 360-6. PMID 12377286.
  48. Lindsay S, Ansell J, Selman C, Cox V, Hamilton K, Walraven G (2000). "Effect of pregnancy on exposure to malaria mosquitoes.". Lancet 355 (9219): 1972. PMID 10859048.
  49. van Geertruyden J, Thomas F, Erhart A, D'Alessandro U (2004). "The contribution of malaria in pregnancy to perinatal mortality.". Am J Trop Med Hyg 71 (2 Suppl): 35-40. PMID 15331817.
  50. Kwiatkowski, DP (2005). "How Malaria Has Affected the Human Genome and What Human Genetics Can Teach Us about Malaria". Am J Hum Genet 77: 171-92. PMID 16001361.
  51. Verra F, Luoni G, Calissano C, Troye-Blomberg M, Perlmann P, Perlmann H, Arcà B, Sirima B, Konaté A, Coluzzi M, Kwiatkowski D, Modiano D (2004). "IL4-589C/T polymorphism and IgE levels in severe malaria". Acta Trop. 90 (2): 205-9.
  52. 52.0 52.1 Hull, Kevin. (2006) "Malaria: Fever Wars". PBS Documentary
  53. Bachou H, Tylleskar T, Kaddu-Mulindwa DH, Tumwine JK. (2006). "Bacteraemia among severely malnourished children infected and uninfected with the human immunodeficiency virus-1 in Kampala, Uganda". BMC Infect Dis 6: 160. DOI:10.1186/1471-2334-6-160.
  54. New Mosquito Nets Could Help Fight Malaria in Africa
  55. The Economist. "Traditional Economy of the Kavango", Economist Documentary, 2007. 
  56. Rowland M, Durrani N, Hewitt S, Mohammed N, Bouma M, Carneiro I, Rozendaal J, Schapira A. "Permethrin-treated chaddars and top-sheets: appropriate technology for protection against malaria in Afghanistan and other complex emergencies.". Trans R Soc Trop Med Hyg 93 (5): 465-72. PMID 10696399.

[sunting] Pautan luar

Static Wikipedia 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Sub-domains

CDRoms - Magnatune - Librivox - Liber Liber - Encyclopaedia Britannica - Project Gutenberg - Wikipedia 2008 - Wikipedia 2007 - Wikipedia 2006 -

Other Domains

https://www.classicistranieri.it - https://www.ebooksgratis.com - https://www.gutenbergaustralia.com - https://www.englishwikipedia.com - https://www.wikipediazim.com - https://www.wikisourcezim.com - https://www.projectgutenberg.net - https://www.projectgutenberg.es - https://www.radioascolto.com - https://www.debitoformtivo.it - https://www.wikipediaforschools.org - https://www.projectgutenbergzim.com