Sukan Asia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sukan Asia juga dipanggil Asiad, adalah acara pelbagai sukan yang diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia. Sukan Asia dikawal oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) di bawah pengawasan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Pingat akan dianugerahkan dalam setiap acara dengan emas untuk tempat pertama, perak untuk tempat kedua dan gangsa untuk tempat ketiga, suatu tradisi bermula sejak tahun 1951.
Atlet perlu didaftarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) mengikut kewarganegaraan atau kerakyatan. Lagu kebangsaan dan bendera mengiringi upacara pemberian pingat dan angka yang diatur mengikut sistem pemberian pingat setiap negara yang memungut pingat. Secara umumnya, negara berdaulat sahaja dibenarkan mengambil bahagian.
Hal yang istimewa ialah apabila Taiwan dibenarkan turut serta dan namanya digelar China Taipei berdasarkan status politik Taiwan yang belum tetap. Sukan ini telah didominasikan oleh atlet dari Jepun, Republik Rakyat China, dan Korea Selatan.
Senarai kandungan |
[sunting] Sejarah
[sunting] Kejohanan Sukan Asia Timur
Sukan Asia ialah asal dari sukan kecil yang perbagai acara sukan dipertandingkan. Kejohanan Sukan Asia Timur telah diterima di bawah tiga bangsa iaitu Empayar Jepun, Kepulauan Filipina, dan Republik China. Sukan ini pertama kali diadakan di Manila pada 1913. Negara yang lain mengambil bahagian di Sukan Asia Timur selepas diadakan. Sambutan amat menggalakkan. Sukan Asia Timur telah memberi peluang kepada Jepun menjadi tuan rumah pada 1938 selepas menceroboh China dan sebagai akibatnya Filipina terjadilah sambungan Perang Dunia II di Pasifik.
[sunting] Pembentukan Sukan Asia
Setelah berlaku Perang Dunia II, kebanyakan negara Asia telah mencapai kemerdekaaan. Banyak negara Asia yang mencapai kemerdekaan baru mahukan satu contoh pertandingan di mana penguasaan Asia tidak sepatutnya ditunjukkan melalui kekejaman tetapi dari persefahaman. Pada Ogos 1948, semasa Sukan Olimpik ke-14 di London, England. Guru Dutt Sondhi yang mewakili IOC India iaitu pasukan Asia mengeluarkan idea yang boleh dipertimbangkan mengenai Sukan Asia. Mereka akur yang terdiri daripada Persekutuan Olahraga Asia. Sebagai persediaan, komiti telah membuat draf di carta untuk Persekutuan Olahraga Amatur Asia. Pada Februari 1949, Persekutuan Olahraga Asia telah berbincang dan akhirnya membuat keputusan untuk memberikan nama iaitu Persekutuan Sukan Asia. Sukan Asia pertama kali diadakan di New Delhi iaitu ibu negara India pada Sukan Asia ke-1. Mereka menambah bahawa Sukan Asia diadakan setiap empat tahun sekali sahaja.
[sunting] Penyusunan semula Persekutuan
1962
- Persekutuan mempunyai perselisihan faham tentang penyertaan Republik China dan Israel. Indonesia menjadi tuan rumah Sukan Asia menentang ke atas penyertaan Republik China dijangka kewujudan Republik Rakyat China dan Israel menentang ketidak jujur perlakuan tentang Arab.
1970
- Korea Selatan menggugur pelannya untuk menjadi tuan rumah sukan ini berikutan ancaman keselamatan dari Korea Utara, memaksa kuasa untuk menjadi tuan rumah diberikan kepada Thailand di Bangkok mempergunakan dana Korea Selatan.
1973
- Persekutuan mempunyai satu lagi percanggahan setelah Amerika Syarikat dan negara lain secara rasmi mengakui Republik Rakyat China dan negara Arab menentang Israel.
1977
- Pakistan melepaskan pelannya menjadi tuan rumah berikutan konflik dengan Bangladesh dan India. Thailand diberi tawaran untuk menolong dan sukan ini sekali lagi diadakan di Bangkok, Thailand.
Disebabkan rentetan peristiwa, Komiti Olimpik Kebangsaan (NOC) menyemak semula perlembagaan Persekutuan Sukan Asia. Persatuan baru yang dinamakan Majlis Olimpik Asia dibentuk. India sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 1982 dan OCA bercadang untuk tidak menggugurkan jadual waktu AGF lama. OCA secara rasmi mengawasi sukan ini bermula dari Sukan Asia 1986 di Korea Selatan.
Di edisi berikutnya, Taiwan (Republik China) diakui tetapi OCA tegas mengikut piawai IOC dan diberi nama China Taipei. OCA juga bersetuju dengan tetap pengecualian Israel seperti anggota dan permohonan negara untuk bersama ke dalam perlawanan Eropah.
[sunting] Pengembangan
Di Sukan Asia 1994, meskipun tentangan dari lain-lain bangsa, OCA membenarkan negara bekas jajahan Union of Soviet Socialist Republics - USSR (Persekutuan Republik Rusia seperti Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, dan Tajikistan.
Pada 2006, entri Australia tidak diluluskan oleh Presiden OCA Sheikh Ahmad Al-Fahd Al-Sabah yang berpendapat kemasukan Australia ke Asia adalah tidak adil kepada negara benua Ocenia.
[sunting] Sukan Asia
Berikut adalah senarai Sukan Asia yang dilangsungkan sejak 1951
Tahun | Edisi | Bandar | Negara |
---|---|---|---|
1951 | I | New Delhi | India |
1954 | II | Manila | Filipina |
1958 | III | Tokyo | Jepun |
1962 | IV | Jakarta | Indonesia |
1966 | V | Bangkok | Thailand |
1970 | VI | Bangkok | Thailand¹ |
1974 | VII | Tehran | Iran |
1978 | VIII | Bangkok | Thailand² |
1982 | IX | New Delhi | India |
1986 | X | Seoul | Korea Selatan |
1990 | XI | Beijing | China |
1994 | XII | Hiroshima | Jepun |
1998 | XIII | Bangkok | Thailand |
2002 | XIV | Busan | Korea Selatan |
2006 | XV | Doha | Qatar |
2010 | XVI | Guangzhou | China |
¹ 1970 (Asalnya tuan rumah oleh Seoul, Korea Selatan)
² 1978 (Asalnya tuan rumah oleh Karachi, Pakistan)
- Negara yang berminat untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 2014 ialah:
[sunting] Sukan Asia Musim Sejuk
Berikut adalah senarai Sukan Asia Musim Sejuk yang dilangsungkan sejak 1986
Tahun | Edisi | Bandar | Negara |
---|---|---|---|
1986 | I | Sapporo | Jepun |
1990 | II | Sapporo | Jepun |
1996 | III | Harbin | China |
1999 | IV | Kangwon | Korea Selatan |
2003 | V | Aomori | Jepun |
2007 | VI | Changchun | China |
2011 | VII | Almaty | Kazakhstan |
[sunting] Sukan Pantai Asia
Berikut adalah senarai Sukan Pantai Asia yang akan dilangsungkan pada 2008
Tahun | Edisi | Bandar | Negara |
---|---|---|---|
2008 | I | Bali | Indonesia |
2010 | II | Muscat | Oman |
2012 | III | Haiyang | China |
2014 | IV | Boracay | Filipina |
[sunting] Penyertaan Negara
Kod | Negara / IOC | Tahun daftar | Nota |
---|---|---|---|
AFG | Afghanistan | 1936 | |
BAN | Bangladesh | 1984 | |
BHU | Bhutan | 1984 | |
BRN | Bahrain | 1984 | |
BRU | Brunei Darussalam | 1988 | |
CAM | Cambodia | 1956 | |
CHN | People's Republic of China | 1932 | |
HKG | Hong Kong | 1952 | HKG ( Hong Kong) 1952-1996 |
INA | Indonesia | 1952 | |
IND | India | 1900 | |
IRI | Iran | 1948 | |
IRQ | Iraq | 1948 | |
JOR | Jordan | 1968 | |
JPN | Japan | 1912 | |
KAZ | Kazakhstan | 1994 | RUS ( Rusia) 1900-1912 URS ( Soviet Union) 1924-1988 EUN (Templat:EUN) 1992 |
KGZ | Kyrgyzstan | 1994 | RUS ( Rusia) 1900-1912 URS ( Soviet Union) 1924-1988 EUN (Templat:EUN) 1992 |
KOR | Republic of Korea | 1948 | |
KSA | Saudi Arabia | 1972 | |
KUW | Kuwait | 1968 | |
LAO | Laos | 1980 | |
LIB | Lebanon | 1948 | |
MAC | Macau | ||
MAS | Malaysia | 1992 | MAL ( Malaysia) 1964-1988 MAL ( Malaya) 1956-1960 |
MGL | Mongolia | 1964 | |
MYA | Myanmar | 1992 | BIR (Burma) 1948-1988 |
NEP | Nepal | 1964 | |
OMA | Oman | 1984 | |
PAK | Pakistan | 1948 | |
PHI | Philippines | 1924 | |
PLE | Palestine | 1996 | |
PRK | North Korea | 1972 | |
QAT | Qatar | 1984 | |
SIN | Singapore | 1948 | MAL ( Malaysia) 1964 |
SRI | Sri Lanka | 1948 | |
SYR | Syria | 1948 | |
THA | Thailand | 1952 | |
TJK | Tajikistan | 1996 | RUS ( Rusia) 1900-1912 URS ( Soviet Union) 1924-1988 EUN (Templat:EUN) 1992 |
TKM | Turkmenistan | 1996 | RUS ( Rusia) 1900-1912 URS ( Soviet Union) 1924-1988 EUN (Templat:EUN) 1992 |
TLS | Timor-Leste | 2004 | |
TPE | Chinese Taipei | 1984 | |
UAE | United Arab Emirates | 1984 | |
UZB | Uzbekistan | 1994 | RUS ( Rusia) 1900-1912 URS ( Soviet Union) 1924-1988 EUN (Templat:EUN) 1992 |
VIE | Vietnam | 1952 | |
YEM | Yemen | 1992 |
- Bahasa Inggeris digunakan seperti yang diperuntukkan dlm IOC
[sunting] Acara sukan
Berikut adalah acara sukan yang telah dan akan dipertandingkan di Sukan Asia
|
|
|
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
- Majlis Olimpik Asia
- Laman Web Sukan Asia 2006 - Doha, Qatar
- Sukan Asia Dalam Dewan 2007
- Informasi Sukan Asia
|
|
---|---|
Afghanistan | Amiriah Arab Bersatu | Bahrain | Bangladesh | Bhutan | Brunei | Kemboja | China | Taipei Cina | Timor Leste | Hong Kong | India | Indonesia | Iran | Iraq | Jepun | Jordan | Kazakhstan | Kuwait | Kyrgyzstan | Laos | Lubnan | Macau | Malaysia | Maldives | Mongolia | Myanmar | Nepal | Korea Selatan | Korea Utara (DPR Korea) | Oman | Pakistan | Palestin | Filipina | Qatar | Arab Saudi | Sri Lanka | Syria | Tajikistan | Thailand | Turkmenistan | Uzbekistan | Vietnam | Yaman |
Sukan Asia |
---|
New Delhi 1951 | Manila 1954 | Tokyo 1958 | Jakarta 1962 | Bangkok 1966 | Bangkok 1970 | Tehran 1974 | Bangkok 1978 | New Delhi 1982 | Seoul 1986 | Beijing 1990 | Hiroshima 1994 | Bangkok 1998 | Busan 2002 | Doha 2006 | Guangzhou 2010 | Incheon 2014 | 2018 |
Sukan Asia Musim Sejuk |
Sapporo 1986 | Sapporo 1990 | Harbin 1996 | Kangwon 1999 | Aomori 2003 | Changchun 2007 | Almaty 2011 |
Sukan Dalam Dewan Asia |
Bangkok 2005 | Macau 2007 | Hanoi 2009 | Doha 2011 |
Sukan Pantai Asia |
Bali 2008 | Muscat 2010 | Haiyang 2012 | Boracay 2014 |