ON AMAZON:



https://www.amazon.com/Voice-Desert-Valerio-Stefano-ebook/dp/B0CJLZ2QY5/



https://www.amazon.it/dp/B0CT9YL557

We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Sukan Komanwel 2006 - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Sukan Komanwel 2006

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Logo Sukan Komanwel 2006
Karak, maskot Sukan Komanwel 2006
Karak, maskot Sukan Komanwel 2006
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak, Datuk Dr M Jegathesan, dan Ms Louise Martin merasmikan larian The Melbourne 2006 Queen's Baton di Malaysia, destinasi ke-55 larian ke seluruh negara Komanwel
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak, Datuk Dr M Jegathesan, dan Ms Louise Martin merasmikan larian The Melbourne 2006 Queen's Baton di Malaysia, destinasi ke-55 larian ke seluruh negara Komanwel

Sukan Komanwel ke-18 berlangsung di Melbourne, Australia dari 15 Mac hingga 26 Mac 2006. Ia merupakan acara sukan terbesar pernah di adakan di Melbourne. Tapak upacara pembukaan dan upacara penutup sukan ini merupakan tempat yang sama untuk Sukan Olimpik 1956. Maskot kali ini ialah Karak, sejenis burung kakak tua. Edisi kali ini disertai 71 buah Negara-negara Komanwel.

Senarai kandungan

[sunting] Sukan

Sukan Komanwel edisi ini mempertandingkan 16 jenis sukan, iaitu 12 sukan individu dan 4 sukan berpasukan. Keseluruhannya, 247 acara dipertandingkan. Terdapat juga beberapa acara khas untuk atlit elit kurang upaya.

Lebih sejuta tiket Sukan Komanwel telah dijual, dengan tiket untuk acara sukan glamor renang, terjun, basikal trek dan renang berirama habis terjual.

[sunting] Pungutan pingat

Setem yang dikeluarkan sempena Sukan Komanwel
Setem yang dikeluarkan sempena Sukan Komanwel
Untuk senarai penuh pungutan pingat, lihat Pungutan pingat Sukan Komanwel 2006.

Berikut merupakan senarai 12 negara teratas dalam pungutan pingat (mengikut jumlah pingat emas).

Pungutan pingat Sukan Komanwel 2006
No Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1 Australia 84 69 68 221
2 England 36 40 34 110
3 Kanada 26 29 31 86
4 India 22 17 11 50
5 Afrika Selatan 12 13 13 38
6 Scotland 11 7 11 29
7 Jamaika 10 4 8 22
8 Malaysia 7 12 10 29
9 New Zealand 6 12 13 31
10 Kenya 6 5 7 18
11 Singapura 5 6 7 18
12 Nigeria 4 6 7 17

[sunting] Keselamatan

Operasi anti-keganasan Sukan Komanwel telah dilancarkan. Setakat ini 19 lelaki telah dtangkap di Melbourne dan Sydney.

Suspek utama ialah seorang mualaf bernama Gregory Middap atau Helmut Kirsch dan ahli National Action Group. Kumpulan fundamental di bandar Preston bernama Hizbut Tahrir turut menjadi tumpuan agen keselamatan.

Seramai 2600 anggota pasukan keselamatan bertugas dengan AS$200 juta dibelanjakan untuk tujuan keselamatan. Sekatan penerbangan sejauh 75 km telah dikenakan, dengan jet pejuang F/A-78 ditugaskan untuk menembak mana-mana pesawat yang melanggar arahan. Manakala kapal Tentera Laut Australia siap sedia di Teluk Port Philip bagi menembak kapal-kapal yang disyakki di Sungai Yarra atau di Laut Australia.

Walau bagaimanapun, Sukan Komanwel 2006 ini telah berjaya berlangsung tanpa sebarang kejadian buruk yang tidak diingini.

[sunting] Pengangkutan

Bagi memastikan perjalanan yang lancar dan tanpa gangguan ke lokasi pertandingan, Melbourne telah menyediakan laluan khas sepanjang berlangsungnya Sukan Komanwel di sini.

Laluan khas atau lebih dikenali di sini sebagai Laluan Eksklusif Sukan itu ialah dari Perkampungan Atlet Sukan ke Presint Sukan dan Hiburan (meliputi Rod Laver Arena, Multi Purpose Venue, Olympic Park dan Melbourne Cricket Ground) dan dari Perkampungan itu ke Pusat Sukan dan Akuatik Melbourne.

[sunting] Acara Pembukaan

Barisan kontinjen Malaysia bersama pembawa Jalur Gemilang, Shahrulneeza Mohd. Razali berarak masuk ke Stadium Kriket Melbourne pada upacara pembukaan Sukan Komanwel Ke-18 di
Barisan kontinjen Malaysia bersama pembawa Jalur Gemilang, Shahrulneeza Mohd. Razali berarak masuk ke Stadium Kriket Melbourne pada upacara pembukaan Sukan Komanwel Ke-18 di

Acara Pembukaan Rasmi diadakan pada 15 Mac 2006 di Stadium Melbourne Cricket Ground. Dalam acara tersebut, England mengetuai senarai 71 negara yang bertanding dalam perbarisan itu sejam sebaik berakhirnya acara persembahan menarik yang menghiburkan kira-kira 84,000 penonton yang membanjiri stadium.

Kontinjen Malaysia seramai 170 atlet dan 84 pegawai megah masuk ke stadium dengan pakaian tradisional baju Melayu berwarna hitam, bersongkok sambil mengenakan samping jingga yang menampakkan kegarangan Harimau Malaya.

Atlet dan pegawai wanita pula berbaju kurung berwarna putih dengan selendang berwarna jingga. Barisan atlet dan pegawai Malaysia muncul selepas India dalam perbarisan itu.

India yang mengambil semangat `Harimau Bengal', turut mengenakan pakaian yang seakan menyerupai warna kontinjen Malaysia sementara negara tuan rumah Australia menjadi kontinjen terakhir dalam perbarisan itu sebelum bendera Sukan Komanwel dinaikkan.

Bertolak-ansur dan menghormati satu sama lain menjadi kunci utama ucapan Michael Fenner, Sukan Komanwel sebelum Cathy Freeman, pemenang pingat emas Australia pada Sukan Olimpik Sydney 2000 berlari membawa masuk obor yang diserahkan kepada beberapa legenda sukan negara itu sebelum diakhiri nyanyian ucapan ulang tahun ke-80 untuk Ratu Elizabeth II.

Sejurus kemudian, Ratu Elizabeth II mengucapkan selamat berjuang kepada para atlet dan mengisytiharkan pembukaan rasmi temasya itu.

[sunting] Upacara Penutupan

Upacara penutupan Sukan Komanwel 2006 dengan persembahan oleh penganjur Sukan Komanwel 2010 iaitu Bandaraya New Delhi di India
Upacara penutupan Sukan Komanwel 2006 dengan persembahan oleh penganjur Sukan Komanwel 2010 iaitu Bandaraya New Delhi di India

Temasya ini diakhiri dengan upacara penutupan di Padang Kriket Melbourne dengan satu tema Bollywood dijiwai sebagai mengalu-alukan tuan rumah Sukan Komanwel yang baru di New Delhi pada 2010. Selain itu, nyanyian dari penyanyi terkenal Australia juga dipersembahkan kepada semua atlit, pegawai sukan dan penonton.

Seperti acara pembukaan rasmi, ia diadakan pada 26 Mac 2006 di Stadium Melbourne Cricket Ground.

[sunting] Kontinjen Malaysia

  • Malaysia melalui Projek Asiacomm (Projek Sukan Komanwel dan Asia) telah berbelanja besar bagi menyediakan jurulatih professional, peralatan, latihan luar negara serta pertandingan . Atlet elit akan menerima elaun RM2500 dan mereka mesti berlatih sepenuh masa. Sukan Asia akan diadakan di Doha, Qatar pada Disember 2006.
  • Bendera Jalur Gemilang dibawa oleh Chef-de-Mission kontinjen Malaysia iaitu Datuk Seri Kee Yong Wee.
  • Kontinjen Malaysia mengandungi 170 atlet dan 84 pegawai bertanding dalam 14 daripada 16 sukan yang dipertandingkan.
  • Majlis Olimpik Malaysia mensasarkan 10 pingat emas menerusi acara badminton, boling padang, skuasy, berbasikal dan terjun.
  • Sukan Komanwel 2002 di Manchester, England, kontinjen Malaysian menang 7 pingat emas dari badminton (3), angkat berat (3) dan boling padang (1).
  • Sukan Komanwel 1998, Malaysia menang emas dalam acara badminton (3), boling (2) olahraga (1), menembak (1), angkat berat (1), gimnastik (1) dan tinju (1).

[sunting] Pencapaian

Beregu wanita Malaysia, Wong Pei Tty (kiri) dan Chin Eei Hui
Beregu wanita Malaysia, Wong Pei Tty (kiri) dan Chin Eei Hui
  • Malaysia mengumpul tujuh pingat emas keseluruhan sekali gus menyamai pencapaian di Manchester pada 2002 tetapi gagal memenuhi sasaran untuk membawa pulang 10 pingat emas dalam usaha menyamai pencapaian terbaik di Kuala Lumpur pada 1998 yang lalu.
  • Malaysia membawa pulang pingat emas pertama alam acara angkat berat menerusi Mohd. Faizal Baharom dalam kategori 56 kilogram dengan jumlah angkatan 255kg.
  • Pasukan Badminton menyumbangkan empat pingat emas keseluruhan kepada kontijen Malaysia dalam acara berkumpulan, beregu lelaki (Chan Chong Ming-Koo Kien Keat menewaskan Choong Hann-Choong Tan Fook), perseorangan lelaki (Lee Chong Wei menundukkan Choon Hann) dan beregu wanita (Wong Pei Tty-Chin Eei Hui menundukkan pasangan Singapura).
  • Siti Zalina Ahmad menyumbangkan pingat emas keempat Malaysia dalam acara boling padang selepas menundukkan pemain berusia 63 tahun dari Wales, Elizabeth Morgan.
  • Pasukan hoki sekadar memenangi pingat gangsa selepas mengejutkan England dengan kemenangan 2-1.

[sunting] Pencapaian Negara Komanwel lain

  • Kuasa besar Australia, gagal tipis untuk menyamai rekod pungutan pingat emas Sukan Komanwel sebelum ini biarpun kembali mengesahkan kedudukan mereka sebagai kuasa handalan temasya ini dengan 84 emas. Jumlah pungutan tuan rumah itu hanya kurang tiga daripada rekod yang dicatatkan di Victoria pada 1994 dan setara banyaknya dengan gabungan emas milik England (36), Kanada (26) dan India (22).
  • Musuh ketat Australia, New Zealand memenangi emas terakhir yang mempertandingkan 245 pingat temasya dengan satu kemenangan mendebarkan, 60-55 dalam acara bola jaring, merampas takhta daripada juara bertahan.
  • Alexandra Orlando, 19, dari Toronto, melakarkan dirinya dalam buku rekod dengan meraih enam emas dalam gimrama dan menyertai bintang renang Australia Ian Thorpe dan Susie O’Neill, dan rakan senegara Graham Smith, sebagai atlit memenangi enam emas dalam satu temasya.
  • Dalam hoki lelaki, Liam De Young, Luke Doerner dan Jamie Dwyer menjaringkan gol yang memastikan tuan rumah mempertahankan emas dan skuad Koookaburras turut mengekalkan rekod tidak kalah sebarang perlawanan sejak sukan itu diperkenalkan pada temasya 1998 di Kuala Lumpur.
  • Negara Jamaika bergantung harapan kepada pelari terpantas dunia, Asafa Powell. Di Melbourne beliau memenangi cabaran larian 100 meter dengan masa 10.03 saat. Catatan masa terbaik 100 m beliau ialah 9.77 saat di Athens, Greek, iaitu rekod dunia 100 m. Manakala Sheri-Ann Brooks pula memenangi kategori 100 m wanita.
  • Negara Mozambique menyandarkan harapan kepada ratu 800m dunia, Maria Mutola, untuk mengulangi kejayaannya di Manchester 2002. Mutola merupakan juara dunia acara 800m wanita, kini meneruskan latihan di Brussels, Belgium, sebelum ke Melbourne. Mutola, 33, memenangi acara 800 m pada Kejohanan Dunia di Helsinki, Finland, pada Ogos 2005 dengan catatan masa 1 minit 59.71 saat.

[sunting] Pautan luar

Static Wikipedia 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Sub-domains

CDRoms - Magnatune - Librivox - Liber Liber - Encyclopaedia Britannica - Project Gutenberg - Wikipedia 2008 - Wikipedia 2007 - Wikipedia 2006 -

Other Domains

https://www.classicistranieri.it - https://www.ebooksgratis.com - https://www.gutenbergaustralia.com - https://www.englishwikipedia.com - https://www.wikipediazim.com - https://www.wikisourcezim.com - https://www.projectgutenberg.net - https://www.projectgutenberg.es - https://www.radioascolto.com - https://www.debitoformtivo.it - https://www.wikipediaforschools.org - https://www.projectgutenbergzim.com