Sukan Komanwel
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan yang dianjurkan 4 tahun sekali . Sukan ini melibatkan atlet sukan tersohor dari negara-negara Komanwel. Mulanya Sukan Komanwel dikenali dengan nama Sukan Empayar British pada tahun 1930. Kemudian nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar British pada tahun 1954. Sekali lagi ditukar kepada Sukan Komanwel British pada tahun 1970. Akhirnya ditukar kepada Sukan Komanwel pada tahun 1978.
Kini terdapat 71 negara menyertai Sukan Komanwel. Acara sukan yang diadakan ialah Lawn bowl, ragbi 7 sebelah, bola jaring dan lain-lain.
Sukan Komanwel merupakan acara sukan kedua penting selepas Sukan Olimpik. Sekitar 5000 atlet yang ternama dan terhandal di dunia menyertai sukan ini.
Acara sukan ternama yang lain ialah Sukan Pan- Amerika, Sukan Asia dan Sukan Seluruh Afrika.
Empat ahli tetap dalam United Kingdom ialah England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Koloni British turut menyertainya seperti Guernsey, Jersey, Isle of Man dan wilayah British di seberang laut.
Hanya enam negara yang menyertai Sukan Komanwel setiap kali diadakan iaitu Australia, Kanada, England, New Zealand, Scotland dan Wales.
Senarai kandungan |
[sunting] Sejarah ringkas
Sukan Komanwel mula dipromosikan oleh Reverend Astley Cooper tahun 1891 untuk Empayar British sahaja. Rencana tulisan beliau yang tersiar dalam majalah antarabangsa "The Times" mencadangkan Pertandingan Pan Britain - Pesta Pan Anglican' diadakan empat tahun sekali bagi meningkatkan perpaduan dan persefahaman di dalam Empayar British.
Tahun 1911 Perayaan Empayar British telah dijalankan di London untuk meraikan pertabalan King George - United Kingdom. Perayaan ini disertai negara Australia, Canada, Afrika Selatan dan United Kingdom bagi merebut pingat untuk acara tinju, gusti, renang dan olahraga.
Tahun 1928, Melville Marks (Bobby) Robinson dari Canada mengemukakan Sukan Empayar British yang pertama. Sukan ini diadakan di di Hamilton, Canada pada tahun 1930 buat pertama kalinya.
11 negara dengan 400 atlet menyertai Sukan Komanwel pertama itu. Dewan Bandar Raya Hamilton memperuntukkan AS30,000 dolar kepada setiap negara sebagai kos perjalanan atlet mereka menyertainya .
Sejak itu diadakan 4 tahun sekali kecuali 1942 dan 1946 berikutan Perang Dunia Kedua.
Kebanyakan kejohanan dunia dipengaruhi faktor geografi, tetapi Sukan Komanwel wujud oleh faktor sejarah. Sukan Asia, Pan Am, Sukan Afrika dan Sukan Musim Sejuk dipengaruhi oleh faktor geografi.
Uniknya Sukan Komanwel ialah bahasa perantaraan iaitu bahasa Inggeris. Semua atlet dan pegawai sukan boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam suasana Sukan Persahabatan yang lebih mesra. 72 buah negara bekas jajahan British menyertai sukan ini.
[sunting] Upacara pembukaan
- Sejak 1930 hingga 1950 , perbarisan dan upacara pembukaan dimulakan dengan menaikkan bendera Union Jack sebagai simbol Britain selaku penjajah dalam Empayar British.
- Sejak 1958, larian baton dimulakan dari Istana Buckingham sebagai tanda upacara pembukaan. Baton ini membawa mesej Selamat Datang kepada semua atlet. Larian Baton berakhir di tempat Sukan Komanwel diadakan.
[sunting] Pemulauan
Beberapa negara tidak sependapat dengan kerajaan British yang pernah menjajah negara mereka. Lantaran itu Sukan Komanwel telah dipulaukan. Nigeria memulaukan Sukan Komanwel 1976 kerana New Zealand menyokong dasar apartheid di Afrika Selatan. Selain itu, 32 negara dari 59 negara dari benua Afrika, Asia dan kepulauan Caribbean memulaukan Sukan Komanwel 1986 kerana Perdana Menteri Britain , Margaret Thather menyokong dasar Apartheid di Afrika Selatan. Pemulauan juga terjadi pada tahun 1974, 1982 dan 1990 kerana isu Afrika Selatan.
[sunting] Edisi
[sunting] Sukan Empayar British
- 1930 Sukan Empayar British - Hamilton, Ontario, Canada
- 1934 Sukan Empayar British - London, England
- 1938 Sukan Empayar British - Sydney, New South Wales, Australia
- 1950 Sukan Empayar British - Auckland, New Zealand
[sunting] Sukan Komanwel dan Empayar British
- 1954 Sukan Komanwel dan Empayar British - Vancouver, British Columbia, Canada
- 1958 Sukan Komanwel dan Empayar British - Cardiff, Wales
- 1962 Sukan Komanwel dan Empayar British - Perth, Western Australia, Australia
- 1966 Sukan Komanwel dan Empayar British - Kingston, Jamaica
[sunting] Sukan Komanwel British
- 1970 Sukan Komanwel British - Edinburgh, Scotland
- 1974 Sukan Komanwel British - Christchurch, New Zealand
[sunting] Sukan Komanwel
- 1978 Sukan Komanwel 1978 - Edmonton, Alberta, Canada
- 1982 Sukan Komanwel 1982 - Brisbane, Queensland, Australia
- 1986 Sukan Komanwel 1986 - Edinburgh, Scotland
- 1990 Sukan Komanwel 1990 - Auckland, New Zealand
- 1994 Sukan Komanwel 1994 - Victoria, British Columbia, Canada
- 1998 Sukan Komanwel 1998 - Kuala Lumpur, Malaysia
- 2002 Sukan Komanwel 2002 - Manchester, England
- 2006 Sukan Komanwel 2006 - Melbourne, Victoria, Australia
- 2010 Sukan Komanwel 2010 - Delhi, India
- 2014 Sukan Komanwel 2014 - Glasgow, Scotland
[sunting] Sukan Komanwel 2018
Jika Halifax gagal menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2014, bandar Toronto , Canada akan menawarkan diri menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2018.
- Lusaka,Zambia
- Karachi , Pakistan
- Auckland , New Zealand
[sunting] Negara peserta Sukan Komanwel
|
|
[sunting] Senarai acara dalam Sukan Komanwel
Minimum 10 dan tidak lebih 15 acara sukan dipertandingkan. Tuan rumah diberi peluang menamakan sukan yang lain. Contohnya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne memasukkan acara bola keranjang.
Acara tetap ialah olahraga, akuatik ( renang, terjun dan renang berirama), boling padang , bola jaring (wanita sahaja) , ragbi 7 sebelah (lelaki sahaja).
Acara lain ialah memanah, badminton, billiard, snuker, tinju, kanu, basikal, lawan pedang, gimnastik, judo, menembak, mendayung, skuasy, ping pong, tenis, boling tenpin , triatlon, angkat berat dan perahu layar.
[sunting] Acara Sukan Komanwel 2006
- Aquatik (1930–)
- Renang
- Synchronised swimming
- Terjun
- Polo air
- Olahraga (Lelaki: 1930–, Wanita: 1934–)
- Badminton (1966–)
- Bola keranjang (2006–)
- Tinju (1930–)
- Basikal (1934–)
- Gimnastik (1978, 1990–)
- Hoki (1998–)
- Lawn bowl (1930–, tiada 1966)
- Bola jaring (1998–)
- Ragbi (1998–)
- Menembak (1966, 1974–)
- Squash (1998–)
- Tenis (2002–)
- Triathlon (2002–)
- Angkat berat (1950–
[sunting] Acara yang dimasukkan oleh tuan rumah
- Memanah (1982)
- Kriket (1998)
- Lawan pedang (1950–1970)
- Gusti (1930–2002, except 1990 and 1998)
- Judo (1990, 2002)
- Mendayung (1930, 1938–1962, 1986)
- Boling tenpin (1998)
[sunting] Lihat juga
- Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur
- Sukan Komanwel 2002 di England
- Sukan Komanwel 2006 di Melbourne
- Sukan Komanwel 2010 di Delhi
- Sukan Komanwel 2014
- Sukan Komanwel 2018
Sukan Empayar British |
---|
Ontario 1930 | London 1934 | Sydney 1938 | Auckland 1950 |
Sukan Empayar British dan Komanwel |
Vancouver 1954 | Cardiff 1958 | Perth 1962 | Kingston 1966 |
Sukan Komanwel British |
Edinburgh 1970 | Christchurch 1974 |
Sukan Komanwel |
Alberta 1978 | Queensland 1982 | Edinburgh 1986 | Auckland, 1990 | Victoria 1994 | Kuala Lumpur 1998 | Manchester 2002 | Melbourne 2006 | New Delhi 2010 | Glasgow 2014 | 2018 |