Dari Wikipedia bahasa Melayu
11 Oktober merupakan hari ke-284 (hari ke-285 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 81 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 1865: Pemberontakan Teluk Morant yang dipimpin Paul Bogle dan George William Gordon bermula di Jamaika. Ia disekat dengan kejam oleh Gabenor Edward John Eyre.
- 1899: Perang Boer Kedua meletus di Afrika Selatan antara United Kingdom dan orang Boer (gambar).
- 1954: Ho Chi Minh dan Viet Minh mengambil alih kuasa di Vietnam Utara.
- 1962: Paus John XXIII memanggil Mesyuarat Vatikan Kedua, mesyuarat menyatupadukan mazhab Kristian Gereja Roman Katolik pertama sejak 92 tahun.
- 1968: NASA melancarkan Apollo 7, misi yang dikendalikan manusia pertama Projek Apollo.