Wikipedia:Panduan pengisian rencana tarikh
Dari Wikipedia bahasa Melayu
|
|
Wikipedia Bahasa Inggeris.
Memang terdapatnya banyak peristiwa yang berlaku setiap hari. Sekiranya terlalu banyak peristiwa dianggap mustahak, maka rencana tarikh akan menjadi terlalu panjang sehingga halaman itu tidak lagi bermakna.
Untuk memastikan kebergunaan halaman-halaman tarikh, kita perlu memasukkan peristiwa yang dianggap mustahak oleh kebanyakan pembaca portal ini. Jika demikian, bagaimanakah kita akan tahu adakah sesuatu peristiwa itu layak dimasukkan? Memang ini merupakan satu penilaian yang subjektif. Panduan yang terbaik ialah sekiranya tidak pasti, jangan masukkannya. Ini disebabkan kemungkinan peristiwa tersebut merupakan kes pinggiran.
Kekadangnya, terdapat banyak peristiwa yang memang mustahak bagi sebahagian orang, walaupun peristiwa tersebut tidak diminati semua orang. Jika perlu dan jika dianggap bahawa terdapat banyak peristiwa yang boleh dan akan dimasukkan, kita boleh memulakan satu subhalaman tarikh yang baru, dan mempautkannya kepada halaman tarikh utama. Contohnya untuk rencana 2005 adalah seperti berikut:
-
- 2005 (Filem Malaysia)
- 2005 (Kumpulan muzik Malaysia)
- 2005 (Malaysia)
- 2005 (Pilihan raya Malaysia)
- 2005 (Indonesia)
[Sunting] Masukan tarikh kelahiran dan kematian
Tarikh kelahiran dan kematian orang terkenal disyorkan dimasukkan dalam "rencana tahun" (serta "rencana dekad" dan "rencana abad", jika perlu) tetapi tidak perlu dimasukkan dalam "rencana hari" (yakni, rencana seperti "31 Mac") kecuali peristiwa ini amat penting (umpamanya, hari keputeraan dan kemangkatan pengasas agama utama).
[Sunting] Lihat juga
Bahagian "Lihat juga" merupakan bahagian terakhir bagi halaman tarikh utama, yakni selepas bahagian "Kematian" (serta bahagian "Peristiwa" dan "Kelahiran").