16 Jun
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
<< | Jun | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2007 |
16 Jun merupakan hari ke-167 (hari ke-168 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 198 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Bloomsday di Dublin, Ireland;
- Hari Belia di Afrika Selatan.
[Sunting] Peristiwa
- 1487 - Pertempuran Stoke Field, pertempuran terakhir dalam Perang-perang Roses, ditempur.
- 1745 - Semasa Perang Raja George, angkatan tentera penjajahan British yang diketuai oleh William Pepperrell menguasai Kubu Louisbourg di Pulau Cape Breton selepas pengepungan enam minggu.
- 1846 - Pius IX dipilih sebagai paus, dan memulakan pemerintahan yang paling lama di kalangan paus sejak zaman Dua belas Hawari.
- 1963 - Angkasawan Soviet Valentina Tereshkova (gambar) menjadi wanita pertama di angkasa luar.
- 1976 - Polis di Soweto, Afrika Selatan menembak budak-budak sekolah yang membantah pemaksaan bahasa Afrikaans sebagai bahasa perantara di sekolah-sekolah perbandaran, dan mencetuskan satu siri tunjuk perasaan, mogok, rusuhan dan keganasan di seluruh negara.