1 September
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
<< | September | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2007 |
1 September merupakan hari ke-244 (hari ke-245 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 121 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Permulaan tahun liturgi Gereja Ortodoks Timur
- Hari Perlembagaan di Slovakia
- Hari Merdeka di Uzbekistan.
[Sunting] Peristiwa
- 1715 - Louis XIV dari France (gambar), "Raja Matahari", meninggal dunia selepas memerintah selama 72 tahun, lebih lama daripada mana-mana raja Eropah lain.
- 1923 - Gempa bumi besar Kanto memusnahkan Tokyo dan Yokohama, mengorbankan kira-kira 100,000 orang.
- 1939 - Jerman Nazi melancarkan Kempen Poland dan menyerang Poland di Wieluń dan Westerplatte, memulakan Perang Dunia II.
- 1951 - Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS) menandatangani pakatan pertahanan bersama yang dikenali sebagai Perjanjian ANZUS.
- 1982 - Pejuang PLO berundur dari Lubnan dalam krisis Penyembelihan Sabra dan Shatila.