Dari Wikipedia bahasa Melayu
26 November merupakan hari ke-330 (hari ke-331 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 35 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 1778 - Ekspedisi pimpinan James Cook sampai ke Maui, pulau kedua terbesar di Kepulauan Hawaii.
- 1922 - Howard Carter dan Earl Carnarvon menjadi orang pertama memasuki makam Firaun Tutankhamun dalam masa 3000 tahun.
- 1942 - Perang Dunia II: Josip Tito (gambar) dan Partisan Yugoslav mengadakan mesyuarat pertama AVNOJ di Bihać di timur laut Bosnia.
- 1950 - Pertempuran Takungan Chosin: Tentera China di Korea Utara melancarkan serangan balas besar terhadap tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
- 2003 - Penerbangan terakhir Concorde, dari Heathrow ke Bristol di United Kingdom.