27 Mei
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
<< | Mei | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2007 |
27 Mei merupakan hari ke-147 (hari ke-148 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 218 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Lag Ba'omer untuk agama Yahudi (2005).
[Sunting] Peristiwa
- 1328 - Philip VI dari Perancis dimahkotakan di Notre-Dame de Reims, dan memulakan Dinasti Valois.
- 1860 - Penyatuan Itali: Giuseppe Garibaldi (gambar) dan Redshirt, sukarelawannya, melancarkan serangan terhadap Palermo, ibu kota Dua Sicily.
- 1919 - Kapal terbang laut NC-4 tiba di Lisbon, Portugal, dan menjadi kapal terbang pertama yang berjaya menghabiskan penerbangan rentas-Atlantik.
- 1923 - 24 heures du Mans, perlumbaan ketahanan kereta sport diadakan di Le Mans, Perancis.
- 1942 - Operasi Antropoid: Penentang Czechoslovakia di Prague, kawasan pendudukan Nazi, menyerang hendap dan menyebabkan kecederaan yang membawa maut kepada Reinhard Heydrich, ketua Pejabat Keselamatan Utama Reich dan Pelindung Bohemia dan Moravia.