Dari Wikipedia bahasa Melayu
9 Januari merupakan hari kesembilan dalam kalendar Gregory. Tinggal 356 hari (atau 357 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 1768 - Philip Astley mempersembahkan sarkas moden yang pertama di London.
- 1839 - Akademi Sains Perancis mengumumkan Daguerreotaip, satu proses fotografi yang dinamakan sempena nama perekanya, Louis Daguerre (gambar).
- 1878 - Humbert si Baik menjadi Raja Itali.
- 1916 - Perang Dunia I: Empayar Uthmaniyyah memenangi Perang Canakkale di Gallipoli.
- 1964 - Hari Syahid di Panama. Pertempuran empat hari antara angkatan tentera Amerika Syarikat dengan orang-orang awam Panama untuk menamatkan Zon Terusan.