Abdul Aziz bin Sattar
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Abdul Azez bin Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar {Lahir 8 Ogos 1925), merupakan salah seorang seniman serba boleh. Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Biografi
Beliau dilahirkan di Pakalongan, Surabaya, Indonesia. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.
Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Pekerjaan pertama beliau ialah pemandu lori.
Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Kumpulan Panca Sitara. Siti Rumina Ahmad (Isteri Pertama - bercerai) & Dayang Sofiah (Isteri Kedua - bercerai)
Bilangan Anak :7 orang 1. Ruzaidah 2. Ruzaiman 3. Ruzinah 4. Zainuddin 5. Dahlia 6. Dalina 7. Sandakiah
Pada 16 Disember 2006, Aziz Sattar berkahwin dengan Hashimah Delan.Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah, Khairuddin Haiyon di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dengan mas kahwin RM100.
[Sunting] Alamat surat menyurat
Pejabat: 7,
Jalan 19/14A,
Seksyen 19,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon: +603 5541 2525
H/p: +6013 364 5678
[Sunting] Filem lakonan
- Filem Putus Harapan (1952)
- Filem Mangsa (1953)
- Filem Hati Iblis (1953)
- Filem Jasa (1954)
- Filem Arjuna (1954)
- Filem Kipas Hikmat (1955)
- Filem Ribut (1956)
- Filem Putera Bertopeng (1957)
- Filem Bujang Lapuk (1957)
- Filem Hantu Kubur (1958)
- Filem Nujum Pak Belalang (1959)
- Filem Raja Laksamana Bentan (1959)
- Filem Pendekar Bujang Lapuk (1959)
- Filem Sumpah Wanita (1960)
- Filem Ali Baba Bujang Lapuk (1961)
- Filem Siti Muslihat (1962)
- Filem Labu Labi (1962)
- Filem Nasib Labu Labi (1963)
- Filem Pilih Menantu (1963)
- Filem Siapa Besar (1964)
- Filem Mambang Moden (1964)
- Filem Takdir (1965)
- Filem Pusaka Pontianak (1965)
- Filem Si Comat (1975)
- Filem Prebet Lapok (1979)
- Filem Penyamun Tarbus (1980)
- Filem Da Di Du (1981)
- Filem Darah Satria (1983)
- Filem Bujang Lapok Kembali (1985)
- Filem Seniman Bujang Lapok
- Filem Tarik Tarik
- Filem Abang '92
- Filem Layar Lara
- Filem Jibon (1998)
- Cicak-Man (2006)
[Sunting] Filem Arahan
- Filem Keluarga Si Comat (1975)
- Filem Si Badol
- Filem Prebet Lapuk (1979)
- Filem Penyamun Tarbus (1980)
- Filem Da Di Du (1981)
- Filem Setinggan (1982)
- Filem Darah Satria (1983)
- Filem Tujuh Biang Keladi (1984)
- Filem Bujang Lapok Kembali Daa.. (1985)
- Filem Perawan Malam (1986)
- Filem Tak Kisahlah Beb (1988)
- Filem O.K. (1989)
- Filem Adik (1990)
- Filem Simfoni Duniaku (1994)
- Filem Gelora Cinta
Sitkom:
- Kelas Malam (2000)
[Sunting] Pencapaian
Tarikh Anugerah/Penghormatan
- 1981 Filem Komedi Terbaik, Filem Festival Malaysia ke-2. (Filem: Penyamun Tarbus)
- 1990 Ahli Mangku Negara, Agong.
- 1994 Anugerah Seniman Veteran, Filem Festival Malaysia ke-11.
- 2000 Menerima "Tokoh Budaya Kolej Burhanuddin Helmi" dari Universiti Kebangsaan Malaysia
- 2000 Anugerah Seniman Veteran (Lelaki), Anugerah Bintang Popular 2000.
[Sunting] Profesional/Ahli Persatuan:
- Bendahari, Persatuan SENIMAN.
- 1994-1996 Pengerusi Jawatankuasa, GAFIM
- 1997 Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Festival Filem Malaysia ke-13.