Akihito
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Nama Jepun | Akihito (明仁) |
Nama semasa kanak-kanak |
Tsugo no miya (継宮) |
Tempoh pemerintahan | 1989 – Kini |
Nama era | Heisei |
Tempoh era | 1989 – Kini |
Nama selepas kemangkatan | ' |
Akihito (明仁), (lahir 23 Disember 1933) merupakan Maharaja Jepun pada masa ini dan juga merupakan Maharaja Jepun yang ke 125.
Akihito merupakan anak lelaki sulung dan juga anak yang kelima kepada Maharaja Showa (Hirohito) dan Maharani Kojun (Nagako). Bergelar Tsugo no miya (継宮; Putera Tsugo) semasa kanak-kanak, beliau dibesarkan dan diajar oleh guru persendirian dan kemudian menghadiri Sekolah Rendah Lelaki "Boy's Elementary" dan Department Menengah "Secondary Departments" ketika itu, Peers' School (Gakushuin selepas 1947), 1940-52. Beliau dipisahkan dari keluarganya pada usia tiga tahun.
Ketika pengeboman ke atas bandar Tokyo oleh pihak Amerika pada Mac 1945, beliau dan saudara mudanya, Putera Masahito (sekarang Putera Hitachi), dipindahkan dari Tokyo. Ketika pendudukan Amerika selepas Perang Dunia II, Putera Mahkota Akihito diajar dalam Bahasa Inggeris oleh Elizabeth Gray Vining. Putera Mahkota Akihito menuntut sebentar di Jabatan Sains Politik di Universiti Gakushuin di Tokyo tetapi tidak menerima ijazah. Walaupun beliau merupakan putera mahkota kepada Takhta Bunga Kekwa dari 23 Disember 1933, perlantikan rasmi sebagai Putera Mahkota (Rittaishi no Rei) hanya berlansung pada 10 November 1951 di Istana Imperial.
Pada Jun 1953, Putera Mahkota Akihito mewakili Jepun di upacara pertabalan Ratu Elizabeth II dari United Kingdom. Pada 10 April 1959, beliau berkahwin dengan Michiko (lahir 24 Oktober 1934), anak perempuan sulung Shoda Hidesaburo, presiden dan pengerusi kehormat Kilang Pengisar Tepung Nisshin. Perkahwinan tersebut memecahkan tradisi diraja kerana Shoda Michiko merupakan orang awam pertama yang berkahwin dengan keluarga diraja. Putera Mahkota Akihito menaiki takhta selepas kemangkatan bapanya pada 7 Januari 1989 dan secara rasmi menjadi maharaja Jepun yang ke 125 pada 12 November 1990.
Keluarga diraja Jepun |
---|
YTA Maharaja Jepun |
YTA Maharani Jepun |
YTM Putera Mahkota Jepun |
YTM Puteri Mahkota Jepun |
YTM Puteri Toshi |
YTM Putera Akishino |
YTM Puteri Akishino |
YTM Puteri Mako |
YTM Puteri Kako |
YTM Putera Hisahito |
YTM Putera Hitachi |
YTM Puteri Hitachi |
YTM Putera Mikasa |
YTM Puteri Mikasa |
YTM Putera Tomohito dari Mikasa |
YTM Puteri Tomohito dari Mikasa |
YTM Puteri Akiko |
YTM Puteri Yohko |
YTM Putera Katsura |
YTM Puteri Takamado |
YTM Puteri Tsuguko |
YTM Puteri Noriko |
YTM Puteri Ayako |
Semenjak menaiki takhta, beliau berusaha untuk mendekati keluarga Maharaja dengan penduduk Jepun. Beliau dan Maharani telah membuat lawatan rasmi ke 18 negara, termasuk juga 47 wilayah (prefectures) di Jepun. Maharaja Akihito dan Maharani Michiko mempunyai tiga anak: Putera Mahkota Naruhito (lahir23 Februari 1960), Puteri Akishino (Fumihito, lahir 11 November 1965) dan Puteri Sayako (gelaran, Nori no miya, atau Puteri Nori, lahir 18 April 1969). Era pemerintahan Akihito digelar era "Heisei".
[Sunting] Lihat juga
- Maharaja Jepun
[Sunting] Pautan luar
- http://www.geocities.com/jtaliaferro.geo/imphous.html
- http://vikingphoenix.com/public/rongstad/bio-obit/bioakhto.htm
Didahului oleh: Shōwa |
Maharaja Jepun 1989-Kini |
Diikuti oleh: Putera Mahkota Naruhito |