Hirohito
Dari Wikipedia bahasa Melayu
![]() |
|
Nama Jepun | Hirohito (裕仁) |
Nama semasa kanak-kanak |
Michi no miya |
Tempoh pemerintahan | 1926 – 1989 |
Nama era | Shōwa (昭和) |
Tempoh era | 1926 – 1989 |
Nama selepas kemangkatan | Maharaja Shōwa (昭和天皇) |
Selepas kemangkatan, baginda dinamakan semula oleh Kabinet (sila lihat "nama selepas kematian"). Gelarannya "Maharaja Shōwa". |
Hirohito (bahasa Jepun: 裕仁 ; 29 April 1901 – 7 Januari 1989) ialah Maharaja Jepun ke-124, menurut susunan pewarisan tradisi, yang memerintah dari tahun 1926 hingga tahun 1989. Sejak kemangkatannya, baginda telah digelarkan sebagai Maharaja Shōwa (昭和天皇 Shōwa Tennō?) di Jepun, nama selepas kemangkatan yang diberinya atas arahan Kabinet Jepun bertarikh 13 Januari 1989. Walaupun baginda dirujuk secara meluas sebagai Hirohito atau Maharaja Hirohito di luar Jepun, bekas-bekas maharaja hanya dirujuk dengan nama-nama selepas kemangkatan di Jepun. Tempoh pemerintahan baginda merupakan tempoh yang paling lama dalam sejarah Jepun, dan baginda telah menyelia banyak perubahan yang penting dalam masyarakat Jepun.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Kehidupan awal
Dilahirkan di Istana Aoyama di Tokyo, Hirohito ialah putera sulung Putera Mahkota Yoshihito dan Puteri Mahkota Sadako ketika itu. Gelaran masa kanak-kanaknya Putera Michi (迪宮 Michi no miya?). Beliau menjadi bakal raja ketika kemangkatan datuknya, Maharaja Meiji, pada 30 Julai 1912. Istiadat permasyhuran sebagai Putera Mahkota diadakan pada 2 November, 1916.
Hirohito menyertai bahagian lelaki Sekolah Bangsawan Gakushuin dari tahun 1908 hingga tahun 1914, dan kemudiannya menyertai sebuah institut khas untuk Putera Mahkota (Tōgū-gogakumonsho) dari tahun 1914 hingga tahun 1921. Beliau mengambil alih tanggungjawab ayahnya yang uzur sebagai pemangku raja Jepun pada 29 November 1921. Pada tahun 1921, Putera Pemangku Raja Hirohito pergi melancong selama enam bulan di Eropah, termasuk United Kingdom, Perancis, Itali, Bandaraya Vatican, Belanda, dan Belgium. Dengan lawatan itu, beliau menjadi putera makhota Jepun yang pertama untuk ke luar negeri.
[Sunting] Keluarga diraja
Hirohito berkahwin dengan saudara sepupu jauhnya, Puteri Nagako, anak perempuan sulung kepada Putera Kuni Kuniyoshi, pada 26 Januari 1924. Mereka dikurniai dengan tujuh orang putera-puteri:
- Puteri Teru (Teru no miya Shigeko; 9 Disember 1925 - 23 Julai 1961): Berkahwin pada 10 Oktober 1943 dengan Putera Morihiro (6 Mei, 1916 - 1 Februari 1969), anak lelaki sulung kepada Putera Higashikuni Naruhiko dan isterinya, Puteri Toshiko, anak perempuan kelapan kepada Maharaja Meiji; hilang status mereka sebagai ahli-ahli keluarga raja pada 14 Oktober 1947.
- Puteri Hisa (Hisa no miya Sachiko; 10 September 1927 - 8 Mac 1928).
- Puteri Taka (Taka no miya Kazuko; 30 September 1929 - 26 Mei 1989): Berkahwin pada 5 Mei 1950 dengan Toshimichi Takatsukasa (26 Ogos 1923 - 27 Januari 1966) yang merupakan anak lelaki sulung kepada Nobusuke Takatsukasa [bangsawan].
- Puteri Yori (Yori no miya Atsuko; lahir 7 Mac 1931; Berkahwin pada 10 Oktober 1952 dengan Takamasa Ikeda (lahir 21 Oktober 1927) yang merupakan anak lelaki sulung kepada bekas Marquis Nobumasa Ikeda.
- Putera Mahkota Akihito (kini Maharaja); lahir 23 Disember 1933): Berkahwin pada 10 April 1959 dengan Michiko Shoda (lahir 20 Oktober, 1934) yang merupakan anak perempuan sulung kepada Hidesaburo Shoda, bekas presiden dan pengerusi Syarikat Kilang Tepung Nisshin.
- Putera Hitachi (Hitachi no miya Masahito; lahir 28 November 1935): Berkahwin pada 30 Oktober, 1964 dengan Hanako Tsugaru (lahir 19 Julai 1940) yang merupakan anak perempuan keempat kepada bekas Count Yoshitaka Tsugaru.
- Puteri Suga (Suga no miya Takako); lahir 2 Mac 1939): Berkahwin pada 3 Mac 1960 dengan Hisanaga Shimazu, anak lelaki bekas Count Hisanori Shimazu.
[Sunting] Naik takhta
Pada 25 Disember 1926 ketika kemangkatan ayahnya Yoshihito, Hirohito naik takhta dan mengisytiharkan sebuah era baru, Shōwa (Keamanan Berihsan). Beliau dimahkotai sebagai maharaja pada 10 November 1928 di Kyoto. Hirohito ialah raja pertama Jepun sejak beberapa ratus tahun yang mempunyai ibu kandung yang merupakan isteri rasmi pendahulunya.
[Sunting] Pautan luar
- Maharaja Hirohito @ sebuah ensiklopedia perkara remeh Jepun (dengan pautan dalam pelbagai bahasa)
- Kunaicho | Maharaja Showa
Didahului oleh: Taishō |
Maharaja Jepun 1926-1989 |
Diikuti oleh: Akihito |