Bahai
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Agama Bahá'í ialah sebuah agama monoteisme (iaitu percaya bahawa Tuhan itu tunggal) yang mengikuti ajaran pengasas mereka, Bahá'u'lláh. Ia merupakan salah satu dari beberapa ugama yang cuba menggabungkan beberapa ugama yang berlainan menjadi satu ugama.
Agama Bahá'í adalah agama dunia termuda. Pendirinya, Bahá'u'lláh (1817 - 1892) menganggap bahawa setiap agama agung disampaikan oleh Pesuruh Allah—seperti Musa, Krishna, Buddha, Zarathustra, Yesus, Muhammad, dan terkini sekali adalah Báb—mewakili bahagian-bahagian dalam perkembangan kerohanian ketamadunan. Mereka percaya bahawa Bahá'u'lláh adalah Pesuruh terkini dalam turutan, dan membawa ajaran yang menangani cabaran moral dan kerohanian dunia moden. Oleh kerana itu, walaupun Ajaran Bahá'í tidak digolongkan kedalam agama Ibrahim, ia mengakui kebanyakan tokoh agung yang sama.
Amanat utama pesan Bahá'u'lláh (Kekudusan Tuhan) ialah bahawa umat manusia terdiri dari satu bangsa sahaja dan bahawa pada suatu hari mereka harus bersatu. Beliau pernah berkata: "Dunia hanya terdiri dari satu negara, di mana semua orang adalah warganya".
Agama Bahá'í berbeza dari agama Islam Shi'a, tetapi muncul dari agama ini, seperti agama Kristian muncul dari agama Yahudi dan agama Buddha dari agama Hindu.
Di seluruh dunia ada sekitar 6 juta penganut Bahá'í. Markas utama agama ini berada di Haifa, Israel.