Chaah
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Chaah adalah pekan paling selatan dalam daerah Segamat, Johor. Majoriti penduduk disini ialah kaum Cina selebihnya adalah Melayu dan India. Bidang pertanian merupakan bidang utama disini selain berniaga kecil-kecilan dan sebagainya.
Lebih Kurang 5 kilometer dari Pekan Chaah, terdapat sebuah kampung dikenali sebagai Desa Temu Jodoh. Kampung ini mendapat namanya seawal tahun 1970-an apabila bilangan pasangan yang bertemu jodoh dan berkahwin disini merupakan bilangan terbesar pada masa itu dan bukan hanya di kampung ini tetapi juga di Malaysia.