Segamat
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Segamat merupakan daerah paling utara yang terletak di negeri Johor. Ia bersempadan dengan dua negeri lain iaitu Negeri Sembilan di barat dan Pahang di utara.
Keluasan Segamat ialah 2,825.4 km2. Nama Segamat dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Melayu berikut - Segar-Amat. (Lihat pautan luar - Sejarah Segamat).
Terletak di antara Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura, Segamat merupakan daerah dimana sektor pertanian berkembang dengan pesat seperti kelapa sawit dan getah yang kebanyakannya ditanam di estet-estet dan di tanah rancangan FELDA serta FELCRA. Segamat terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian. Sebagai tarikan pelancong, slogan baru telah diperkenalkan iaitu 'Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan'.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Mukim
Daerah Segamat dibahagikan kepada 11 mukim. Setiap mukim ditadbir oleh Penghulu atau Ketua Kampung mewakili Pegawai Daerah untuk tugas harian. Mukim-mukim di Segamat adalah seperti berikut:-
- Mukim Sungai Segamat – penempatan berdekatan bandar dengan lebih separuh penduduk
- Mukim Gemereh – Mukim terkecil di Segamat
- Mukim Bekok – Mukim terbesar di Segamat
- Mukim Jabi
- Mukim Sermin
- Mukim Buloh Kasap
- Mukim Jementah
- Mukim Pogoh
- Mukim Labis
- Mukim Chaah
- Mukim Gemas
Mukim Sungai Segamat merupakan penempatan yang padat kerana kebanyakan penempatan dibina berdekatan bandar. Populasi penduduk yang padat di Segamat adalah di Mukim Gemereh diikuti Mukim Sungai Segamat dengan lebih 200 penduduk per km2. Mukim Bekok merupakan mukim paling sedikit penduduk dengan 50 penduduk per km2.
Daerah Segamat dibahagikan kepada 2 daerah pentadbiran iaitu Majlis Daerah Segamat (di pusat bandar segamat sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat Utara) dan Majlis Daerah Labis di pekan Labis dahulu dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat Selatan.
[Sunting] Bandar Segamat
Pembangunan bandar Segamat agak sederhana namun begitu, di samping banyak bangunan perniagaan baru dibina (kebanyakannya di Bandar Seberang) tetapi bandar ini tetap mengekalkan bangunan-bangunan lama dan masih baik.
Jambatan lama dan jambatan kedua Segamat (jambatan baru) menghubungkan Bandar Atas dengan Bandar Seberang. Jambatan kedua ini telah dibina pada tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2005. Setelah terbinanya jambatan kedua di Segamat, kesesakan lalu lintas dapat diatasi.
Bandar Segamat juga merupakan bandar ke-5 terbesar di negeri Johor dengan populasi melebihi 80,000 penduduk. Bandar Segamat dibahagikan kepada 2 bandar kerana dipisahkan oleh Sungai Segamat:-
- Bandar Atas – Pusat Bandar Segamat. Bandar rasmi dan pusat pentadbiran Segamat.
- Bandar Seberang – Terletak diseberang Sungai Segamat. Dipanggil bandar seberang oleh penduduk tempatan kerana lokasinya terletak di seberang sungai Segamat. Disini juga banyak didirikan pusat membeli-belah utama di Segamat.
Kawasan berdekatan bandar Segamat juga tidak terkecuali bukan hanya bandar baru tetapi termasuk juga pekan-pekan kecil antaranya ialah Pekan Jabi, Bukit Siput, Segamat Baru dan Bandar Putra Segamat. Ini menjadikan keseluruhan penduduk di sekitar bandar dianggarkan kira-kira 100,000 orang penduduk.
[Sunting] Tempat menarik
- Dataran Segamat - Dataran Segamat telah dibina pada tahun 1996 sebagai tempat utama berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Johor. Sebelum diubahsuai dan diberi nama sebagai Dataran Segamat, tempat ini dahulunya dikenali sebagai Padang Besar Segamat. Pada tahun 2005, Segamat sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri. Pengubahsuaian dilakukan, tidak hanya menara jam malah replika durian juga di letakkan bersebelahan sebagai tarikan dan mercu tanda utama bandar Segamat.
- Taman Bunga Batu Hampar (Rock Garden) – Taman Bunga Batu Hampar adalah satu-satunya taman rekreasi di tengah bandar Segamat. Di sini juga menempatkan kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat dan Istana Hinggap khas untuk kerabat diraja Johor.
- Makam Bendahara Tepok – Makam Bendahara terakhir Kesultanan Melayu Melaka terletak di Kampung Lubuk Batu, kira-kira 2 kilometer dari Pusat Bandar Segamat melalui jalan raya persekutuan.
[Sunting] Pekan-pekan di Segamat
- Labis
- Jementah
- Buloh Kasap
- Chaah
- Bekok
- Batu Enam
- Jagoh
- Pekan Air Panas
- Gemas Baharu
- Sungai Karas
[Sunting] Pendidikan
[Sunting] Sekolah rendah dan menengah
Segamat juga tidak terkecuali dalam melahirkan masyarakat berilmu bukan saja di negeri ini tetapi juga di Malaysia. Sehubungan itu, sekolah-sekolah telah banyak dibuka. Antara sekolah terawal ialah Sekolah Tinggi Segamat. Berikut juga adalah antara senarai nama-nama sekolah di daerah Segamat:-
- Sekolah Tinggi Segamat
- SMK Dato' Bentara Dalam
- SMK Paduka Tuan
- SMJK(C) Seg Hwa
- SMK Agama Segamat (berasrama)
- SM Teknik Segamat (berasrama)
- SMK Jementah
- SMK Labis
- SMK (P) Canossian Convent
- SMK Tenang Stesyen
- SMK Batu Anam
- SMK Buloh Kasap
- SMK Gemereh
- SK Dato' Wan Idris
- SK Kampung Jawa
- SK LKTP Medoi
- SRJK(C) Li Chi
- SK Cannossian Convent
- SRJK(C) Seg Hwa
- SK Gemereh
- SK Labis
[Sunting] Institusi pengajian tinggi
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Johor telah dibina pada penghujung tahun 1980-an di Jementah dan telah memulakan oerasinya pada tahun 1991. Pembinaan kampus ini telah menjadikan Segamat pusat pendidikan terpenting di Johor selain dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor Bahru.
- Kolej Tunku Abdul Rahman.
Kampus Kolej Tunku Abdul Rahman cawangan Johor telah dibina pada penghujung tahun 1990-an di selatan bandar Segamat dan telah memulakan oerasinya pada tahun 1998.
[Sunting] Pautan luar
- Sejarah Segamat
- Segamat di halaman utama Wikipedia versi Inggeris
- Peta-peta berkaitan dengan Segamat
- Gambar-gambar lokasi di Segamat
- Kolej Tunku Abdul Rahman (Kampus Cawangan Johor)
- Kawasan Maklumat Banjir (Dec 2006)
Johor Darul Takzim | ||
---|---|---|
Daerah: Batu Pahat | Johor Bahru | Kluang | Kota Tinggi | Mersing | Muar | Pontian | Segamat | ||
Bandar raya: Johor Bahru | ||
Bandar: Ayer Hitam | Air Papan | Bakri | Bandar Baru UDA | Bandar Dato' Onn | Bandar Nusajaya | Bandar Penawar | Bandar Tenggara | Batu Enam | Batu Pahat | Bekok | Benut | Bukit Gambir | Bukit Kangkar | Bukit Kepong | Bukit Naning | Bukit Pasir | Buloh Kasap | Chaah | Desaru | Endau | Gelang Patah | Gemas Baharu | Jagoh | Jemaluang | Jementah | Johor Lama | Kahang | Kelapa Sawit | Kempas | Kluang | Kong Kong | Kota Tinggi | Kulai | Kukup | Labis | Layang-Layang | Lenga | Lima Kedai | Lombong | Machap | Masai | Mengkibol | Mersing | Muar | Pagoh | Paloh | Parit Bakar | Parit Jawa | Parit Raja | Parit Sulong | Parit Yaani | Panchor | Pasir Gudang | Pasir Pelangi | Pendas | Pekan Air Panas | Pekan Nanas | Pengerang | Permas Jaya | Plentong | Pontian Kechil | Renggam | Rengit | Sagil | Saleng | Sedenak | Sedili | Segamat | Semerah | Senai | Senggarang | Simpang Renggam | Skudai | Sri Medan | Stulang | Sungai Balang | Sungai Mati | Sungai Rengit | Taman Universiti | Tampoi | Tangkak | Tanjung Balau | Tanjung Kupang | Tanjung Leman | Tanjung Langsat | Tanjung Piai | Tanjung Pelepas | Tanjung Pengelih | Teluk Mahkota | Teluk Ramunia | Tenggaroh | Tongkang Pechah | Ulu Tiram | Yong Peng | ||
Pulau: Pulau Aur | Pulau Batu Puteh | Pulau Besar | Pulau Pemanggil | Pulau Rawa | Pulau Sibu | Pulau Tinggi |