Dewan Rakyat Malaysia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Malaysia |
![]() Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
[Sunting] Pengenalan
Dewan Rakyat mempunyai seramai 219 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
[Sunting] Kelayakan
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut;
- warga negara Malaysia
- tidak kurang dari 21 tahun
- waras fikiran
- bukan seorang muflis
- tidak mempunyai rekod jenayah
Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.