Dukun
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Dukun merujuk kepada ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu dahulu kala. Dukun mengubat berdasarkan kepercayaan kepada kekuasaan roh dari alam sekeliling, yang merupakan satu cara hidup sebelum ajaran Islam berkembang di nusantara. Dukun merupakan orang yang sangat dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kerana beliau saja yang dianggap boleh berhubung dengan roh atau kuasa ghaib.
Ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu turut dikenali sebagai bomoh atau pawang.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |