Pawang
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pawang merujuk kepada ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu dahulu kala. Pawang mengubat berdasarkan kepada penggunaan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sekiranya sesuatu penyakit gagal disembuhkan, pawang akan berpaling kepada kepercayaan kepada kekuasaan roh dari alam sekeliling, yang merupakan satu cara hidup sebelum ajaran Islam berkembang di nusantara bagi mengubat pesakit.
Pawang merupakan orang yang sangat dipercayai boleh menyembuhkan berbagai-bagai penyakit kerana beliau saja yang dianggap boleh berhubung dengan roh atau kuasa ghaib.
Ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu turut dikenali sebagai dukun atau bomoh.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |