Dusun Tua
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Dusun Tua ialah sebuah perkampungan Melayu yang paling tua, terletak di mukim Hulu Langat, Selangor. Perkampungan ini dikenali ramai kerana adanya pusat latihan belia di sana. Belia-belia dan IKBN Dusun Tua mengambil bahagian dalam perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos setiap tahun.
[Sunting] Asal nama
Dusun Tua bermaksud kebun buah-buahan yang telah lama ditanam. Memang Dusun Tua membekalkan banyak buah-buahan yang berkualiti terutama sekali durian , rambutan dan langsat.
[Sunting] Panduan jalan
Jika anda dari Kuala Lumpur menuju ke Kajang, selepas Plaza Phoenix , anda perlu membelok ke sebelah kiri di Batu 9. Teruskan perjalanan ke arah Sungai Congkak. Anda akan temui Batu 14 dan Pusat Latihan Belia Negara (IKBN) sebelum berjumpa Batu 18. Selepas itu anda akan berjunpa dengan Kampung Dusun Tua . Jika anda teruskan perjalanan, anda akan terus ke Air terjun Sungai Congkak dan Ponsun.
[Sunting] Keistimewaan
Istimewanya Dusun Tua ialah adanya :
- Pusat Latihan Belia Dusun Tua ( IKBN )
- Kolam Air Panas Dusun Tua
- Air Terjun Sungai Congkak
- Buah-buahan yang enak dan lazat terutama sekali durian.
Di Batu 14, ada simpang menuju ke Ampang dan ke Kuala Lumpur. Jadi jika anda menghadapi kesesakan jalan raya di Plaza Phonnix, bolehlah anda mengambil jalan pintas ini. Anda akan jumpa kawasan bukit yang berbelok-belok dan mungkin juga ada kabus pada waktu subuh.