Kuala Lumpur
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kuala Lumpur كوالا لومڤور |
|||
|
|||
Nama ringkas: "KL" | |||
Moto: 'Maju dan makmur' | |||
Lokasi dalam Malaysia | |||
Koordinat: 3° 8′00″N, 101° 42′00″E | |||
---|---|---|---|
Negara | Malaysia | ||
Negeri | Wilayah Persekutuan | ||
Penubuhan | 1857 | ||
Taraf bandar raya | 1974 | ||
Datuk Bandar | Abdul Hakim Borhan Dari 14 Disember 2006 |
||
Keluasan | |||
Bandar | 243.65 km² (95.18 b²) | ||
Ketinggian | 21.95 m (72 kaki) | ||
Penduduk | |||
Bandar (2004) | 1,479,388 | ||
Kepadatan | 6074/km² (15,543/b²) | ||
Kaw. metropolitan | 6,527,057 (2006) [1] | ||
Lain-lain | |||
Zon masa | MST (UTC+8) | ||
- Musim panas (DST) | MST (UTC+8) | ||
|
|||
Laman web: http://www.dbkl.gov.my/ |
Kuala Lumpur (Jawi: كوالا لومڤور) (KL) atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan kehakiman di Malaysia. Kuala Lumpur pernah memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Dengan penubuhan Putrajaya pada akhir 1990-an, pusat pentadbiran (eksekutif) telah dipindahkan ke ibu negara baru Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kuala Lumpur terletak di pertengahan pantai barat Semenanjung Malaysia. Di Malaysia, Kuala Lumpur umumnya dikenali sebagai KL.
Wilayah Persekutuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri melalui Kementerian Wilayah Persekutuan. Selain daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya, terdapat satu lagi Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Labuan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Lumpur dan sekitarnya.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Kuala Lumpur Kuala Lumpur pada mulanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor, telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972.
Pembangunan Kuala Lumpur boleh dikatakan sebahagian daripada rentetan sejarah lampau Kuala Lumpur setelah ditemui oleh pelombong bijih timah berbangsa Bugis, Raja Abdullah. Hasil perut bumi yang ditemui di Sungai Gombak dan Klang telah mengundang Kapitan Cina, Yap Ah Loy untuk meneroka kekayaan Kuala Lumpur. Aktiviti perlombongan menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi Kuala Lumpur.
Migrasi pelombong cina dan juga India sebagai pekerja ladang akhirnya mewujudkan 3 bangsa utama di negara ini. Kepelbagaian kaum yang wujud sejak generasi ke generasi ini menjadi kesinambungan citrawarna budaya yang unik lagi menarik hingga ke hari ini.
Aktiviti perlombongan ini menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur.Hasil daripada perkembangan ekonomi telah menukar wajah Kuala Lumpur daripada rumah beratap rumbia kepada bangunan moden seperti Bangunan Sultan Andul Samad dan Keretapi Tanah Melayu, Masjid Negara, Muzium Negara, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terbahagi kepada 11 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.
[Sunting] Politik
Untuk rencana lanjutan, lihat Politik di Kuala Lumpur
Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur akhirnya diikhtiraf sebagai Wilayah Persekutuan Malaysia yang pertama.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan kehakiman di Malaysia. Manakala pusat pentadbiran (eksekutif) telah dipindahkan ke ibu negara baru Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.
[Sunting] Geografi
Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merangkumi kawasan seluas 243.65 km2 dan terbahagi kepada 3 daerah :
Dari segi Geografi, kedudukan sebenarnya adalah 3°08Utara, 101°42 Timur. Kuala Lumpur dahulunya merupakan sebahagian dari negeri Selangor. Dijadikan Wilayah Persekutuan sejak tahun 1972 dan diasingkan daripada negeri Selangor.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga boleh dibahagikan secara politik kepada 11 kawasan parlimen :-
- Bandar Tun Razak
- Batu
- Bukit Bintang
- Cheras
- Kepong
- Lembah Pantai
- Segambut
- Seputeh
- Setiawangsa
- Titiwangsa
- Wangsa Maju
[Sunting] Ekonomi
Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Kuala Lumpur
[Sunting] Demografi
Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Kuala Lumpur
[Sunting] Seni dan Kebudayaan
Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Kuala Lumpur Kuala Lumpur, ibu negara yang pelbagai budaya, merupakan pusat acara dan kegiatan kebudayaan. Antara pusat-pusat budaya terpenting ialah Muzium Negara yang terletak di sepanjang Lebuhraya Mahameru. Muzium Negara menawarkan pelbagai jenis koleksi seperti artifek dan lukisan yang dikumpul dari seluruh pelosok negara. Muzium ini melambangkan kekayaan warisan dan sejarah kebudayaan negara.
Satu lagi tempat penghargaan seni ialah Dewan Filharmonik Kuala Lumpur. Dewan konsert klasik ini menampilkan pentas berbentuk kotak kasut yang dilengkapi kemudahan terkini serta rekabentuk canggih dan tempat duduk yang selesa. Dewan ini dijadikan ibu pejabat Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) yang menampilkan barisan pemuzik antarabangsa yang mengagumkan, mempersembahkan konsert semasa, konsert chamber dan persembahan tradisi kebudayaan.
Satu lagi kebanggaan Malaysia, Istana Budaya merupakan salah satu daripada sepuluh tempat teater paling tercanggih di dunia. Teater ini merupakan yang pertam di Asia yang memasang kelengkapan canggih yang setanding dengan Royal Albert Hall di London. Apabila bersiar dalam dewan, pengunjung dapat menikmati warisan budaya Malaysia. Bangunan teater dihiasi dengan ukiran kayu berbentuk bunga dan daun serta marmar Langkawi. Galeri Seni Petronas, pusat pameran seni halus yang elegan dari seluruh dunia, terletak di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Platform Ruangan Eksperimental (Experimental Space) dalam galeri tersebut bertujuan meningkatkan inovasi dan eksperimentasi seni. Galeri Seni Negara juga menjadi landasan menunjukkan koleksi seni yang menonjol dan untuk menyemai kesedaran seni di kalangan masyarakat.
Pentas Seni KL (the Kuala Lumpur Performing Arts Centre, KLPac) di Sentul West juga adalah pusat penting untuk seni persembahan, khususnya teater dan muzik (pusat ini juga membolehkan perembahan filem). Pusat ini menempatkan terbitan tempatan yang mengagumkan dan sekian lama menjadi penyokong utama seniman persembahan bebas dari temaptan dan serantau. Antara acara-acara utamanya ialah pesta muzik KL Sing Song 2006 yang menampilkan penyanyi-penggubah Malaysia dari pelbagai latar kebudayaan, dari Semenanjung dan Malaysia Timur, melalui dua hari persembahan dan bengkel mengasah bakat. Pesta ini adalah sebuah acara penting dalam KL Festival pertama pada tahun 2006.
[Sunting] Galeri
[Sunting] Lihat juga
[Sunting] Pautan luar
- Laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Koleksi peta-peta berkaitan dengan Kuala Lumpur
- Kuala Lumpur Travel Guide - Laman web tentang tempat pelancongan yang menarik di Kuala Lumpur.
![]() |
||
---|---|---|
Negeri | Johor • Kedah • Kelantan • Melaka • Negeri Sembilan • Pahang • Perak • Perlis • Pulau Pinang • Sabah • Sarawak • Selangor • Terengganu | ![]() |
Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur • Labuan • Putrajaya |
|
![]() |
---|---|
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Wilayah Persekutuan Labuan | Wilayah Persekutuan Putrajaya |
|
![]() |
---|---|
Daerah: Bandar Tun Razak | Batu | Bukit Bintang | Cheras | Kepong | Lembah Pantai | Segambut | Seputeh | Setiawangsa | Titiwangsa | Wangsa Maju |
|
Kawasan: Bandar Manjalara | Bandar Sri Pemaisuri | Bandar Tasik Selatan | Bangsar | Brickfields | Bukit Damansara | Bukit Jalil | Bukit Kiara | Bukit Nanas | Bukit Petaling | Bukit Tunku | Chow Kit | Pusat Bandar Damansara | Dang Wangi | Imbi | Jalan Duta | Jinjang | Kampung Baru | Kampung Datuk Keramat | Kuchai Lama | Kerinchi | Maluri | Medan Tuanku | Miharja | Mont Kiara | Pudu | Puncak Jalil | Salak Selatan | Semarak | Setapak | Sentul | Shamelin | Sri Hartamas | Sri Petaling | Sungai Besi | Taman Desa | Taman OUG | Taman Melawati | Taman Tun Dr Ismail | Taman U-Thant |
Alor Star •
George Town •
Ipoh •
Johor Bahru •
Kota Kinabalu •
Kuala Lumpur •
Kuching •
Melaka •
Miri •
Petaling Jaya •
Shah Alam