Wikipedia:Elakkan pengucapan menunjuk-nunjuk
Dari Wikipedia bahasa Melayu
|
|
Pengucapan menunjuk-nunjuk(bahasa Inggeris: Peacock term)merujuk kepada ucapan-ucapan bermaksud memuji-puji sesuatu, ataupun membesar-besarkan sesuatu. Pengucapan seperti ini mungkin dapat menarik perhatian pembaca terhadap sesuatu pernyataan, tetapi ia tidak pernah memberi informasi yang berguna kepada pembaca. Oleh itu, ahli Wikipedia seharusnya mengelakkan diri daripada pengucapan menunjuk-nunjuk.
Antara pengucapan yang boleh dianggap sebagai pengucapan menunjuk-tunjuk adalah seperti berikut:
- "...antara yang terbaik"
- "...yang paling berpengaruh"
- "...adalah perkara yang tidak harus diabaikan"
- "...yang paling hebat"
- "...mengagumi ramai"
- "...teknologi canggih"
"Kehebatan" atau "kepentingan" adalah sesuatu yang subjektif. Biarlah fakta sendiri yang berucap dan anda tidak perlu memberi penekanan yang berlebihan kepada sesuatu perkara. Sekirannya anda asyik memasukkan pelbagai pemujian ke dalam rencana anda, maka rencana akan menjadi sebuah rencana yang lemah.
[Sunting] Contoh
Cuba bandingkan dua potong tulisan di bawah. Pada pendapat anda yang manakah yang lebih menarik?
- Tun Dr Mahathir bin Mohammad (dilahirkan pada 10 Julai, 1925; juga digelarkan sebagai "Dr. M") adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat. Beliau adalah ahli politik yang paling berpengaruh dalam sejarah Malaysia dan merupakan seorang negarawan yang disanjung tinggi oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
- Tun Dr Mahathir bin Mohammad (dilahirkan pada 10 Julai, 1925; juga digelarkan sebagai "Dr. M") adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai, 1981 sehingga 31 Oktober, 2003, beliau menjuruterakan modenasisi yang pantas sekali dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.Pencapaian terutamanya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walaubagaimana-pun, beliau sentiasa dikritikkan atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan yang bersifat kronisma.
Potongan tulisan pertama memberitahu pembaca bahawa Tun Dr Mahitir bin Mohammad seorang tokoh yang penting. Tetapi Potongan tulisan yang kedua memberitau pembaca mengapa beliau itu penting. Daripada itu cuba yakinkan pembaca dengan bukti, dan bukan dengan pujukan.
[Sunting] Wikipedia Bukan Tempat untuk pengiklanan
Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia. Ia bukanlah tempat pengiklanan dan tidak berfungsi untuk mempromosikan kepentingan individu selain daripada mempromosikan ilmu pengetahuan. Sebarang rencana yang telah dikenalpasti sebagai "iklan" tidak akan bertahan lama di Wikipedia dan kemungkinan disunting oleh pengguna lain.