Wikipedia:Polisi dan garis panduan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Adapun komuniti Wikipedia, telah membentuk satu set polisi dan garis panduan dan petunjuk kepada para pesertanya bagi mencapai matlamat mereka yang satu, iaitu:
- Matlamat kita bersama wikipedia adalah untuk membentuk sebuah ensiklopedia bebas, malahan menjadikannya sebuah ensiklopedia yang terbesar dalam sejarah; terbesar dari segi saiz mahupun dari segi kedalaman isi. Serentak dengan itu, kita juga mahu menjadikannya sebuah sumber rujukan yang boleh diharap.
Maka polisi dan garis panduan ini adalah sesuatu yang dapat membantu kita untuk mencapai matlamat ini. Demi kejayaan wikipedia, "polisi dan garis panduan" ini haruslah dihormati dan sebaik-baiknya dituruti. Tetapi walaubagaimana pun, polisi dan garis panduan ini bukanlah sesuatu yang rigid dan boleh berubah untuk tujuan kebaikan, menerusi cara musyawarah dalam komuniti wikipedia.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Polisi Dasar
Anda tidak perlu membaca semua polisi Wikipedia sebelum mula menyumbang! Bagaimanapun, polisi berikut adalah yang paling mustahak. Pengguna wikipedia sebaik-baiknya memahami polisi yang berikut demi perkembangan wikipedia yang lebih sihat.
- Jauhi berat sebelah. Rencana perlu ditulis dari sudut pandangan berkecuali, yang bererti rencana patut mewakili pandangan dari sudut berbeza secara adil dan bersimpati.
- Jangan melanggar hakcipta. Wikipedia merupakan ensiklopedia bebas dilesenkan di bawah syarat Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Menghantar kerja tanpa kebenaran pemegang hakcipta mengancam objektif kami untuk membina ensiklopedia bebas yang boleh disebarkan secara bebas, dan boleh mengakibatkan masalah undang-undang kepada projek. Lihat Hakcipta Wikipedia untuk maklumat lanjut.
- Wikipedia merupakan ensiklopedia. Tapak ini khusus untuk perkembangan ensiklopedia. Secara khusus, perbincangan di laman perbualan perlu kearah memperelok rencana. Lihat Wikipedia bukanlah.
- Hormati penyumbang lain. Penyumbang datang daripada pelbagai negara dan kebudayaan, dan mempunyai pandangan yang berbeza. Dengan menghormati mereka kita dapat bekerjasama dengan efektif dalam membina ensiklopedia. Untuk garis panduan, lihat etika Wikipedia.
- Ikuti kebiasaan. Dengan mengikuti kebiasaan kita dapat menghasilkan ensiklopedia yang konsisten dan mudah digunakan:
- Polisi menyunting (Bagaimana menyunting rencana)
- Kebiasaan memberi nama (Bagaimana memberi tajuk rencana)
- Nyahkekaburan (Bagaimana menyelesaikan masalah tajuk)
- Polisi penggunaan imej (Menangani pindah hantar)
- Polisi memadam (Bila dan bagaimana memadam)
- Polisi perlindungan (Bila dan kenapa melindungi sesuatu laman)
- Polisi sekatan (Bila dan mengapa menyekat pengguna)
- Polisi lanjutan (Bila polisi atau garis panduan tempatan tidak wujud, maka polisi dan garis panduan Wikipedia Inggeris, tertakluk kepada beberapa penghadan, boleh dirujuk)
Untuk polisi menggunakan ciri terhad, lihat Penyelia.
Lihat juga faux pas Wikipedia paling biasa untuk maklumat berguna bagi pendatang baru.
[Sunting] Bagaimana polisi ini dikuatkuasakan?
Anda merupakan penyunting Wikipedia. Wikipedia tiada editor-in-chief atau pusat, mekanisma atas-kebawah di mana kemajuan hari ke hari pada ensiklopedia dipantau dan diluluskan. Sebaliknya, peserta aktif memantau Perubahan terkini dan membuat suntingan salinan dan pembetulan kepada kandungan dan masalah format yang mereka lihat. Jadi peserta merupakan penulis dan penyunting.
Dalam kes terlampau dan tertentu, Jimbo Wales telah bertindak untuk menegah pengguna yang terbukti amat merosakkan. Jimbo juga telah mengistiharkan sesetengan polisi sebagai, secara asasnya, polisi rasmi Wikipedia; lihat Wikien-l post dan kenyataan prinsip Jimbo.
[Sunting] Bagaimana polisi dibentuk
Polisi Wikipedia dibentuk kebanyakan oleh tabiat dan persetujuan. Oleh itu, kenyataan pada laman ini dan laman bersebelahan adalah pada asasnya untuk menerangkan kebiasaan komuniti yang terbentuk.
Isu masih dibentuk dan dipertikaikan di laman perbincangan, di Meta-Wikipedia, dan senarai menyurat Wikipedia-L.
Sesiapa yang berminat dengan polisi Wikipedia, berita, dan kehidupan sosial patut melanggan senarai menyurat.
Sesetengah pengguna sedang berusaha di Wikipedia:Proses Membuat Keputusan, dengan harapan ia akan digunakan untuk membentuk polisi yang dilaksanakan secara berterusan untuk projek, dan juga untuk proses yang digunakan untuk kefahamannya.
[Sunting] Garis Panduan
Garis panduan merupakan "penjelasan yang rapi mengenai apa yang harus anda lakukan". Sebagai lanjutan daripada polisi dasar di atas, komuniti wikipedia juga mengadaptasikan sejumlah garis panduan yang anda harus timbangkan untuk berakitivi di wikipedia. Garis panduan ini dibahagikan kepada beberapa kelompok seperti di bawah:
[Sunting] Garis Panduan Umum
- Menyumbang apa-apa yang anda tahu atau sanggup belajar mengenainya
- Berani dalam mengemaskini laman
- Membina web
- Menjauhi penggunaan bot
- Gunakanlah jalan pintas sebagai kemudahan tersedia untuk anda
[Sunting] Panduan kelakuan
- Anggaplah niat baik
- Tandatangani segala pesanan dalam halaman perbincangan
- Elakkan mencarut
- Jangan mencemuh secara peribadi (dan pindah perdebatan peribadi kepada surat elektronik "email")
- Log masuk sebelum membuat suntingan mengejut kepada rencana sedia ada
- Elakkan nama pengguna yang menjelikkan
- Jangan serang pengguna baru
- Jangan mencipta laman mengenai diri anda
- Bagaimana menukar laman balik asal
[Sunting] Panduan kandungan
- Gunakan bahasa piawai
- Jelaskan jargon
- Dirikan konteks (Elakkan daripada menanggap pengetahuan terlalu banyak pada pengguna lain)
- Definisi harus disertai dengan penjelasan
- Nyatakan sumber rujukan dan gunakan sumber yang sesuai
- Pembongkaran plot harus disertai amaran
- Menulis dengan mengambil kira kepentingan pembaca
- Sentiasa menyemak fakta
- Menutup tulisan anda dengan kesimpulan
- Letak pautan yang releven sahaja
- Pautan luar harus diberi penjelasan
- Jangan membesar-besarkan sesuatu perkara
- Elakkan pengucapan yang samar-samar
- Jangan menciplak rencana wikipedia Indonesia
- Jangan menciplak rencana Wikipedia Inggeris
[Sunting] Panduan gaya penulisan
- Manual gaya penulisan
- Garis panduan penulisan yang lebih baik
- Ambil perhatian terhadap ejaan anda
- Jangan masukkan salinan sumber asli
- Elakkan rencana anda menjadi rencana yatim
- Elakkan Penggunaan Perkataan Bahasa Asing Secara Berlebihan
- Elakkan maklumat yang cepat lapuk
- Sentiasa Mengisi Ruangan Ringkasan
- Elakkan penggunaan warna secara berlebihan
- Jangan wujudkan terlalu banyak tajuk kecil
- Gunakan ayat yang ringkas
- Kurangkan penggunaan tanda sengkang
- Elakkan pewujudan perenggan satu-ayat
- Jangan gunakan subhalaman