Empayar Sassanid
Dari Wikipedia bahasa Melayu
![]() |
---|
Sejarah Iran |
|
Zaman Moden
|
sunting |
Empayar Sassanid (Bahasa Parsi: ساسانیان) ialah nama yang digunakan untuk merujuk kepada Wangsa Iran yang ke empat dan Empayar Parsi kedua (226 - 651). Empayar ini diasaskan oleh Ardashir I selepas beliau mengalahkan raja Parthia terakhir, Artabanus IV. Sempadan empayar ini meliputi kawasan Iran, Iraq, Armenia, Afghanistan, Turki Timur, sebahagian dari Syria, Pakistan, Kaukasia, Asia Tengah, dan tanah Arab. Ketika zaman Khosrau II pula, empayar dikembangkan lagi sehingga ke Mesir, Jordan, Palestin dan Lebanon. Rakyat Sassanid pula menamakan empayar mereka Erānshahr ايرانشهر (Iranshæhr) yang bermaksud "Penguasaan Bangsa Iran (Arya)"[1]
Era Sassanid merupakan satu titik penting dalam sejarah Iran. Di zaman inilah tamadun dan kebudayaan Parsi mencapai kemuncaknya dan merupakan empayar Parsi terakhir sebelum pemelukan Islam oleh orang-orang Parsi. Tamadun Rom juga turut dipengaruhi tamadun Sassanid[2] dan empayar Rom menjalinkan hubungan yang erat dengan Sassanid dan ini terbukti dalam surat maharaja Rom kepada raja Parsi. Dalam surat itu, raja Parsi digelar saudaraku oleh maharaja Rom. Pengaruh Tamadun Sassanid juga mencecah hingga ke Eropah Barat[3], Afrika[4], China dan India[5] dan juga turut memainkan peranan yang penting dalam kesenian Zaman Pertengahan di Asia dan Eropah
Pengaruh tamadun Sassanid juga turut dibawa sehingga ke zaman awal Dunia Islam. Keunikan dan budaya aristokratik Sassanid diperkenalkan ke seluruh dunia Islam dan mencorak kebudayaan dan kesenian Islam.
[Sunting] Nota
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |