Parsi
Dari Wikipedia bahasa Melayu
- Rencana ini adalah mengenai suku Parsi, suku majoriti di Iran. Untuk maksud lain bagi Parsi sila ke Parsi (Nyahkekaburan).
Parsi |
---|
![]() ![]() ![]() ![]() Cyrus Agung . Ibnu Sina . Shah Reza . Ayatollah Khomeini |
Populasi |
c. 40-50 juta |
Tumpuan Suku |
Iran |
Bahasa |
Bahasa Parsi |
Agama |
Islam, Kristian, Bahai, Yahudi dan Zoroastrianisme |
Kelompok Etnik Terdekat |
Bangsa Iran |
Parsi adalah antara suku yang tergolong dalam Bangsa Iran, menggunakan Bahasa Parsi dan juga mempunyai persamaan dalam kebudayaan dengan Bangsa Iran yang lainnya. Ianya adalah suku majoriti di Iran dan minoriti di beberapa negara-negara lain seperti Afghanistan, Tajikistan, Uzbekistan, Amerika, Kuwait, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Iraq dan juga beberapa negara di Timur Tengah.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
- Lihat juga: Empayar Parsi dan Sejarah Iran
Etnik Parsi adalah keturunan Bangsa Arya yang berhijrah dari Asia Tengah ke Iran pada milenium kedua sebelum masihi (SM).[1][2] Bangsa Arya ini kemudiannya berpecah kepada dua menjadi bangsa Parsi dan bangsa Medes dan mereka berasimilasi dengan suku-suku tempatan seperti Elam.[3][4] Dari sini, lahirlah Bahasa Parsi dan bahasa-bahasa Iran lain. Sumber sejarah bertulis pertama mengenai orang Parsi ini ialah inskripsi Assyria (834 SM), dan di dalam inskripsi itu ada menyentuh tentang orang Parsua (Parsi) dan Muddai (Medes)[5][6] Ketika itu, orang Assyria menggunakan istilah 'Parsua' bagi merujuk kepada suku-suku di Penara Iran. Kemudiannya orang Yunani mengadaptasikan istilah ini bagi merujuk kepada tamadun-tamadun dari Iran. Ketika pemelukan Islam oleh orang Parsi, orang Arab menggelar mereka 'Fars' kerana abjad 'P' tidak terdapat dalam tulisan Arab.
Kawasan Parsi kemudiannya diperintah oleh beberapa kerajaan yang membentuk empayar-empayar yang kuat. Antara empayar-empayar ini adalah empayar Parsi seperti Achaemenid, Parthia , Sassanid, Buwayhid dan Samanid. Empayar-empayar lain yang pernah memerintah Parsi ialah Seleusid, Ummayyah, Abbasiyyah, Seljuk Turki, Afsharid dan Qajar.
[Sunting] Bahasa Parsi
- Rencana utama: Bahasa Parsi
Bahasa Parsi adalah antara bahasa yang tertua di dunia yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Ianya turut terkenal kerana tradisi sasteranya dan sasterawan-sasterawannya yang terkenal dan berbakat. Antaranya ialah Hafez, Ferdowsi, Khayyam, Attar, Saadi, Nezami, Roudaki dan juga Rumi. Bahasa ini tergolong dalam keluarga bahasa Indo-Eropah dan ianya merupakan bahasa rasmi di Iran, Tajikistan dan Afghanistan.
Bahasa Parsi turut mempengaruhi bahasa Melayu dari segi nama yang merupakan nama tempat Parsi purba, seperti Zal, Buzurjamir, Shahrezad, Johansyah (Johan Shah) dan Firmansyah. Selain itu beberapa perkataan Parsi lain turut diserap seperti arak, atar, bahlul, bait, serbat, dalal, dayus, dukan, gogah, hamam, inai, khanjar, kisa, komkoma, mamlakat, masnawi, maus, menara, nagara (nakora), panus, ratna (rakna), jahanam, topan (taufan), uktab, ujrat, dan waswas.
[Sunting] Agama
Tamadun Parsi telah memperkenalkan tiga agama utama iaitu Zoroastrianisme, Manichaeanisme, dan Bahá'í. Agama-agama lain termasuklah Mazdak dan Manichaenisme yang dimana kedua-dua agama ini secara tidak langsungnya mempengaruhi agama Kristian: Kedua-duanya berakar daripada agama Zoroastrianisme. Pada hari ini, ramai cendiakawan memperdebatkan tentang agama yang mana terbit dahulu, Zoroastrianisme atau Yahudi. Tetapi mereka telah bersetuju bahawa Zoroastrianisme datang dahulu kalau diambil daripada perspektif angelologi (teori malaikat), demonologi (teori syaitan) dan doktrin mengenai kiamat dan bencana alam.[7]
Pada hari ini, majoriti orang Parsi adalah beragama Islam Shia dan juga terdapat kumpulan minoriti beragama Islam Sunnah Waljamaah, Zoroastrianisme, Kristian, Yahudi dan Bahá'í. Terdapat juga Ateis dan Agnostik. Orang Parsi mula memeluk Islam ketika sekitar tahun 637 - 651. Ianya berkait rapat dengan penyebaran Islam ketika zaman Khulafa' Ar-Rashidin.
[Sunting] Lihat Juga
[Sunting] Rujukan
- ↑ http://wwwa.britannica.com/eb/article-230041?tocId=230041
- ↑ Bahman Firuzmandi "Mad, Hakhamanishi, Ashkani, Sasani" m/s. 20
- ↑ Iran. The Columbia Encyclopedia, Edisi ke enam. 2001-05
- ↑ Bahman Firuzmandi "Mad, Hakhamanishi, Ashkani, Sasani" m/s. 12-19
- ↑ Abdolhossein Zarinkoob "Ruzgaran : tarikh-i Iran az aghz ta saqut saltnat Pahlvi" m/s. 37
- ↑ Bahman Firuzmandi "Mad, Hakhamanishi, Ashkani, Sasani" m/s. 155
- ↑ JewishEncyclopedia.com - Zoroastrianisme