Gelihati
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Majalah Gelihati, juga sebuah majalah humor di Malaysia yang terbit pada tahun yang sama dengan Gila-Gila. Penerbitan majalah ini lewat sebulan dua dari Gila-Gila. Ia yang didokong oleh kartunis-kartunis lama seperti Ghafar Nin, Allahyarham MOJO, Kartekana, Dinie Jurie, Yusof Osman YO, Poe, Tok Perak, Gayour ramai lagi. Format penerbitannya adalah lebih kurang sama dengan majalah persaingnya. Penerbitan Gelihati juga dilihat sebagai persaingan yang sihat dan turut memberi peluang kepada kartunis-kartunis pelapis di mana lebih ramai kartunis-kartunis yang baru seperti Adeputera, Namron, Pink, Ribut dan lain-lain lagi.
Dengan kemunculan banyak lagi majalah humor yang seupama, Gelihati kemudiannya tidak lagi begitu dominan setelah hampir 2 dekad dalam penerbitannya. Syarikat penerbitannya memberikan fokus yang lebih utama kepada penerbitan berkala yang lain seperti Bacaria, Mingguan Wanita, Media Hiburan dan lain-lain. Pelukis-pelukis kartun yang berada dibawah bumbungnya masih aktif menjadi ilustrator kepada penerbitan-penebitan itu