Gunung Mayon
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Gunung Berapi Mayon ![]() |
|
---|---|
![]() Gunung Berapi Mayon pada 23 September 1984 |
|
Ketinggian | 2,463 meter (8,077 kaki) |
Lokasi | Albay, Filipina |
Koordinat | 13° 15′24″U, 123° 41′6″T |
Jenis | Stratovolkano |
Letupan terakhir | 2006 (berterusan) |
Gunung Mayon adalah sebuah gunung berapi yang terletak di daerah Albay, negeri Bicol, Filipina. Bentuk kon yang paling sempurna dianggap oleh kebanyakan orang lebih cantik daripada Gunung Fuji di Jepun. Malah hanya beberapa kilometer ke selatan gunung berkenaan adalah Kota Legazpi.
Mayon dikelaskan oleh pakar gunung berapi sebagai stratovolkano (gunung berapi komposit). Konnya yang bersimetri telah dibentuk menerusi aliran piroklastik dan lava. Mayon merupakan gunung berapi yang paling aktif volcano di negara tersebut, telah banyak kali meletus sebanyak 50 kali di sepanjang 400 tahun.
Letusan Mayon yang paling dahsyat telah wujud pada 1 Februari, 1814. Pengaliran lava telah membenam pekan Cagsawa dan 1,200 orang hilang. Hanya menara loceng gereja pekan berkenaan yang tinggal. Ia terletak di antara Plat Eurasian dan Plat Filipina serta merupakan satu sempadan plat yang memusnah. Di mana ada plat bertemu dengan plat lautan ia menolak plat lautan ke dalam, menolak magma ke atas.
[Sunting] Letusan terkini
Pada Julai 18, 2006, bilangan ketulan batuan jatuh daripada kubah lava yang aktif bersama-sama dengan dome sulfur oksida telah meningkat merujuk kepada pemantauan, yang menyebut bahawa aliran piroklastik atau satu letupan gunung berapi wujud pada bila-bila masa sekarang.