Filipina
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Republika ng Pilipinas Republik Filipina |
|||||
|
|||||
Cogan kata: Maka-Diyos, Makatao, Makakalikasan, at Makabansa (terjemahan: "Untuk Tuhan, Rakyat, Alam Semulajadi, dan Negara") |
|||||
Lagu kebangsaan: Lupang Hinirang ("Tanah Terpilih") | |||||
Ibu negara | Manila 14°35′ N 121°0′ E |
||||
Kota terbesar | Bandar Quezon | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Filipina dan Bahasa Inggeris* | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
- Presiden | Gloria Macapagal-Arroyo | ||||
- Naib Presiden | Noli de Castro | ||||
- Senat Filipina | Manuel Villar | ||||
- Speaker Dewan | Jose De Venecia | ||||
- Ketua Hakim | Reynato Puno | ||||
Kemerdekaan | daripada Sepanyol dan A.S. | ||||
- Diisytiharkan | 12 Jun 1898 | ||||
- Pemerintahan sendiri | 24 Mac 1934 | ||||
- Diiktiraf | 4 Julai 1946 | ||||
- Perlembagaan terkini | 2 Februari 1987 | ||||
Keluasan | |||||
---|---|---|---|---|---|
- Jumlah | 300,000 km² (72) 115,831 km persegi |
||||
- Air (%) | 0.6 | ||||
Penduduk | |||||
- Anggaran 2006 | 85,236,913 (12) | ||||
- Bancian 2000 | 76,504,077 | ||||
- Kepadatan | 276/km² (42) 715/km persegi |
||||
KDNK (KKP) | Anggaran 2005 | ||||
- Jumlah | $451 billion (25) | ||||
- Per kapita | $4,923 (102) | ||||
KDNK (nominal) | Anggaran 2005 | ||||
- Jumlah | $98,731 billion (51) | ||||
- Per kapita | $1,168 (120) | ||||
IPM (2006) | 0.763 (sederhana) (84) | ||||
Mata wang | Philippine peso (piso) (PHP ) |
||||
Zon waktu | PST (UTC+8) | ||||
Internet TLD | .ph | ||||
Kod panggilan | +63 | ||||
* Bahasa Cebu, Bahasa Ilokano, Bahasa Hiligaynon, Bahasa Bikol, Bahasa Waray-Waray, Bahasa Kapampangan, Bahasa Pangasinan, Bahasa Kinaray-a, Bahasa Maranao, Bahasa Maguindanao, Bahasa Tagalog, Bahasa Tausug ialah bahasa rasmi bagi daerah masing-masing. Bahasa Sepanyol dan Bahasa Arab sebagai bahasa pilihan dan sukarela. |
Republik Filipina atau Philippines merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di barat Lautan Pasifik dan terletak kira-kira 100 kilometer dari tanah besar Asia. Negara ini mempunyai pengaruh Sepanyol dan Amerika Syarikat yang kuat memandangkan negara ini telah dijajah selama empat abad oleh kuasa tersebut. Filipina merupakan sebuah negara yang mempunyai majoriti penganut Kristian.
Dahulu, Filipina merupakan sebuah negara paling maju di Asia Tenggara, tetapi ketinggalan di belakang apabila pertumbuhan ekonomi merosot dan penyelewengan berluasa. Hari ini Filipina menikmati pertumbuhan ekonomi yang sederhana disebabkan tenaga kerja yang banyak di luar negara, pertambahan pelaburan ke atas industri teknologi maklumat, dan tenaga kerja yang murah.
Masalah yang dihadapi Filipina kini ialah tuntutan masyarakat Mindanao untuk berpisah daripada Filipina, ancaman komunis di utara, dan kerosakan alam sekitar disebabkan pencemaran dan sebagainya.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Filipina
Negara ini mendapat nama Philippines selepas diperintah oleh pemerintah Sepanyol, Raja Philip II.
[Sunting] Politik
Untuk rencana lanjutan, lihat Politik di Filipina
Jose Rizal (1861-1896) merupakan seorang doktor, saintis, arkitek, pemuisi, dan seniman. Beliau dianggap pejuang negara Filipina ekoran keberaniannya menyuarakan ketidakadilan yang berlaku di negara itu. Untuk pengetahuan anda, beliau boleh bercakap dalam 23 bahasa. Antaranya, Arab, Rusia, Portugis, Melayu, Cina, Inggeris, Jerman, dan Jepun.
Sekiranya negara Malaysia terkenal dengan wirawati, Tun Fatimah satu ketika dulu, di Filipina pula terkenal dengan Gabriela Silang(1731-1763}. Sejak kematian suaminya di medan perang, Gabriela telah mengambil alih serta menyambung perjuangan suaminya di medan perang. Dia sememangnya berdarah pahlawan dan berjiwa berani.
[Sunting] Daerah
Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di Filipina
[Sunting] Geografi
Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Filipina
[Sunting] Ekonomi
Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Filipina
Filipina terkenal dengan pertanian padi bukitnya. Ia diperkenalkan kira-kira 2,000 tahun lalu oleh puak Batad. Padi-padi bukit tersebut terletak di lereng-lereng Gunung Ifugao, Filipina, dan berada di ketinggian sehingga 5,000 kaki dari aras laut. Keluasannya mencukupi 4,000 batu persegi serta diusahakan secara tradisional tanpa penggunaan jentera. Ia diiktiraf sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO(United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization) pada tahun 1995.
[Sunting] Demografi
Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Filipina
Filipina mempunyai kira-kira 85 juta penduduk mengikut perangkaan banci 2005.
[Sunting] Budaya
Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Filipina
Kebanyakan masyarakat Filipina gemar menyanyi serta menari pada setiap kali pesta keramaian. Tarian buluh ini memerlukan pergerakan kaki yang pantas. Tapi awas! Jangan sampai kaki anda tersepit pula.
Bahay Kubo merupakan rumah tradisional yang terkenal di Filipina. Ia diperbuat daripada daun pokok kelapa, nipah, dan buluh. Terdapat tanglung berbentuk bintang yang digantung di hadapan rumah. Kalau anda ingin tahu, itulah Parol namanya. Semasa Krismas, kebanyakan masyarakat di sana gemar menjadikan parol sebagai hiasan rumah mereka. Menarik bukan?
Organ buluh ini menggunakan lebih kurang 1,000 batang buluh. Percaya tak anda bahawa ini adalah satu-satunya organ yang diperbuat daripada buluh di dunia.
[Sunting] Makanan
Untuk rencana lanjutan, lihat Makanan di Filipina
Halo halo merupakan salah satu pencuci mulut yang terkenal di Filipina terutamanya pada musim panas. Halo halo mengandungi nangka, kelapa, kacang, keladi, kastard, santan kelapa, dan perahan ais bersama aiskrim di atasnya. Fuh...Sedapnya!
Lanzones merupakan sejenis buah-buahan. Rupanya agak kecil, manis serta berwarna coklat. Keistimewaan buah ini adalah ia dapat menghalau nyamuk yang berada di sekeliling kita. Aneh bukan? Tapi itulah kebenarannya!
[Sunting] Pengangkutan
Untuk rencana lanjutan, lihat Pengangkutan di Filipina
Di Filipina, masyarakatnya menggunakan jeepney sebagai pengangkutan awam. Anda pasti akan berasa rimas apabila menaiki kenderaan ini. Mana tidaknya, setiap kali menaiki jeepney pasti sentiasa penuh sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu untuk turut sama menaikinya.
[Sunting] Pakaian
Untuk rencana lanjutan, lihat Pakaian di Filipina
Setiap kali diadakan pesta keramaian, lelaki di sana akan memakai pakaian yang dinamakan barong tagalong. Pakaian istimewa ini diperbuat daripada kain yang dihasilkan daripada pokok pisang dan pokok nenas. Manakala, kaum wanitanya pula memakai gaun yang dipanggil Maria Clara.
[Sunting] Lihat juga
- Komunikasi di Filipina
- Pelancongan di Filipina
- Ketenteraan di Filipina
- Hubungan Luar Filipina
[Sunting] Pautan luar
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) | ||
---|---|---|
Brunei • Kemboja • Indonesia • Laos • Malaysia • Myanmar • Filipina • Singapura • Thailand • Vietnam |
Negara Negara di Benua Asia | ||
---|---|---|
Afghanistan · Arab Saudi · Armenia · Azerbaijan1 · Bahrain · Bangladesh · Bhutan · Brunei · China · China (Taiwan)2 · Cyprus · Emiriah Arab Bersatu · Filipina · Georgia1 · India · Indonesia4 · Iran · Iraq · Israel · Jepun · Jordan · Kazakhstan1 · Kemboja · Korea Utara · Korea Selatan · Kuwait · Kyrgyzstan · Laos · Lubnan · Malaysia · Maldives · Mesir3 · Mongolia · Myanmar · Nepal · Oman · Pakistan · Qatar · Rusia1 · Singapura · Sri Lanka · Syria · Tajikistan · Thailand · Timor-Leste (Timor Timur)4 · Turki1 · Turkmenistan · Uzbekistan · Vietnam · Yaman3 ·
|
![]() |