Gunung Nuang
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Puncak Gunung Nuang terletak betul-betul di atas sempadan negeri Selangor, negeri Pahang dan negeri Sembilan. Gunung ini menjadi titik fokus sempadan ketiga-tiga negeri ini.
Tingginya 1493 meter pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur. Boleh didaki dari tiga arah :
- Dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat.
- Dari Kampung Kemensah, Gombak.
- Dari Bukit Tinggi , Bentong, Pahang
Gunung ini menjadi sasaran pendaki kerana menjadi gunung tertinggi di Selangor. Di atas gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi. Jalan mendaki telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki . Namun begitu beberapa kemalangan dan insiden hilang masih berlaku. Sebuah gua dikatakan ada di sini. Di sini juga terdapat kawasan periharaan buluh terbesar di Selangor dan mungkin juga di Malaysia.
Para pendaki boleh ikut saluran paip air yang dibina hingga ke kolam air. Gunakan pemandu arah Orang asli suku Temuan dari Kuala Pangsoon jika perlu.