Gombak
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Gombak merupakan salah satu daerah di negeri Selangor yang diwujudkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan. Daerah Gombak kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang.
Daerah Gombak merangkumi kawasan- kawasan yang disusun semula seperti berikut :
- Sebahagian Mukim Ampang - Peralihan daripada daerah Hulu Langat
- Mukim Hulu Kelang - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
- Sebahagian Mukim Setapak - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
- Sebahagian [Mukim Batu]] - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
- Mukim Rawang - Peralihan daripada daerah Hulu Selangor & Kuala Selangor
Daerah ini terletak di kawasan Lembah Klang dan bersempadanan dengan :
- Daerah Hulu Selangor di sebelah Utara
- Wilayah Persekutuan dan Daerah Hulu Langat di sebelah Selatan
- Daerah Kuala Selangor di sebelah Barat
- Daerah Petaling di sebelah Barat Daya
- Negeri Pahang Darul Makmur di sebelah Timur laut
Keluasan Daerah Gombak merangkumi 65,008 Hektar. Keluasan ini adalah yang ketiga terkecil berbanding dengan daerah- daerah lain dalam Negeri Selangor.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Mukabumi
Keadaaan rupa bumi daerah ini adalah berbukit- bukit di kawasan timur, sebahagian kawasan utara dan barat. Manakala di kawasan tengah, keadaan tanah melebihi kepada tanah pamah. Sungai- sungai utama yang mengalir daerah ini ialah Sungai Gombak, Sungai Klang dan Sungai Batu.
[Sunting] Pentadbiran
Dari segi pentadbiran pengurusan, Daerah Gombak dibahagikan kepada 5 Mukim dan kampung-kampung. Mukim Rawang I merupakan mukim terbesar diikuti pula oleh Mukim Rawang II, Mukim Batu, Mukim Setapak dan Mukim Hulu Kelang. Daerah Gombak ditadbirkan oleh 1 Pegawai Daerah, 5 orang penghulu dan 1 pegawai kemajuan kampung baru. Terdapat 50 buah kampung di daerah Gombak ini, ianya terdiri daripada 19 buah Kampung Tradisional, 26 buah Kampung Penempatan(14 Melayu dan 12 Penempatan) dan 5 buah Kampung Cina.
[Sunting] Sempadan Parlimen dan DUN di Daerah Gombak
[Sunting] Parlimen
Terdapat dua Parlimen di daerah Gombak:
- P90 Selayang
- P95 Gombak
[Sunting] Dewan Undangan Negeri
- N13 Rawang
- N14 Selayang Baru
- N15 Paya Jaras
- N16 Sungai Tua
- N17 Gombak Setia
- N18 Hulu Kelang
- N19 Ampang Jaya
[Sunting] Tempat menarik
- Batu Caves
- Royal Selangor Pewter
- Hutan Lipur Sungai Tua
- Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
[Sunting] Sekolah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat (SMART)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Hill Crest
- Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak
- Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary
- Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat
[Sunting] Pautan luar
- Majlis Perbandaran Selayang
- [http://sukweb.selangor.gov.my/gombak/index.htm Pejabat
- SMK Lembah Keramat
- http://groups.yahoo.com/group/KEWAJA
Daerah/Tanah Gombak]
Daerah | Gombak • Hulu Langat • Hulu Selangor • Klang • Kuala Langat • Kuala Selangor • Sabak Bernam • Sepang • Petaling | |
---|---|---|
Bandar Raya | Petaling Jaya • Shah Alam | |
Bandar | Ampang • Bagan Lalang • Bagan Nakhoda Omar • Balakong • Bandar Kinrara • Bandar Baru Selayang • Bandar Botanic • Bandar Bukit Tinggi • Bandar Country Homes • Bandar Sri Damansara • Bandar Sungai Buaya • Bandar Sungai Long • Bandar Sunway • Bandar Utama • Bangi • Banting • Batang Berjuntai • Batang Kali • Batu Arang • Beranang • Bernam Jaya • Broga • Bukit Beruntung • Bukit Jelutong • Bukit Raja • Bukit Rimau • Bukit Rotan • Bukit Subang • Bukit Tagar • Cheras • Cyberjaya • Damansara Jaya • Damansara Perdana • Damansara Utama • Dengkil • Dusun Tua • FELDA Soeharto • Ijok • Jenjarom • Jeram • Jugra • Kajang • Kapar • Kalumpang • Kelana Jaya • Kerling • Klang • Kota Damansara • Kota Kemuning • Kuala Kubu Bharu • Kuala Selangor • Kuang • Lembah Beringin • Morib • Meru • Padang Jawa • Paya Jaras • Port Klang • Puchong • Puncak Alam • Rasa • Rawang • Sabak • Salak Tinggi • Sekinchan • Semenyih • Serendah • Seri Kembangan • Sepang • Setia Alam • Sijangkang • Subang • Subang Jaya • Sungai Buloh • Sungai Besar • Sungai Burong • Sungai Panjang • Sungai Pelek • Tanjung Harapan • Tanjung Karang • Tanjung Sepat • Teluk Datok • Teluk Panglima Garang • UEP Subang Jaya • Ulu Klang • Ulu Yam | |
Pulau | Pulau Carey • Pulau Indah • Pulau Ketam • Pulau Klang |